Martinez Lancar Perang Psikologi Minta Ronaldo Ambil Sepakan Penalti

Penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez sekali melancarkan serangan psikologi kepada pasukan lawan, kali ini mantan penjaga gol Arsenal itu meminta Ronaldo untuk mengambil sepakan penalti.

Aksi panas dan kontroversi lagi berani mati dari Emiliano Martinez itu hadir selepas Manchester United dihadiahkan sepakan penalti masa kecederaan di penghujung perlawanan.

Bruno Fernandes dilihat memegang bola untuk mengambil tugasan tersebut. Emiliano Martinez datang kemudian menunjuk ke arah Cristiano Ronaldo meminta pemain legenda itu mengambil sepakan penalti itu.

Keadaan itu membuatkan Ronaldo agak tercabar lalu bertukar menjadi bengang namun Ronaldo telah ditenangkan oleh Paul Pogba.  Edison Cavani turut menenangkan sedikit Emiliano Martinez.

Fred yang dianggap tidak berguna di mata peminat Setan Merah juga dilihat berkali-kali cuba menghalang Emiliano Martinez daripada menghampiri pemain pemain United.

Tindakan Martinez itu dilihat memberikan kesan psikologi kepada Bruno Fernandes kerana dia seolah olah mahu berdepan dengan penyepak penalti terbaik dalam pasukan United iaitu Ronaldo dan bukannya Bruno Fernandes.

Apa yang berlaku selepas itu, Bruno Fernandes merembat dengan penuh kegeraman lalu bola tinggi bola melewati palang gol terus menuju ke bulan. Entah sudah jatuh atau tidak

Aston Villa sebelum itu mendahului 1-0 menerusi Kortney Hause pada minit ke-88. Hause kemudian menampan bola dengan tangannya dan memberikan penalti kepada United.

Bruno Fernandes yang sentiasa menjadi wira Setan Merah berpeluang besar untuk sekurang kurangnya menyelamatkan pasukannya dari kalah. Malang sekali perkara itu tidak berlaku kali ini.

Saksikan detik Emi Martinez mencabar Ronaldo di sini:

Martinez memang kuat psikologi di atas padang. Sebelum ini dia pernah menyahut perang psikologi dengan pemain pemain Colombia dalam kempen Copa America.

Argentina dan Colombia perlawanan berlarutan ke penentuan penalti.

Penjaga gol Argentina, Emi Martinez menggunakan kesempatan dalam keadaan stadium sunyi tanpa penyokong untuk menyerang lawannya dengan perang saraf. Emi telah melakukan trash talk kepada kesemua pelaksana penalti Colombia.

Cuadrado memulakan penalti Colombia dengan tenang dan masuk. Ianya dibalas oleh Messi.

Davinson Sanchez kemudian gagal menewaskan Emi Martinez. Seterusnya Argentina juga gagal apabila De Paul melakukan percubaan lambung tak masuk akal.

Ketika Yerry Mina sedang memasang kekudanya, Emi Martinez berterusan memberikan kata kata psikologi dan membuatkan Mina hilang fokus lalu penaltinya diselamatkan.

Paredes kemudian meletakkan Argentina 2-1 di hadapan.

Borja tampil bersahutan dengan Martinez untuk menganjing satu sama lain. Dia tak tahu agaknya Martinez memang tunggu dia masuk perangkap.

Emi tenang mendengar makian Borja. Dan pemain itu menunjukkan kualiti penaltinya. Dia kemudian menyepak masuk dan meraikannya dengan menendang bola sekali lagi di hadapan Emi Martinez. Sambil melakukan beberapa aksi depan Martinez.

Sedikitpun Martinez tidak tergugat. Malah rakan Borja pula, Edwin Cardona yang tergugat dan gagal menyempurnakan penaltinya.

Saksikan detik itu di sini:

Martinez terus membuktikan bahawa dia selayaknya menjadi no.1 Argentina. Tujuan utama beliau meninggalkan Arsenal ke Aston Villa – salah satu daripadanya kerana mahukan minit perlawanan untuk menjamin tempatnya dalam pasukan kebangsaaan Argentina.

Martinez kemudian meraikan kemenangan Argentina di bilik persalinan dengan tarian kuda Borja:

Aksi heroic itu dianggap sebagai salah satu aksi terpenting dalam karier Martinez. Beliau berjaya membaca 4 daripada 5 penalti lawannya. 3 berjaya diselamatkan. Maka kamu tak boleh kata itu satu kebetulan. Pasti ada kerja keras di sebaliknya di kem Argentina dan Emi Martinez sendiri.

BACA:  Premier League 2020/21: Watford 4-1 Manchester United