Mason Greenwood Akhirnya Didakwa Atas Tuduhan Cubaan Merogol

greenwood didakwa

Mason Greenwood akhirnya telah didakwa atas tuduhan cubaan merogol selepas ditahan pada awal tahun ini dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dijalankan.

Pemain berusia 21 tahun itu turut didakwa terlibat dalam mengawal dan tingkah laku paksaan, dan serangan yang menyebabkan kecederaan tubuh yang sebenar.

Perkara ini telah disahkan oleh polis pada hari sabtu dan Greenwood dijadual hadir di Mahkamah Majistret Manchester dan Salford pada hari Isnin.

Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (Crown Prosecution Services, CPS) juga telah mengesahkan bahawa pemain bola sepak itu telah didakwa.

Bercakap mengenai pertuduhan ke atas Greenwood itu, Janet Potter, timbalan ketua pendakwa raya untuk CPS North West, berkata:

“Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota hari ini telah memberi kuasa kepada Polis Greater Manchester untuk mendakwa Mason Greenwood, 21, dengan cubaan merogol, terlibat dalam mengawal dan kelakuan paksaan, dan serangan menyebabkan kecederaan tubuh sebenar.”

“Ketiga-tiga pertuduhan berkaitan pengadu yang sama.”

“Pendakwa raya pakar rogol dari unit kerja kes kompleks CPS North West membenarkan pertuduhan berikutan semakan fail bukti yang diterima daripada Polis Greater Manchester.”

“Kehadiran mahkamah pertama defendan akan berlangsung pada 17 Oktober di Mahkamah Majistret Greater Manchester.”

“Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota mengingatkan semua yang prihatin bahawa prosiding jenayah terhadap defendan adalah aktif dan bahawa dia mempunyai hak untuk perbicaraan yang adil.”

“Adalah amat penting bahawa tidak ada pelaporan, ulasan atau perkongsian maklumat dalam talian yang boleh menjejaskan prosiding tersebut.”

Sejurus selepas berita dakwaan ke atas Greenwood ini telah disahkan secara rasmi, Manchester United melalui laman sesawang mereka telah mengeluarkan kenyataan rasmi.

Manchester United terus mengekalkan penggantungan ke atas Mason Greenwood sehingga keputusan perbicaraan selesai.

“Manchester United menyatakan bahawa pertuduhan jenayah telah dikemukakan terhadap Mason Greenwood oleh Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota.”

“Dia kekal digantung oleh kelab, sementara menunggu keputusan proses kehakiman.”

Sebelum berita pendakwaan ini keluar, Mason Greenwood telah ditahan oleh pihak polis Greater Manchester kerana didakwa telah melanggar syarat ikat jamin yang telah diberikan.

Setelah sekian lama sunyi sepi dari dada media massa dan media sosial, nama Greenwood kini kembali menjadi sebutan.

Menurut laporan dari agensi berita kebangsaan, BBC telah difahamkan bahawa penahanan terbaru Mason Greenwood ini dibuat di rumahnya di Bowdon, Greater Manchester.

Dalam satu kenyataan dari wakil bagi pihak Polis Greater Manchester berkata:

“Menyedari dakwaan mengenai seorang lelaki berusia 21 tahun yang melanggar syarat jaminannya dan penahanan telah dibuat pada hari Sabtu”.

Kenyataan itu menambah:

“Siasatan lanjut sedang dijalankan pada masa ini”.

Pihak berkuasa Greater Manchester dalam kenyataannya itu tidak menjelaskan secara lanjut perlanggaran syarat ikat jamin apakah yang telah dilakukan oleh pemain Manchester United itu.

Selepas 9 bulan kes itu terjadi, teman wanita Greenwood, Harrier Robson telah dilihat kembali mengikuti akan Instagram Mason Greenwood yang mula menimbulkan spekulasi akan kepulangan pemain muda ke kelabnya.

Kenapakah Harrier Robson telah mengikuti kembali Instagram Greenwood dan sekali lagi spekulasi dan teori hadir dikalangan warga maya.

Netizen telah membuat spekulasi bahawa Harrier Robson dan Mason Greenwood telah kembali hidup bersama untuk tempoh beberapa bulan dan kes itu mungkin akan digugurkan.

Sebelum ini Greenwood hanya bebas atas jaminan pihak polis sehinggalah ditahan kerana melanggar syarat ikat jamin.

Belum sempat dunia mengetahui apakah perlanggaran ikat jamin dilakukan oleh Greenwood sehingga ditangkap, kini secara rasminya Greenwood telah didakwa dengan tiga pertuduhan.

Pendakwaan ke atas Greenwood ini juga telah menutup segala spekulasi.

BACA:  Nike Sah Batalkan Perjanjian Bersama Mason Greenwood