Matyo Dedah Alasan Mengapa TCH Bawa 24 Pemain Sahaja Ke Singapura

Pengurus skuad kebangsaan Malaysia, Tan Cheng Hoe teruk dihentam oleh para peminat kerana beliau sekadar membawa 20 orang pemain sahaja ke Singapura untuk aksi saingan AFF Suzuki Cup tahun ini.

Hal ini kerana pihak penganjur membenarkan setiap pasukan membawa 30 orang pemain namun Malaysia sendiri yang bersetuju untuk membawa 24 pemain sahaja.

Pihak penganjur memutuskan untuk membenarkan lebih ramai pemain di bawa kerana sedar ancaman yang boleh berlaku ketika era pandemik ini.

Malang untuk kem Malaysia, empat pemain pada ketika ini sudah disahkan positif C0V-19 seterusnya menjadikan skuad Harimau Malaya kini hanya ada 19 pemain sahaja yang tersedia.

Kem Malaysia sudah menghantar rayuan kepada pihak penganjur untuk mendaftarkan pemain baru menjelang aksi bertemu Vietnam pada malam ini.

Sementara permohonan itu masih belum diterima, Tan Cheng Hoe masih opitimis yang kualiti pemain-pemain yang beliau ada dalam skuadnya pada ketika ini sudah cukup bagus untuk berdepan Vietnam.

Ramai pihak yang menghentam keputusan skuad kebangsaan Malaysia membawa 24 pemain sahaja dari 30 pemain yang dibenarkan.

Bekas penyerang sensasi negara, Nurshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Matyo percaya yang Tan Cheng Hoe ada sebab tersendiri mengapa beliau sekadar membawa 24 pemain sahaja.

“Macam coach Tan bawa 24 pemain tu bagi saya, ermm dia pun, coach Tan pun tak terfikirkan sebabkan apa, err ramai boleh kena C0V-19 ni kan?”

“Cuma kalau dia bawa ramai tu mungkin saya rasalah, sebab saya kenal coach Tan lama, mungkin dia nak menjaga perasaan pemain ke.”

“Bila dia bawak ramai ke Singapura nanti ada yang tak ada dalam skuad apa semua, so benda tu semua nanti akan terguris hati pemain bila tak ada dalam skuad duduk atas, just tengok game, even dekat bench pun bila siapa tak main mungkin frust, tapi nak tak nak, kita satu team, memang kita kena sentiasa berfikir positif lah, mungkin itu salah satu sebab coach Tan tak bawa ramai pemain.”

Skuad kebangsaan pada awalnya hanya kehilangan Khairulazhan dan Faisal Halim sebelum dua lagi pemain Akhyar Rashid dan Quentin Cheng pula yang disahkan positif.

Pemain ‘warisan’ harapan negara, Dion Cools masih berada di Denmark pada ketika ini dan beliau dijangka hanya akan sertai Malaysia ketika aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Indonesia.

Tan Cheng Hoe berharap Malaysia akan diberikan lampu hijau oleh AFF. Dipetik dari The Star, Tan Cheng Hoe berkata:

“Kita berharap akan mendapat lampu hijau. Apa sahaja keputusannya, kami akan hormatiny. Dan berharap pemain pemain yang dikuarantin akan menyertai kita tidak lama lagi.”

Pada masa yang sama pengendali Harimau Malaya itu yakin bahawa pasukannya cukup bagus untuk berdepan Vietnam walaupun bergantung kepada 19 pemain sahaja.

“Saya dah jelaskan keputusan [mendaftarkan cuma 24 pemain] sebelum ini. Tiada siapa pun menjangkakan ini akan berlaku, dan tak siapa mahu perkara ini berlaku,”

Kata beliau merujuk kepada pemain pemain yang dikuarantin kerana positif C0V-19.

“Ianya sudah pun berlaku. Kita melakukan swab test setiap hari untuk memastikan kesemua orang selamat. Kita sejujurnya tak tahu macamana mereka boleh dijangkiti.”

“Harap keadaan terkawal dan tidak ada lagi penularan di masa akan datang.”

Dalam temu bual sama, Matyo turut mendedahkan yang beliau sebenarnya sangat yakin De Paula sepatutnya diturunkan dalam kesebelasan utama negara dalam perlawanan pada malam ini.

“Untuk perlawanan menentang Vietnam, saya akan memilih De Paula untuk bermain di posisi top striker,”

Jawab Matyo.

“Sebab kita tahu pertahanan-pertahanan Vietnam ni. Saya pernah alami dengan pertahanan Vietnam, memang diorang punya hard marking.

“Jadi kita perlukan De Paula. Nak tak nak kita kena, macam Coach Tan, kena bagi motivasi yang tinggilah kepada De Paula untuk perlawanan esok [hari ini].

“Kalau nak pakai dia, memang betul-betul kena bagi motivasi untuk dia bagi 100 peratus untuk perlawanan esok, ibarat macam perlawanan akhir lah perlawanan esok.

“De Paula, dia kena ambillah tanggungjawab itu.”

Ketika ditanya apakah yang kita perlukan – sama ada kekuatan fizikal atau kebolehgerakan pemain di atas padang, Matyo menjawab;

“Dua-dua,”

Ringkas jawabnya, lalu menambah;

“De Paula ada fizikal, jadi nak tak nak pihak jurulatih kena push De Paula untuk bekerja keras esok. Kena kerja lebih.

“Macam saya sendiri, untuk lawan Vietnam, malam ni kita dah fikir esok kita kena double work [dengan bola dan tanpa penguasaan bola].”

Sumber: Nadi Arena

Baca Juga

Baca Juga