Nama Martin Braithwaite mungkin tidak sebesar pemain Barcelona yang lain seperti Frenkie De Jong, Pierre Emerick Aubameyang ataupun Gerard Pique, tetapi ada sesuatu yang istimewa tentang pemain ini.
Pada permulaan musim 2019-2020, Braithwaite merupakan pemain di Liga Kejuaraan di England bersama Middlesborough. Bersama pasukan tersebut, Braithwaite hanya mampu menjaringkan tiga gol dalam 17 perlawanan sekaligus memaksa kelab untuk menjualnya ke kelab La Liga, Leganes.
On this day in 2017… 🗓
Martin Braithwaite signed for Middlesbrough.
He cost £9 million and scored 8 league goals in two seasons.
But was playing for Barcelona three years later 🤔#Boro #UTB pic.twitter.com/8tJZwDwEyt
— The Second Tier (@secondtierpod) July 13, 2022
Selepas 24 perlawanan dan enam gol dalam semua kejohanan, Braithwaite tiba-tiba mendapat bidaan dan tawaran daripada salah sebuah kelab terbesar dunia, Barcelona.
Tanpa ragu, dia menerima lamaran tersebut meskipun tahu dia akan menjadi pemain picisan sahaja.
Sepanjang bersama kelab, pemain pasukan kebangsaan Denmark ini telah bermain sebanyak 58 kali dan menjaringkan 10 gol.
Tapi bukan cerita di atas padang yang menarik perhatian tentang pemain ini.
Selepas pemergian Messi daripada kelab pada musim panas tahun lalu, Braithwaite muncul sebagai pemain paling kaya dalam pasukan Barcelona, menurut laporan daripada Forbes.
Not many people know this, but Martin Braithwaite is one of the richest footballers in the game, and it's not down to his wages… 💰
The 31-year-old could help Barcelona out with their debt if he really wanted too! 😅 pic.twitter.com/0XmOTT372g
— SPORTbible (@sportbible) July 13, 2022
Ini mungkin mengejutkan sesetengah pihak apatah lagi apabila mengetahui bahawa Braithwaite sekadar menerima gaji yang ke-14 tertinggi di kalangan pemain Barcelona – 77,000 Euro seminggu.
Gaji ini sangatlah rendah berbanding Pique yang menerima 450,000 Euro seminggu, ataupun Segio Busquets yang mendaat hampir 300,000 Euro seminggu.
Jadi, macam mana pemain ini buat duit yang banyak sehingga muncul pemain paling kaya dalam Barcelona?
Pada tahun 2017, penyerang ini telah melabur sebanyak USD 850,000 dalam satu syarikat yang bernama NYCE Companies bersama bapa saudaranya, Philip Michael.
Perniagaan ini semakin hari semakin meningkat dan bernilai USD 10 juta pada penghujung tahun tersebut.
Kini perniagaan tersebut telah meningkat sebanyak 25 kali ganda daripada nilai itu kepada USD 250 juta dengan Braithwaite dan Michael memiliki 1500 unit apartment dan tambahan 500 unit sepanjang tahun lalu, terutamanya di kawasan kejiranan kaum Afrika Amerika di sekitar Philadelphia dan New Jersey.
Martin Braithwaite is one of the richest athletes on the planet (Forbes). 💰
The Barcelona player owns several companies, including one in real estate in the USA, worth €250 million, a clothing brand and a restaurant in France and Spain. 👏😎 pic.twitter.com/8wr8YZYrjF
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) July 10, 2022
Michael berkata, perniagaan hartanah sebenarnya sudah sebati dalam darah daging keluarganya.
“Segalanya bermula dengan keluarga kami yang sudah berada dalam perniagaan hartanah untuk tempoh masa yang lama. Dari sinilah kamu akan temukan jalan yang kamu boleh peroleh keuntungan dan masa depan yang selamat dari segi kewangan dengan melabur dalam bidang hartanah.
“Inilah yang saya lakukan bersama ayah saya dan Martin sejak saya tiba di sini [Amerika Syarikat].
“Peranan Martin adalah lebih kepada bagaimana kami lakukan dari segi strategi dan visi untuk jangka masa panjang. Dia ada terlibat, tapi tak begitu ketara sampai mengganggu fokusnya dalam bola sepak.”
Ketika ditanya kenapa tidak berbisnes di Denmark dan memilih Amerika Syarikat, Martin mempunyai jawapannya tersendiri.
“Di Denmark, kami ada satu sistem yang sangat mantap yang melindungi orang awam dan mereka berada dalam situasi yang selesa. Mereka tidak perlukan apa-apa.
“Di Amerika pula, situasinya berbeza.”
Hal ini merujuk kepada sistem ekonomi kedua-dua negara yang berbeza di mana Amerika Syarikat mengamalkan sistem laissez faire hampir sepenuhnya, manakala Denmark lebih kepada sistem negara berkebajikan.
Selain daripada hartanah, Braithwaite juga turut mendapat keuntungan daripada perniagaan lain.
Bersama isternya, Anne-Laure Braithwaite dari Perancis, yang juga seseorang yang mempunyai minda perniagaan sepertinya, mereka mempunyai jenama pakaian sendiri yang dipanggil Trente.
Perniagaan ini mendapat sambutan hangat di pasaran di Perancis.
Selain itu, Braithwaite juga turut berkongsi hak milik bersama isterinya sebuah restoran yang bernama Gave, yang terletak di Barcelona. Restoran yang berkonsepkan vegetarian ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Tidak dapat dipastikan bagaimana Braithwaite dan isteri menjalankan kempen marketing untuk jenama-jenama mereka. Adakah mereka turut melakukan aksi bodo di laman sosial seperti founder produk di Malaysia?
Hanya mereka sahaja yang tahu.
Apapun, tidak ramai pemain bola sepak atau ahli sukan yang mempunyai pemikiran jangka masa panjang seperti Braithwaite. Selalunya para atlet akan mengalami kesukaran dari segi kewangan selepas bersara kerana rancangan kewangan yang lemah.
Mungkin Braithwaite boleh datang ke Malaysia dan memberikan satu ceramah motivasi kepada pemain dan atlet di negara ini tentang rancangan kewangan yang baik untuk masa depan.
Kalau kita tengok, ramai bekas pemain Malaysia yang melalui hidup yang agak sukar selepas bersara sampai ada yang terpaksa menjual kasut emas.
Sumber berita : Daily Mail