Masalah Utama Pogba Andai Beliau Mahu Kembali Sertai Juventus

Paul Pogba harus bersedia untuk menerima permotongan gaji yang sangat tinggi seandainya beliau mahu kembali sertai Juventus pada musim panas akan datang.

Menurut sumber laporan dari Gazzetta Dello Sport, bintang Perancis itu harus menerima permotongan gaji yang jauh lebih rendah berbanding nilau beliau terima di Old Trafford ketika ini, seandainya beliau benar-benar mahu kembali ke Turin.

Kontrak Pogba bersama United akan tamat pada musim panas nanti, dan beliau pada ketika ini dilaporkan sedang berunding dengan kelab berkait masa depannya.

Setan merah jelas sekali kesuntukkan masa untuk terus melindungi pemain midfield mereka itu, memandangkan beliau sudah boleh berunding dengan kelab lain pada Januari nanti.

Juventus merupakan salah sebuah pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemenang Piala Dunia 2018 itu, dan Pogba sendiri turut masih mempunyai hubungan yang baik dengan gergasi Itali itu.

Antara masalah utama untuk Pogba kembali ke Turin adalah melibatkan gajinya, dengan €15 juta yang beliau terima bakal menjadi beban untuk Juventus.

Beliau hanya mungkin akan ditawarkan gaji bernilai €10 ke €12 juta sahaja di Turin dan nilai tersebut merupakan yang paling tinggi berani di tawarkan oleh gergasi Serie A itu.

Oleh yang demikian, ia bakal menjadi masalah untuk difikirkan oleh ejen Pogba, Mino Raiola yang jelas sekali hanya mencari keuntungan untuknya.

Sementara itu, terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa Pogba mungkin akan menerima tawaran baru di Old Trafford, dengan pihak kelab berharap rundingan tersebut akan mampu dimuktamadkan sebelum Christmas ini.

Pemain berusia 28 tahun itu telah memulakan kempen saingan musim ini dengan sangat cemerlang, selepas beliau berjaya mencatatkan tujuh assists dari sembilan perlawanan dalam semua pertandingan.

Ia termasuklah dengan empat assists yang berjaya beliau catatkan ketika aksi bertemu Leeds United dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Premier League musim ini.

Beliau turut cemerlang mencatatkan assists ketika aksi terikat 1-1 bertemu Southampton dan dua lagi assists berjaya direkodkan ketika beliau membantu setan merah menewaskan Newcastle 4-1.

Permulaan musim beliau sedikit direncatkan selepas beliau dimasukkan sebagai pemain gantian sahaja ketika aksi bertemu Everton sebelum ini.

Manchester United pada musim ini telah ditewaskan oleh Aston Villa dalam saingan Premier League, Young Boys dalam saingan Champions League dan West Ham dalam aksi saingan Carabao Cup.

Pogba selain cemerlang bersama setan merah, beliau turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika membantu Perancis menjuarai saingan UEFA Nations League awal pagi tadi.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Manchester United Dan Alexis Sanchez Sah Telah Berpisah