Massimiliano Allegri Mengamuk Maki Hamun Pemainnya Sendiri

Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri dilihat memaki hamun para pemainnya sebaik beliau meninggalkan padang selepas aksi seri 1-1 bertemu AC Milan.

Telah tular satu rakaman di media sosial yang memperlihatkan bagaimana Allegri memaki hamun para pemainnya dan turut mempersoalkan adakah mereka benar-benar mahu bermain untuk Juventus atau tidak.

Terdapat juga laporan dari media Itali yang menyatakan bahawa Allegri menyatakan ‘Kamu bermain untuk Juventus’ dalam nada yang marah.

Allegri juga dikatakan terbawa-bawa emosi marahnya ketika beliau bercakap dalam temu bual selepas tamat perlawanan.

“Saya sangat marah malam ini.”

Jelas pengurus berusia 54 tahun itu kepada DAZN menurut Football Italia.

“Kami bermain dengan baik pada aksi babak pertama, pada aksi babak kedua kami berisiko untuk kalah. Sehingga terikat 1-1, kami berjaya kawal keadaan sepenuhnya.”

“Apa yang buat saya marah adalah ketika 15 minit akhir. Kita tidak seharusnya menderita lebih teruk, kita sepatutnya berjuang habis-habisan. Pada ketika ini, kami tak nampak estetik dan hanya membawa pulang satu mata walau ia teruk.”

Pemenang enam kali gelaran Serie A itu telah memulakan kehidupan baru sebelum memutuskan untuk kembali menyertai The Old Lady.

Dari empat perlawanan awal musim ini, Juventus masih belum berjaya mencatatkan sebarang kemenangan dan ia merupakan rekod terburuk mereka sejak 60 tahun lalu.

Perlawanan pada hujung minggu lalu menunjukkan betapa teruknya skuad kendalian Massimiliano Allegri itu pada ketika ini.

Selepas mendahului perlawanan pada minit ke-5 permainan menerusi Alvaro Morata, gergasi Serie A itu dilihat berjaya mengawal tempo permainan dengan sangat sempurna.

Walau bagaimanapun, selepas Ante Rebic menyamakan kedudukan pada minit ke-76 permainan, pasukan tuan rumah dilihat sedikit terkejut dan mereka jelas hilang tumpuan dalam perlawanan tersebut.

Juventus dilihat sangat tertekan dengan mereka langsung tidak berjaya untuk mencipta peluang, apa lagi mahu memburu gol kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Walau ramai peminat yang berkongsi video Allegri sedang mengamuk, dan bersependapat dengan pengurus mereka itu, ada segelintir peminat yang tidak gembira dengan hal tersebut.

Ramai juga yang menganggap Allegri merupakan punca kekalahan Juventus kerana selepas beliau mengeluarkan Paulo Dybala, The Old Lady dilihat semakin tumpul dan tidak mampu untuk melancarkan serangan.

“Saya akan mengakui kesilapan yang saya lakukan dari segi pertukaran pemain.”

Jelas Allegri.

“Saya melakukan kesilapan. Saya sepatutnya meletakkan lebih pemain pertahanan dan kekalkan keputusan 1-0 itu, jadi saya minta maaf untuk itu.”

Walaupun sudah menyatakan maaf atas kesilapan beliau, Allegri memastikan kata-kata terakhir beliau kepada media dalam temu bual tersebut adalah tentang para pemainnya.

Beliau menegaskan kepada anak-anak buahnya supaya bertanggungjawab atas persembahan buruk mereka sepanjang musim baharu ini.

“Saya tahu kamu semua suka bercakap tentang sistem taktikal.”

“Tapi ketika kamu di depan dengan 15 minit lagi untuk perlawanan tamat, sepatutnya kamu tak membenarkan mereka melakukan percubaan tepat, sistem itu tidak relevan. Kamu boleh berterabur tapi kamu perlu lebih bersungguh.”

“Jika mereka kekalkan sikap seperti ini, maka sukar untuk kita memenangi liga.”

Juventus selepas ini akan beraksi di halaman lawan dengan mereka bakal berdepan dengan Spezia.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Raiola: Manchester United Jimat €100 Juta Ketika Beli Pogba