Mari Mengenal Serba Ringkas mengenai Kejohanan IBERCUP

Umum mengetahui NFDP Malaysia telah memenangi IberCup Costa Del Sol 2015 bagi kategori bawah 13 tahun dengan mengalahkan Sporting Lisbon dengan jaringan 2-1. Walaupun perjalanan masih jauh, kemenangan ini seolah-olah memberi harapan baru kepada seluruh umat  Malaysia khususnya pencinta bola sepak akan masa depan bola sepak Malaysia yang kian suram ibarat mentari di hujung senja. Ayuh kita soroti bersama menatang apakah ini IberCup?

Baca Juga : Senarai Pemain Skuad NFDP Malaysia B13 ke Ibercup Costa Del Sol Dan Estoril

KEJOHANAN IBERCUP

Ibercup bukanlah sejenis makanan apatah lagi sebuah kenderaan. Untuk memudahkan pembacaan penulisan ini dibuat mengikut gaya Tun M.

1. Ibercup merupakan salah satu Kejohanan Bolasepak Dunia untuk para belia yang wujud di muka bumi ini. Setiap tahun lebih kurang 3500 pemain, jurulatih dan ahli keluarga dari 25-50 buah negara akan berkampung selama seminggu untuk kejohanan ini.

2. Adapun begitu, Ibercup ini boleh dibahagikan kepada 4 iaitu
– Ibercup USA
– Ibercup Costa Del Sol
– Ibercup Estoril
– Ibercup Scandinavia

3. Ibercup USA dan Costa Del Sol telah melabuhkan tirainya untuk tahun ini dan pendaftaran untuk tahun depan telah di buka. Ibercup Estoril pula akan bermula pada 30 Jun sehingga 5 Julai, dimana pasukan NFDP Malaysia U13 sekali lagi akan membuat penampilan di kejohanan ini.

Baca Juga : IBERCUP ESTORIL : Jadual Perlawanan NFDP Malaysia

4. Setiap tahun kejohanan ini menarik hampir 600 pasukan daripada 50 negara. Dalam edisi yang lepas antara kelab terkemuka dunia yang pernah menghantar pasukan pelapis mereka ialah Liverpool FC, Bayer Leverkusen, Juventus, O. Lyon, Atletico de Madrid, Inter Milan, FC Porto, SL Benfica, Sporting Lisbon, FC Zenit, Real Betis, Malaga CF, Espanyol Barcelona, Saudi Arabia National Team, Chivas Guadalajara, Paris St Germain, Sevilla FC, CR Vasco da Gama, Deportivo la Coruña dan Olimpique Marseille.

5. Terdapat pelbagai kategori mengikut umur untuk lelaki dan perempuan yang berumur antara 9 tahun sehingga 18 tahun. Untuk kategori lelaki U-9, U-10, U-11, U-12, U-13, U-14, U-15 dan U-16. Bagi perempuan hanya terdapat satu kategori iaitu U-18.

6. Semua kelab yang bernaung dibawah FIFA layak untuk menyertai kejohanan ini dan kejohanan ini di anjurkan mengikut peraturan bolasepak FIFA.

7. Had bagi setiap kategori hanya 32 pasukan sahaja. Jika terdapat lebih daripada 32 pasukan yang memohon untuk menyertai, pasukan yang membuat permohonan awal dan telah membuat bayaran akan dipilih untuk menyertai kejohanan ini. Dalam bahasa mudah siapa cepat dia dapat.

8. Format kejohanan ini untuk pusingan awal adalah secara round robin (liga), dimana setiap kumpulan akan mempunyai 4 atau 5 pasukan. Dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati.

9. Tempoh perlawanan adalah berbeza megnikut kategori
– Lelaki U-15 / U-16 / Perempuan U-18 – Qualifying Rounds and Playoff B – 2 x 25 min                 Playoff A – 2 x 30 min.
– Lelaki U-13 / U-14 – Qualifying Rounds, Playoff A and Playoff B – 2 x 25 min.
– Lelaki U-9 / U-10 / U-11 / U-12 – Qualifying Rounds, Playoff A and Playoff B – 2 x 20 min.
– Masa rehat separuh masa pertama bagi semua kategori adalah 2 minit.
– Jika keputusan seri di Playoffs A dan B sepakan penalti akan menentukan keputusan                   perlawanan mengikut undang-undang FIFA.

10. Kalau korang nak tahu lebih lanjut dan tak percaya apa yang ditulis buleh baca kat sini.

BACA:  Digelar Penyelamat Bola Sepak Negara, Siapakah Lim Teong Kim?