Mateo Kovacic Nekad Mahu Tinggalkan Real Madrid Musim Panas Ini

Pemain tengah Real Madrid, Mateo Kovacic mendedahkan beliau mahu meninggalkan Real Madrid musim panas ini dan berpindah ke kelab yang mana beliau akan dapat bermain secara kerap.

Pemain berusia 24 tahun ini kini sedang bersama skuad kebangsaan Croatia di Russia bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia. Beliau dianggap antara tonggak utama Croatia dan bermain dalam kesemua perlawanan peringkat kumpulan setakat ini dimana beliau mencatatkan satu assist.

Mateo Kovaci nekad mahu meninggalkan Real Madrid bagi mendapatkan waktu permainan yang lebih banyak

Kovaci menyertai Real Madrid dari Inter Milan pada tahun 2015 tetapi sering memanaskan bangku simpanan memandangkan bakat yang ada dalam pasukan tersebut. Beliau terpaksa bersaing dengan rakan senegaranya, Luka Modric dan Toni Kroos untuk tempat dalam kesebelasan utama.

Pengurus Real Madrid sebelum ini, Zinedine Zidane gemar menggunakan trio Kross, Modric dan Casemiro di bahagian tengah Los Blancos dan Kovacic pula sering masuk sebagai pemain gantian pada lewat permainan. Walaupun telah memasuki musim ke-3 di Sepanyol, Kovacic hanya mampu berada dalam kesebelasan utama sebanyak 55 kali.

Melihat keadaan tersebut, Kovacic berkata beliau perlu mengubah haluan musim hadapan dalam misinya untuk bermain denga lebih kerap, sesuatu yang sukar untuk berlaku di Santiago Bernebeu.

Kovacic terpaksa bersaing dengan Modric dan Kroos untuk tempat dalam kesebelasan utama Los Blancos

“Saya mahu bermain dengan lebih kerap di Real Madrid kerana saya cintakan bola sepak dan saya suka berada di atas padang. Saya sedar agak sukar untuk menjadi pemain utama di Real Madrid, terutamanya apabila saya tiba di sana pada usia yang sangat muda.”

“Saya faham bagaimana keadaan di Real Madrid, jadi disebabkan itu perkara terbaik buat saya adalah berpindah ke kelab baru yang mampu menawarkan tempat dalam kesebelasan utama. Saya percaya saya berhak mendapat peluang tersebut dan ia merupakan perkara yang saya inginkan sekarang.”

“Pada pendapat saya, semua pemain di Real Madrid sama pentingnya. Tetapi apa yang menjadi masalah adalah untuk mendapatkan konsistensi pada usia yang muda. Tanpa konsistensi tersebut, saya tidak akan mampu mempamerkan potensi sebenar saya.”

Ditandatangani dari Inter Milan pada tahun 2015 tetapi gagal untuk memberikan impak dalam pasukan yang dipenuhi bintang ternama

“Sudah tentu saya tidak gembira apabila tidak dapat bermain. Saya menikmati setiap saat berada di Real Madrid bersama rakan sepasukan yang menakjubkan di samping memenangi pelbagai trofi.”

“Tetapi saya tidak boleh berasa terlalu gembira kerana sumbangan saya yang minima dalam pasukan tersebut. Ia merupakan perkara yang ingin saya ubah selepas ini.”

Sekiranya Real Madrid mengambil keputusan untuk memenuhi permintaan Kovacic untuk berpindah, Tottenham Hotspurs dilaporkan bakal menjadi destinasi beliau yang seterusnya dengan Spurs sedang berusaha untuk mencari pengganti kepada Moussa Dembele yang semakin berusia.

BACA:  'Tak Peduli Tentang Real Madrid Dan Everton' - Rodriguez Mahu Liverpool Julang UCL