Maresca Yakin Ketot Patut Dapat Kad Merah

Enzo Maresca yakin bahawa Lisandro Martinez ataupun ketot patut mendapat kad merah dalam aksi antara Man United dan Chelsea.

Yang bermakna United harus menamatkan aksi semalam dengan 10 pemain sahaja. Malangnya itu tidak berlaku, kerana pengadil hanya melayangkan kad kuning kepada Martinez yang membuka jurus kungfunya.

Pemain antarabangsa Argentina itu telah menapak kaki Cole Palmer dengan kesalahan boot tinggi. Namun pengadil sekadar memberikan kad kuning kepada pemain tersebut.

VAR juga turut bersetuju dengan keputusan pengadil, Robert Jones, yang dianggap telus dan adil dan saksama.

Enzo Maresca berkata: “Dia terpaksa ditekap dengan ais ketika berada di bilik persalinan. Sekarang kita kena tunggu status kecederaannya. Harap tidak ada apa yang teruk la.

“Saya tahu kamu semua akan tanya saya tentang keputusan pengadil dalam insiden itu. Ianya sangat jelas untuk kita semua, namun pengadil ada di situ, membuat keputusan dengan pendirian berbeza.

“Apabila tiada niat untuk pergi memenangi bola, dan kamu cuma pergi nak membentes pemain, sasarkan kaki lawan kamu, tiada keraguan, saya rasa itu jelas sekali kad merah.”

Ruud Van Nistelrooy yang bertugas sebagai interim pula menganggap dia tak nampak macamana insiden itu boleh dikatakan kad merah. Dan dia masih belum melihat dengan jelas.

“Jujurnya, saya tak tengok lagi insiden itu. Tapi buat masa ini, saya tak rasa itu kad merah pun,” tegas pengurus itu.

Manchester United mengukuhkan kedudukannya di tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris dan Chelsea pula berada di 4 teratas dalam EPL selepas keputusan seri ini.

Man United di hadapan menerusi penalti Bruno Fernandes. Yang dibalas hanya beberapa minit kemudian oleh Moises Caicedo, pemain yang pernah menolak tawaran Liverpool dulu.

BACA:  Sarri Mengaku Tidak Tahu Menahu Mengenai Perpindahan Pulisic