Matt! Calon Puskas Yang Tercicir

Sebelum era kegemilangan pemain Lord Fakri, Lord Giroud dan Lord Bendtner. Munculnya seorang pemain genius dan cerdik pandai bernama Mathew Matt Lee Tissier yang merupakan seorang lagenda Southampton.

Beliau dikenali kerana menjaringkan gol-gol yang boleh dikategorikan setaraf gol Puskas. Kalau wujudnya anugerah Puskas ketika itu nescaya setiap tahun muka dia jelah yang akan kita tengok.

Matt Meniru Gaya Lord Fakri. Tak percaya tengok gambar kat bawah!

Antaranya Matt pernah menimbang bola menggunakan tumit kaki lalu menewaskan dua atau tiga pemain lawan. Belum pun sempat bola itu menyentuh permukaan padang bola itu dirembat dengan begitu laju sehingga menerjah jaring gol lawan.

Matt juga pernah membuatkan lagenda penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel tersipu-sipu malu dek kerana lemas dengan bola yang disungkit oleh beliau.

Video Kehebatan Gol Mathew Matt Lee Tissier

Ah! Taip panjang-panjang bukan korang nak percaya. Tengoklah sendiri kehebatan pemain bernama Matt Lee Tissier ni.

Lord Fakri pernah mengeluarkan ayat keramat ini;

“Buatlah macamana sekali pun, kalau bola tu tak nak masuk. Bola tu tak akan masuk”

Eh tak kena pula. Kalau Matt dengar ni. Maunya dia tunjal dahi Lord Fakri.

Baca Juga

Baca Juga