Martial & Valencia Jadi Mangsa Kritikan Terbaru Mourinho

Jose Mourinho mengkritik Anthony Martial dan Antonio Valencia selepas Manchester United dibelasah 4-1 oleh Liverpool dalam perlawanan pra-musim yang berlangsung di Amerika Syarikat kelmarin.

Martial bermain dalam dua perlawanan pra-musim United sebelum ini tetapi dibenarkan pulang ke Perancis untuk menyambut kelahiran anak keduanya. Walaubagaimanapun, Mourinho berkata Martial sepatutnya pulang ke pangkuan pasukan sejurus sahaja anak beliau selamat dilahirkan.

Martial digesa kembali ke pangkuan pasukan secepat mungkin

Bekas pengendali Real Madrid dan Chelsea itu juga meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap tahap kecergasan Antonion Valencia sekembalinya pemain tersebut dari bercuti. Mourinho mendakwa Valencia ‘bercuti’ terlampau berlebihan menyebabkan tahap kecergasan pemain tersebut berada pada tahap yang sangat teruk.

Mourinho turut menyentuh mengenai aktiviti Manchester United dalam pasaran perpindahan pemain yang didakwanya agak perlahan. Manchester United akan menamatkan aksi International Champions Cup dengan pertemuan menentang Real Madrid pada hari Selasa ini.

“Kami akan bermain menentang Real Madrid tetapi kami tidak mempunyai pemain lain dari skuad yang ada pada saya sekarang. Antonio Valencia sudah kembali dari percutian beliau, tetapi saya rasa beliau banyak sangat bercuti.”

Mungkin Valencia melantak banyak sangat masa cuti aritu

“Valencia berada dalam keadaan yang tidak berapa bagus ketika beliau tiba, dan selepas itu beliau mengalami kecederaan.”

“Anthony Martial baru sahaja menerima cahaya mata dan sudah selamat dilahirkan. Syukur kepada Tuhan, baby itu cantik dan dalam keadaan sihat. Sekarang, Martial sepatutnya berada di sini tetapi beliau tiada.”

“Jadi sekarang, kami hanya mempunyai Anthony Martial dan Juan Mata yang bermain setiap minit dalam setiap perlawanan. Selepas ini kami akan bertemu Real Madrid dan Bayern Munich pula. Tidak lama selepas itu, kami akan memulakan liga.”

Mourinho juga percaya skuadnya tidak menimba sebarang pengalaman berguna ketika menentang Liverpool tempoh hari dan menuding jari kepada kekurangan pemain senior sebagai punca Red Devils kalah teruk.

Pengurus berasal dari Portugal ini turut berharap pemain yang sedang bercuti selepas terlibat dalam Piala Dunia kembali ke pangkuan pasukan secepat yang mungkin.

“Saya cuma berharap pemain kami yang sedang bercuti sekarang, akan mengikut jejak langkah Marcus Rashford dan Phil Jones kembali ke kelab lebih awal untuk membantu pasukan. Jika tidak, kita akan menghadapi masalah apabila musim bermula kelak.”

Shaqiri berjaya menjaringkan gol kerana Bailly bermain dalam keadaan cedera. Dengar tu peminat Lolipop

“Majoriti pemain yang bermain dalam perlawanan pra-musim tidak akan bermain – beberapa pemain mungkin tidak akan berada dalam skuad utama.”

“Saya kenal pemain saya yang belum bersedia untuk bermain. Eric Bailly masih lagi cedera dan beliau sepatutnya tidak boleh bermain lagi.”

” Tetapi apabila beliau melihat Chris Smalling terpaksa diusung keluar ketika sesi memanaskan badan, beliau mengambil keputusan untuk bermain kerana tidak mahu membiarkan United bermain dengan 5 pemain remaja di bahagian pertahanan menentang Mohamed Salah dan Sadio Mane.”

BACA:  Ralf Rangnick Bengang Para Pemain United Terlalu Lemah Dan Lembik