Bintang Arsenal, Martin Odegaard mengakui yang Virgil Van Dijk merupakan salah seorang pemain pertahanan paling hebat pernah beliau hadapi.
Odegaard mengakui beliau goyang dengan pemain pertahanan Liverpool itu dan akan berusaha untuk berdepan dengannya sekali lagi pada hujung minggu ini.
Pemain midfield The Gunners itu turun beraksi selama 90 minit ketika aksi kekalahan 2-0 Norway di tangan Netherlands dalam aksi kelayakan Piala Dunia.
Martin Odegaard has named Virgil van Dijk as the toughest defender he has faced #LFC #AFC https://t.co/g2w99mK5SM
— talkSPORT (@talkSPORT) November 18, 2021
Kekalahan itu menyebabkan Norway tersingkir dari pusingan kelayakan dan tidak akan beraksi di pentas Piala Dunia Qatar tahun hadapan.
Odegaard bergelut dan mengakui sangat sukar untuk berdepan dengan pertahanan Belanda, Virgil Van Dijk dalam perlawanan tersebut.
Pada hujung minggu ini, beliau berkemungkinan akan mampu untuk membalas dendam, dengan Odegaard bersama skuad Arsenal akan berkunjung ke Anfield untuk beraksi bertemu Liverpool.
Pertembungan antara kedua-dua pasukan ini sememangnya sangat menarik untuk disaksikan, dengan mereka sedang berjuang untuk merebut tempat di kedudukan empat teratas dalam saingan Premier League.
Martin Odegaard's verdict on Virgil van Dijk and only defender who compares to Liverpool starhttps://t.co/8PpWKPcohM pic.twitter.com/FtfdhQb1o1
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 17, 2021
Pemain berusia 22 tahun itu telah membuat sembilan penampilan dalam saingan Premier League sepanjang musim ini, dengan tiga darinya beliau dimasukkan sebagai pemain gantian.
Skuadnya Arsenal pula ketika ini tidak dinafikan sedang berada di tahap prestasi terbaik mereka, dengan anak-anak buah Mikel Arteta itu berjaya mengharungi lapan perlawanan tanpa kalah setakat ini.
Selepas berdepan dengan tiga kekalahan secara berturut-turut pada awal musim lalu, Arsenal berjaya menemui rentak kemenangan mereka, dan menjadi antara pasukan paling berprestasi pada ketika ini.
Dari berada di kedudukan ke-20 dalam carta liga, Mikel Arteta berjaya memimpin Arsenal untuk membawa mereka berada di kedudukan kelima pada ketika ini.
Martin Odegaard says Sergio Ramos and Virgil van Dijk are the toughest defenders he's ever faced 👀💪 pic.twitter.com/tWMSIHE77D
— ESPN UK (@ESPNUK) November 17, 2021
Odegaard merupakan antara nadi penting sebalik kebangkitan yang ditunjukkan oleh Arsenal pada ketika ini, dengan beliau juga sangat diharapkan bakal membantu Gunners menewaskan Liverpool pada hujung minggu nanti.
Walaupun baru berusia 22 tahun, Odegaard sebenarnya sudah banyak menimba pengalaman di Netherlands, Sepanyol dan England.
Ketika beliau ditanya tentang siapa pertahanan paling sukar pernah beliau hadapi, Odegaard menyatakan bahawa:
“Itu soalan yang susah, sudah tentu saya perlu sebut Sergio Ramos, saya beraksi bertemu dia beberapa kali di Sepanyol.”
“Juga Virgil Van Dijk, saya beraksi bertemu dia ketika bersama skuad kebangsaan, jadi says perlu kata mereka berdua mungkin. Mereka sangat kuat.”
🚨 NEW: Martin Odegaard has named Virgil van Dijk as one of the toughest opponents he has faced.
“Virgil van Dijk, I played against him with the national team, so I would say those two [Ramos and Van Dijk] maybe. They were tough.” #awlive [liverpool echo] pic.twitter.com/2XcqLS5xYn
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) November 17, 2021
Selepas melihat kecemerlangan yang dipamerkan oleh skuad Arsenal pada ketika ini, Odegaard percaya yang mereka mempunyai masa hadapan yang sangat cerah.
“Saya sangat positif untuk masa depan, kami ada barisan pemain muda, saya rasa antara skuad termuda dalam liga dan saya yakin kami akan sentiasa bertambah baik dari masa ke semasa.”
Tambah Odegaard lagi.
Tugas berat menanti Mikel Arteta dengan beliau selepas ini akan memimpin anak-anak buahnya untuk berdepan dengan Liverpool yang pada musim ini baru mencatatkan satu kekalahan sahaja.
Walau bagaimanapun, Arsenal mungkin boleh menarik nafas lega selepas melihat aksi tidak menentu yang dipamerkan oleh Liverpool sejak kebelakangan ini.
Arsenal’s Martin Odegaard makes Virgil van Dijk & Sergio Ramos claim ahead of Liverpool https://t.co/2MZAfpOm0X ⚽️⚽️ 📲 Bet now via ⟶ https://t.co/0I4IIflkwI √ pic.twitter.com/EmREZBckou
— Bitcoin Sportsbook 🥇 (@SportsbookBTC) November 17, 2021
The Reds sekadar mencatatkan seri ketika aksi bertemu Brighton sebelum ini, sebelum mereka merekodkan kekalahan pertama dalam saingan liga bertemu West Ham sebelum rehat antarabangsa.
Selain aksi tidak menentu sejak beberapa perlawanan terakhir, Liverpool juga sedang bergelut dengan masalah kecederaan pemain, dengan ramai dari bintang utama mereka terpaksa diketepikan.
Martin Odegaard makes Virgil van Dijk and Sergio Ramos claim before Liverpool – Liverpool Echo #LFC #Liverpool #LiverpoolFC ⚽️🔴🏆 #VVD https://t.co/Cj5MPC8pXl
— Liverpool To My Core 🔴⚽️ 🏆🏆🏆🏆🏆🏆 (@LFC_Belief) November 17, 2021
Ia sepertinya masalah besar untuk Liverpool, dan mungkin boleh dianggap berita baik untuk Arsenal yang sememangnya bersemangat datang ke Anfield untuk membawa pulang tiga mata.
Sumber: talkSPORT