Martial Kutuk Mourinho Dan Ole Secara Terbuka, Seorang Pengkhianat, Seorang Biadap

Penyerang Manchester United, Anthony Martial tidak begitu kagum apabila ditanya mengenai dua bekas pengurusnya di Manchester United.

Pemain Perancis itu telah menyatakan pandangan kritikalknya ke atas hubungannya dengan Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer.

Dia menuduh Mourinho sebagai ‘tidak menghormatinya’ dan menuduh Solskjaer ‘pengkhianat’, tetapi hanya memberi pujian kepada ‘lelaki sejati’ Louis van Gaal.

Martial menuduh Mourinho menyebabkan dia kehilangan tempat dalam skuad juara Piala Dunia Perancis.

Martial menunjukkan prestasi mengagumkan pada musim pertamanya dengan Liga Perdana Inggeris apabila dia dibawa masuk ke kelab itu oleh Van Gaal dari Monaco pada 2015.

Tetapi sejak itu kerjayanya di Old Trafford telah terumbang ambing dan gagal mencapai potensi yang dijangkakan padanya.

Pemain berusia 26 tahun itu juga mengalami nasib agak malang apabila mengalami kecederaan pada awal musim setelah menunjukkan prestasi cemerlang pada aksi pra musim di bawah kendalian Erik Ten Hag.

Dia kemudian telah meluahkan sedikit kekecewaannya dalam temu bual dengan France Football, dengan membincangkan secara terbuka tentang ketidakpuasan hatinya terhadap pengurus lamanya di Manchester United.

Sasaran utama kemarahannya ialah Mourinho, mengatakan dia terluka dengan keputusan pengurus untuk memberikan jersi no.9 kepada Zlatan Ibrahimovic pada 2016. Ketika itu ramai yang terkejut dengan keputusan kelab menarik jersi no.9 daripada Martial dan memberikannya kepada Ibrahimovic.

Martial malah sudah memiliki jenama AM9 di media sosialnya ketika itu. Dia tidak terus menurunkan gambarnya dengan no.9 kerana dia kecewa.

Dia berkata, dia berasa ‘tidak dihormati’ oleh Mourinho selepas pengurus itu berkata pada 2018 bahawa penyerang itu kurang matang dan melabel bahawa dia dan beberapa rakan sepasukan dalam pasukan Red Devils seperti ‘kanak-kanak manja’.

Martial: Mourinho tak respect saya

Dan dia juga menuduh The Special sebagai punca yang menyebabkan dia kehilangan tempat dalam pasukan Piala Dunia Perancis pada 2018, di mana ketika itu Perancis menjadi juara dunia. Martial menganggap dia kehilangan medal juara dunia kerana Mourinho. Jika tidak sudah tentunya di rumahnya pada hari ini sudah tergantung satu medal paling berharga itu.

“Ia bermula dengan kisah nombor jersi,” kata Martial mengenai Mourinho.

Hubungan Martial Mourinho menjadi renggang di Man United dan pasangan itu malah tidak bertentang mata menjelang penghujung tempoh Special One di Old Trafford. Mourinho pernah meminta Martial pulang segera ke kem pra musim walaupun ketika itu isterinya bersalin.

“Semasa rehat musim, dia [Mourinho] menghantar mesej kepada saya untuk bertanya sama ada saya mahu bertukar ke No.11, menjelaskan kepada saya bahawa ianya nombor yang hebat kerana ia dipakai oleh Ryan Giggs, seorang legenda kelab.”

“Saya memberitahunya bahawa saya amat menghormati Giggs, tetapi saya lebih suka mengekalkan nombor 9 saya. Apabila saya kembali ke kelab, saya melihat jersi saya dengan nombor 11, nampaknya cerita [saya dengan Mourinho] tidak bermula dengan baik! Dia tidak menghormati saya, terus terang.”

“[Mourinho] bercakap tentang saya di akhbar, tak banyak, sama seperti yang dia lakukan dengan Karim Benzema di Real Madrid. Dia suka permainan ini, tetapi dia juga tahu dengan siapa dia melakukannya. Dia tahu bahawa saya berusia 20 tahun ketika itu dan jika saya berkata sesuatu, sayalah yang akan dituduh menjadi orang muda yang kurang ajar.”

“Jadi saya tidak berkata apa-apa, ia tidak berguna.”

