Mata: Masanya Sudah Tiba Untuk Manchester United Kembali Optimis

Pemain tengah Manchester United, Juan Mata berkata kepulangan pemain ‘legenda’, Ole Gunnar Solskjaer ke kelab tersebut sebagai pengurus telah meningkatkan kembali keyakinan dalam diri para pemain.

Mata berkata demikian menerusi entri blog peribadi beliau yang kebiasaannya ditulis secara mingguan. Berikutan pemecatan Jose Mourinhominggu lalu, Mata mendakwa Manchester United telah melalui minggu ini yang agak ‘berbeza’.

Masanya sudah tiba untuk peminat Manchester United keluar dari tempat persembunyian. Kita akan menang straight sehingga hujung musim dan memintas Liverpool

Namun demikian, Mata tetap berterima kasih kepada Mourinho atas tiga trofi yang dimenangi Manchester United sepanjang hampir 3 tahun bersama.

Ketibaan Solskjaer selaku pengurus sementara United berjaya menaikkan kembali semangat pemain-pemain. Hasilnya, dalam perlawanan pertama Solskjaer, United berjaya membelasah Cardiff City 5-1 di tempat lawan. Ia juga merupakan kali pertama sejak era Sir Alex Ferguson mereka berjaya menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan.

Dalam entri sebelum ini, Mata menulis beliau tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsi selepas United tewas 3-1 di tangan musuh tradisi, Liverpool. Walau bagaimanapun, dalam entri terbaru beliau ini, ia jelas menunjukkan mood dalam skuad United berubah serta merta dan kelihatan lebih positif dari sebelumnya.

“Pemain legenda, Ole Gunnar Solskjaer adalah bos baru kami dan tiada cara yang lebih baik untuk memulakan era baru sekembalinya beliau ke kelab ini dari apa yang kami telah pamerkan ketika menewaskan Cardiff.”

Ketibaan legenda Solskjaer membuatkan suasana bilik persalinan kembali positif. Sebelum ni toksik sebab ada orang suka kentut

“Ia merupakan kemenangan yang meyakinkan ke atas Cardiff dan ia akan meningkatkan lagi moral skuad dalam melalui penghujung tahun 2018 dan menghampiri tahun baru.”

“Sekarang adalah masa untuk kembali optimistik, melihat ke hadapan dan terus berusaha keras bagi memanjat tangga liga.”

“Kami sangat bermotivasi untuk melakukannya dan dalam masa yang sama menghiburkan peminat kami.”

“Kami akan bermain menentang Huddersfield pada Boxing Day. Ia merupakan tarikh yang mengingatkan saya kepada bulan-bulan pertama saya di Liga Perdana Inggeris hampir 7 tahun yang lalu. Sejak dari itu, tarikh ini bertukar menjadi antara hari paling bermakna bagi saya sepanjang tahun.”

Rashford pemusnah Bournemouth

“Terdapat banyak keluarga di tempat duduk penonton dan kami berharap mampu menunjukkan permainan yang baik bagi memberikan suasana seperti menyambut parti. Ia merupakan hari yang istimewa bagi bola sepak Inggeris.”

“4 hari selepas itu, kami akan melayan kunjungan Bournemouth, pasukan yang sedang melalui musim yang menakjubkan.”

“Dalam perlawanan liga pertama kami menentang mereka, kami berjaya mencatatka kemenangan hasil jaringan pada minit kecederaan dari Marcus Rashford. Dan pada hari Ahad nanti, saya yakin mereka akan berusaha untuk membalas dendam atas apa yang berlaku tempoh hari.”

BACA:  Sheikh Jassim Kecewa Sikap Berdiam Diri Glazier