Mat Salah Tolak Vila Mewah

Dengan kehadiran Mat Salah, Liverpool semakin power. Powernya di tangga kelapan. Perlawanan masih jauh. Pertarungan masih panjang. Watlek watpeace kata Klopp sambil menghirup kopi songkok.

Jurgen Klopp sedang tersenyum menikmati kopi songkok

Seorang usahawan Mesir telah menawarkan Mat Salah sebuah vila mewah sebagai ganjaran kerana berjaya membawa Mesir ke Piala Dunia.

Sumber dari laman web sukan Mesir mengatakan, Mat Salah telah dihubungi oleh seorang lelaki bernama Mat Abbas. Bekas presiden kelab Zamalek, setelah kemenangan 2-1 yang dramatik ke atas Congo awal bulan ini.

Mat Abbas mahukan Mat Salah mempunyai sebuah vila percutian sebagai hadiah. Mesir layak ke Piala Dunia sejak penyertaan pada tahun 1990.

Bagaimanapun, lelaki berusia 25 tahun itu dengan tawaduk, menolak tawaran dengan sopan. Saya akan rasa lebih bahagia kalau awak beri sumbangan kepada kampung Nagrig di wilayah Gharbiya, yang terletak kira-kira 150km dari ibu kota Kaherah.

Menitik air mata Mat Abbas.

Gabenor Gharbiya juga telah menamakan semula sebuah sekolah & pusat belia di Nagrig sebagai penghormatan tersebut.

Mat Salah telah membuktikan satu kejutan besar di Anfield sejak perpindahannya (£36.9m) dari Roma musim panas yang lalu.

Dia adalah penjaring terbanyak Reds musim ini dengan lapan gol dalam 13 penampilan.

Dia memenangi anugerah Player of the Month & Goal of the Month untuk kedua-dua bulan Ogos dan September.

Dua golnya di Maribor minggu ini menyaksikan dia disenarai pendek untuk gol Liga Juara-Juara minggu ini.

Baca Juga

Baca Juga