Martin Odegaard Sah Menjadi Ketua Pasukan Arsenal Yang Baru

Arsenal telah mengesahkan yang Martin Odegaard bakal menjadi ketua pasukan terbaru mereka pada musim 2022/23 ini.

Keputusan The Gunners itu menjadikan Odegaard sebagai ketua pasukan kedua termuda dalam sejarah saingan Premier League menjelang bermulanya musim baharu ini.

Arsenal cemerlang membelasah Sevilla 6-0 dalam aksi perlawanan persahabatan mereka sebelum bermulanya musim baharu ini nanti.

Odegaard pada awalnya menyertai Arsenal sebagai pemain pinjaman dari Real Madrid pada Januari 2021 sebelum melengkapkan perpindahannya secara tetap pada musim panas berikutnya.

Beliau dilihat sebagai pemain terpenting dalam sistem kendalian Mikel Arteta dan beliau turut menjadi ketua pasukan untuk skuad kebangsaan Norway.

Melihat bagaimana bintang berusia 23 tahun itu menjadi ketua pasukan untuk skuad kebangsaan Norway dan Arsenal, jelas sekali yang Odegaard sememangnya memiliki ciri kepimpinan yang sungguh menakjubkan.

Odegaard kini merupakan antara salah seorang ketua pasukan termuda yang ada di pentas saingan bola sepak liga Perdana Inggeris.

Bintang West Ham United, Declan Rice yang akan mencecah usia 23 tahun pada Januari ini, dengan beliau satu bulan lebih tua dari Odegaard.

Beliau dilantik sebagai ketua pasukan West Ham United selepas Mark Noble mengumumkan persaraannya pada musim lalu.

Pemain pertahanan Bournemouth, Lloyd Kelly juga merupakan antara ketua pasukan termuda Premier League dengan beliau bakal berusia 24 tahuh pada Oktober nanti.

Alexandre Lacazette dilantik sebagai ketua pasukan Arsenal pada musim lalu selepas Pierre Emerick Aubameyang dipecat dari jawatan tersebut kerana melakukan kesalahan disiplin.

Pemain kebangsaan Perancis itu kini sudah kembali sertai Lyon dan ia secara tak langsung membenarkan Arteta untuk melakukan rombakan besar-besaran dalam skuadnya.

Arsenal turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:

“Kami sangat berbesar hati mahu mengumumkan yang Martin Odegaard bakal dinamakan sebagai ketua pasukan terharu untuk skuad lelaki utama kami.”

“Pemain berusia 23 tahun itu telah meninggalkan impak yang menakjubkan sejak ketibaannya di Emirates Stadium dari Real Madrid pada Januari 2021, pada awalnya sebagai pemain pinjaman, dan sekarang beliau sudah membuat 60 penampilan dan menjaringkan sembilan gol.”

“Odegaard mempunyai pengalaman memakai lilitan kapten, dan beliau sudah menjadi ketua pasukan Norway sejak Mac 2021 dengan dia kini sudah ada 43 caps.”

“Kami mendoakan supaya Martin terus berjaya sebagai ketua pasukan kami.”

Arsenal meneruskan rentak tanpa kalah mereka pada aksi pra musim ini dengan mereka mencatatkan kemenangan besar bertemu Sevilla.

Arsenal Berpesta Belasah Sevilla 6-0, Jesus Cetak Hatrik

Pasukan Premier League yang lemah dan lembik, Arsenal meneruskan kegarangan mereka dalam jelajah pra-musim kali ini mereka berpesta gol membelasah Sevilla 6-0 selepas Chelsea menjadi mangsa sebelum ini.

Separuh daripada 6 gol Arsenal ini menjadi milik ayam tambatan baharu mereka, Gabriel Jesus yang terus mempamerkan ketajaman dengan mencetak hatrik.

Arsenal menamatkan kempen pra-musim mereka dengan penuh bergaya untuk mendakap Emirates Cup, satu tonik penting menjelang musim baharu yang bakal tiba.

