Satu kisah klasik untuk masa depan telah berlaku di La Liga apabila jurulatih Sporting Gijon, Abelardo Fernandez tidak mahukan wang pampasan sebanyak hampir €4 juta dan menghalalkannya dunia dan akhirat setelah dipecat kelab.
Fernandez dipecat rentetan tujuh kekalahan dalam lapan perlawanan La Liga dan menyaksikan Sporting Gijon menduduki tangga ke-18 daripada 20 pasukan.
Alasan Fernandez ketika menolak pampasan tersebut adalah – kasih sayang dan taat setia kepada kelab yang disokongnya.
“Saya menangis buat mereka, buat kelab, buat penyokong yang saya sangat sayangi. Sebagai penyokong Sporting Gijon, saya tak boleh buat macam tu (terima duit pampasan) kepada kelab yang sangat saya sayangi.
“Saya lakukan perkara yang sama terhadap kelab lain tak terkecuali di Sporting.
“Kesetiaan saya kepada kelab mengatasi segalanya,” ujar Fernandez panjang lebor.
“Setia aku demi dirimu, setia aku hanya padamu, andai hatimu berubah, pastiku cuba fahami, tetap ku melangkah terus berani, kau tahu kau satunya, ku mahu kita selamanya.”
Fernandez telah bermain buat Gijon selama lima tahun, menjadi jurulatih kelab tersebut pada tahun 2014, dan membawa mereka naik ke La Liga.
Walaupun telah dipecat, Fernandez masih menawarkan diri untuk membantu kelab dalam apa cara sekalipun.
Itulah kesetiaan.
Nota : Sambil menulis berita ini, air mata penulis tidak henti-henti menitis.