“Musim kedua [di United], saya adalah penjaring terbanyak pasukan pada bahagian pertama musim tersebut, [Mourinho] membawa masuk Alexis Sanchez dan saya hampir tidak bermain lagi selepas itu.”

“Ia adalah musim Piala Dunia dan saya terpaksa membayar harga yang tinggi untuknya, terutamanya sekali apabila pasukan Perancis memenangi [kejohanan itu]. Saya sepatutnya berada di sana.”

Martial: Ole pengkhianat

Martial turut membidas Solskjaer kerana gagal mempertahankannya di hadapan media dengan memberitahu kebenaran – sepanjang tempoh perkhidmatannya, walaupun kadangkala meletakkan Martial sanggup beraksi dalam keadaan kecederaan.

“Saya kerap bermain dengan kecederaan,” kata Martial mengenai masanya bermain di bawah pemain Norway itu.

“Orang ramai tidak tahu, saya tidak dapat memecut dalam tempoh empat bulan berikutan musim COVID-19. Jurulatih memberitahu saya dia memerlukan saya, jadi saya bermain. Tetapi, memandangkan permainan saya sebagai pemain sayap, jika saya tidak dapat memecut, ia menjadi sangat rumit.”

“Saya menerima kecaman pemina, tetapi jurulatih tidak pernah peduli untuk memberitahu media. Jelas sekali, saya akhirnya mendapat kecederaan panjang dan apabila saya kembali, segalanya berakhir, saya tidak bermain lagi.”

“Saya menerimanya dengan sangat teruk, saya mempunyai perasaan tidak adil. Kamu diminta untuk mengorbankan diri kamu untuk pasukan dan di belakang tabir kamu dibuang. Bagi saya, ia satu pengkhianatan. Itu sahaja yang saya benci. Saya boleh dipersalahkan, tetapi bukan kerana saya bermuka muka.”

Martial: LvG bagus

Martial memberikan pandangan lebih positif tentang Van Gaal. Dia menghargai masa dan usaha jurulatih veteran Belanda itu untuk membantu pemain Perancis itu meningkatkan permainannya.

Dia menambah: “Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Louis van Gaal pada musim pertama.”

“Saya suka belajar dan apabila lelaki seperti dia meluangkan masa untuk membuatkan saya menonton video perlawanan saya di pejabatnya untuk menerangkan perkara kepada saya, itu yang terbaik.”

“Pernah saya menjaringkan dua gol dan dia membuatkan saya menonton video yang membuatkan saya agak terbakar [bengang].”

“Saya memberitahunya bahawa saya menjaringkan dua gol, jadi apa masalahnya? Dia berkata dia mahu bercakap dengan saya tentang sudut larian dan zon pergerakan. Saya memberitahunya bahawa saya faham dan dia menyukai keseluruhan watak saya.”

Kutuk Mourinho lagi

“Dengan Mourinho, perkara seperti itu tiada kaitan.”

Martial juga menjawab kritikan mengenai bahasa badannya semasa perlawanan, dan berkata dia enggan menyembunyikan kekecewaannya di atas padang.

“Pada dasarnya, saya perlu mempamerkan kekecewaan saya selepas peluang yang terlepas supaya orang tidak berkata, ‘Ah, dia tidak kisah’ – Saya akan memberitahu kamu secara ringkas: Saya pemain bola sepak, bukan pelakon.”

“Ramai orang fikir anda perlu menjadi pelawak sikit sikit dan saya melihat ada pemain yang menunjukkan kemarahan mereka secara terbuka sehingga orang ramai dan media menganggap mereka bermotivasi. Semua sarkas media seperti ini tidak menarik minat saya. Saya tidak boleh berubah untuk menggembirakan orang lain.”

“Saya tidak terlepas daripada kritikan. Bila orang kata saya kurang konsisten, memang betul. Apabila saya berada di tempat saya, ia sering berjalan lancar, tetapi apabila kurang digunakan, memang prestasi saya tidak sama.”

“Ia adalah lingkaran ganas: Saya kurang bagus, kerana saya kurang bermain. Bila dah jadi macam tu, kadang-kadang saya boleh tertinggal sedikit. Pemain seperti Cavani [pula berbeza], dia sentiasa berada pada tahap 3000 peratus walaupun diberikan beberapa minit.”

Artikel Asal: axello.net

BACA:  Abang Kandung Anthony Martial Rasmi Menjadi Milik Sri Pahang