Menurut Martin Braithwaite, tidak ada sesiapa pemain Barcelona yang mampu menewaskan beliau dari segi kelebihan fizikal pada ketika ini.
Adakah kenyataan sungguh meyakinkan dari Braithwaite bermaksud ianya memberi amaran kepada pemain seperti Luis Suarez?
Braithwaite ditandatangani oleh Barcelona pada 20 Februari yang lalu atas dasar perpindahan disebabkan kecemasan.
📰 — Martin Braithwaite warns Luis Suàrez. The coaching staff are amazed by the Dane's unbelievable fitness level and physical ability. [marca] pic.twitter.com/iR01fQQMkD
— Barça Universal (@BarcaUniversal) June 2, 2020
Di Sepanyol sendiri, perpindahan yang berlaku di luar jendela perpindahan dibenarkan sekiranya kelab mengalami krisis kecederaan pemain pada posisi tertentu dan perpindahan itu harus melibatkan sesama kelab Sepanyol sendiri sahaja.
Barcelona terpaksa merekrut Braithwaite kerana kecederaan jangka panjang yang dihadapai oleh Luis Suarez dan Ousmane Dembele pada ketika itu.
Braithwaite sempat beraksi dua kali sebagai pemain gantian dan pernah sekali diturunkan sebagai kesebelasan utama sebelum saingan La liga diberhentikan akibat penularan wabak Covid-19.
Kelab-kelab dalam saingan La Liga sudah kembali ke pusat latihan masing-masing kini dan menjalani latihan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Menjelang kembalinya sepak mula saingan La Liga, Braithwaite mengakui beliau sudah berlatih dan tahap kecergasan fizikal serta mentalnya semakin baik dan mampu memberi impak positif kepada pasukan.
📰 — Mrtin Braithwaite is in top form after returning from quarantine and he could be very decisive for Quique Setién. [md] pic.twitter.com/W8j2rKemd7
— Barça Universal (@BarcaUniversal) May 28, 2020
“Tidak ada sesiapa pun pemain yang bekerja sekeras atau berlatih semaksimum yang saya lakukan. Secara fizikalnya tidak ada yang mampu mengalahkan saya.”
Kata Braithwaite kepada Marca.
“Saya akan pastikan kemasukkan saya ke dalam skuad Barcelona berbaloi untuk semua pihak dan saya yakin akan menyumbang sesuatu disini.”
Penggantungan saingan liga sejak Mac lalu turut memberikan ruang untuk Luis Suarez pulih dari kecederaan yang beliau alami.
Pemain kebangsaan Uruguay itu kini dilaporkan sudah mulai turun berlatih bersama rakan sepasukannya dan tahap kecergasan beliau sudah semakin membaik.
Luis Suarez telah menjaringkan 11 gol dan mencatatkan 7 assist dalam saingan La Liga sepanjang musim ini.
📰 — The Barça attack looks terrifying 2 weeks before the the return of LaLiga. In training, the players appeared to be in excellent physical condition. Messi, Suàrez, Fati, Griezmann and Braithwaite are all on form and are ready to fight for the LaLiga title. [md] pic.twitter.com/Y7z3O7vLjP
— Barça Universal (@BarcaUniversal) May 29, 2020
Braithwaite juga sebelum ini menunjukkan aksi persembahan yang bagus dan tidak mustahil untuknya memberi saingan kepada Luis Suarez dalam kesebelasan utama.
Penyerang berusia 33 tahun itu harus kembali secepat mungkin untuk membuktikan kualiti dirinya sebelum beliau disingkirkan oleh Braithwaite.