Kegarangan Arsenal sangat terbukti dan terselah apabila mendahului Sevilla dengan 4 gol hanya selepas 20 minit sahaja dari sepak mula.

Empat gol itu terhasil daripada Bukayo Saka dan Jesus yang masing-masing menjaringkan dua gol, dengan penyerang Brazil itu menyempurnakan hatriknya pada minit 77 sebelum Eddie Nketiah melengkapkan kemenangan bergaya pada minit akhir.

Prestasi, penyudah klinikal dan tanpa bolos menjadikan perlawanan ini satu petang yang indah untuk anak buah Mikel Arteta, yang kelihatan bersedia untuk Liga Perdana bermula dalam masa enam hari.

Suasana meriah di Stadium Emirates sebelum sepak mula terus meningkat meningkat dengan menggila pada 20 minit pertama dengan Empat gol disajikan.

Jaringan bermula pada minit kesembilan – dengan penghormatan yang paling sesuai kepada Jose Antonio Reyes kerana ia datang semasa tepukan seminit untuk bekas pemain nombor sembilan itu.

Martin Odegaard memotong bola dan terus dikejar Saka, yang ditolak oleh Karim Rekik menyebabkan pengadil Andy Madley tiada pilihan selain menghadiahkan penalti, Saka tiada masalah menyempurnakan penalti.

Gol pendahuluan terus digandakan dengan pantas dua minit kemudian apabila hantaran silang Ben White memilih Jesus di garisan tepi kiri, yang kemudiannya menemui Granit Xhaka.

Selepas masuk ke dalam kotak, hantaran lintangnya yang rendah ditepis oleh Bono ke laluan Jesus yang sedang bergerak laju, yang mempunyai tugas mudah dan tidak membazirkan peluang yang bergolek

Selepas membuat keraian telefon yang menjadi cap dagangnya, Gabriel Jesus menjaringkan gol ketiga pada mini ke-15. Dua gol dalam tempoh dua minit.

Satu hantaran silang yang menggoda dari Gabriel Martinelli ketika pertahanan Sevilla tertidur membolehkan Jesus mengejar dari belakang dan menyempurnakan umpanan ke dalam gawang.

Sevilla telah mula koyak teruk yang menyebabkan gol keempat terhasil dengan mudah.

Hantaran rutin kebelakang kepada Bono menyaksikan penjaga gol itu melakukan hantaran lemah terus kepada Saka dan percubaannya meleleh melalui kaki Bono untuk tempoh 20 minit luar biasa.

Empat itu terhasil dalam tempoh 10 minit sahaja dan kedudukan ini kekal hingga tamat separuh masa pertama walaupun ancaman demi ancaman Arsenal hadirkan.

Satu gol padu dan menakjubkan hampir tercipta apabila lambungan Thomas Partey kepada Xhaka telah disusuli satu voli tersasar ke sudut atas, tetapi pada minit ke-77 penantian panjang untuk gol gol lagi berakhir.

Tendangan sudut Martinelli menyebabkan malapetaka apabila Gabriel memaksa Bono melakukan penyelamatan dari jarak dekat, tetapi Jesus mendapat bola muntah untuk mencipta hatrik.

Gabriel Jesus telah menjaringkan gol ketujuhnya hanya dalam lima perlawanan pramusim sahaja. Satu aksi penuh meyakinkan.

Ben White hampir meletakkan menambah lagi jaringan apabila sepakan percuma yang bijak hampir memperdayakan Bono tetapi tersasar jauh.

Pada minit akhir gol keenam hadir apabila Xhaka menghantar bola kepada Martinelli, dan selepas membawa bola 40 ela pemain Brazil itu tanpa mementingkan diri sendiri menyuap kepada Nketiah untuk melengkapkan kemenangan 6-0.

Emirate Cup menjadi milik Arsenal dan Arsenal akan memulakan musim 2022/23 menentang Crystal Palace di Selhurst Park pada hari jumaat ini.

BACA:  Carragher Dan Scholes Bergabung Bantai Penyokong Arsenal