Mat Zan Mat Aris Belum Pasti Kekal Bersama MU

Masa depan jurulatih Melaka United, Mat Zan Mat Aris belum paasti samada kekal atau tidak selepas berjaya membawa Melaka United ke Liga Super musim 2017. Mat sebelum ini pernah mebuat kenyataan bahawa perlawanan menentang Sime Darby mungkin perlawanan terakhirnya bersama Melaka United.

Melaka United dikatakan berminat untuk mengambil jurulatih luar bagi menghadapi saingan di Liga Super musim depan. Ikuti berita penuh yang bersumber dari Berita Harian.

AYER KEROH: Nasib Ketua Jurulatih Melaka United (MU), Mat Zan Mat Aris sama ada kekal bersama pasukan juara Liga Perdana itu atau sebaliknya, akan ditentukan sedikit masa lagi.

Hanya itu yang mampu dinyatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Idris Haron ketika mengulas khabar angin mengenai status Mat Zan yang berkemungkinan besar akan digugurkan sebagai jurulatih pasukan Hang Tuah itu.

“Kita belum lagi menentukan jurulatih. Saya sedang menilai dan menimbang (mengekalkan Mat Zan), mungkin ada keperluan kita membawa jurulatih dari luar negara untuk melatih pasukan kita,”katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam sebuah portal berita, Mat Zan dilaporkan berkata, perlawanan bertemu Sime Darby yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 pada Sabtu lalu adalah sentuhan terakhir beliau bersama skuad MU yang mengumpul 50 mata keseluruhan musim ini.

Ini kerana, dakwanya, pihak pengurusan MUSA dikatakan mahu membuat perubahan baharu bagi barisan kejurulatihan selepas kontrak Mat Zan bersama MU berakhir Ogos lalu.

Bekas pemain kebangsaan itu menyertai Melaka pada tahun 2014 ketika skuad berada keadaan tidak menentu.

Dalam tempoh satu musim, Mat Zan berjaya membawa pasukan beraksi dalam Liga Perdana, selepas menjuarai Liga FAM, selain berjaya meletakkan MU berada dalam saingan liga utama, Liga Super untuk musim depan.

Sumber : Berita Harian

Baca Juga

Baca Juga