Mats Hummels Dedahkan Sebab Kenapa Butnya Berlubang Ketika Menentang Dortmund

Pada sabtu lalu, Der Klassiker telah menemukan dua gergasi Jerman Borussia Dortmund menentang Bayern Munich di Bundesliga di mana perlawanan berkesudahan Bayern menang dengan jaringan 3-1.

Pada separuh masa pertama Bayern mendahului melalui jaringan Robben dan Lewandowski. Kemudian David Alaba menambah satu lagi jaringan pada minit ke-67 untuk kedudukan 3-0. Gol saguhati Dortmund hadir melalui Marc Bartra.

Di sebalik kemengangan dengan jaringan padu Robben, Lewandowski, Alaba dan Bartra, Mats Hummels mencuri tumpuan ramai apabila kasut Adidasnya telah berlubang di kedua-dua belah bahagian ibu jari kaki.

Selepas perlawanan Hummels telah menjelaskan kenapa butnya berlubang.

“Aku tak boleh menahan tekanan dari ibu jari kaki aku yang besau nau ni sebab dua-dua dah naik biru, ibu jari aku mengalami kecederaan masa tu. Aku harap ibu jari kaki ni akan pulih minggu depan.”

Ketika ditanya adakah dengan kasut berlubang mengganggu permainan beliau? Hummels menjawab :

“Tak beri kesan langsung, aku ikat kasut ketat-ketak, jadi ibu jari ni duk diam kat situ jela.”

“Sayan awak ketat,sendat, padat.” Ujar Hummels.

Untuk mengurangkan kesakitan ibu jari kakinya Hummels telah membuat lubang untuk ibu jari kaki bernafas.

Baca Juga

Baca Juga