Mauricio Pochettino Tidak Tolak Kemungkinan Gareth Bale Kembali Sertai Tottenham

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino tidak menolak sebarang kemungkinan yang Gareth Bale kembali ke pangkuan Spurs pada masa hadapan sambil berkata dalam bolasepak segalanya boleh berlaku.

Pemain antarabangsa Wales ini meninggalkan Spurs untuk menyertai Real Madrid pada tahun 2013 dalam satu perjanjian rekod dunia ketika itu. Walaupun berjaya membantu Real Madrid memenangi 1 kejuaraan La Liga dan 3 trofi Liga Juara-Juara dalam masa 4 tahun

Gareth Bale sering dibelenggu masalah kecederaan dan spekulasi bertiup kencang yang pemain ini mungkin kembali bermain di Liga Perdana Inggeris dalam masa terdekat.

Terdapat laporan mengatakan presiden Real Madrid, Florentino Perez sanggup melepaskan Bale untuk meraih dana bagi mendapatkan khidmat Neymar dari Paris Saint-Germain pada penghujung musim nanti.

Manchester United turut dikatakan berminat untuk membawa pemain ini pulang ke England tetapi Pochettino percaya yang Bale mungkin kembali bermain di White Hart Lane pada masa hadapan apabila ditanya pemberita adakah beliau berminat untuk mendapatkan khidmat Bale.

Bale bersama Myvi barunya

“Saya ada berjumpa beliau ketika kami menentang Real Madrid di gelanggang lawan tempoh hari. Beliau masih lagi berhubung dengan beberapa individu yang bekerjasama dengannya pada masa lepas.

Tetapi saya tidak dapat mengetahui dengan lebih lanjut kerana saya tidak mempunyai hubungan yang rapat dengannya atau pihak yang mewakili beliau. Sudah tentu beliau pemain yang sangat cemerlang dan dalam bolasepak, kamu tidak akan tahu apa yang akan berlaku.”

Walaupun tiada perkara yang bakal berlaku dalam masa terdekat ini, Bale dan pihak yang mewakili beliau telah menolak sebarang kemungkinan yang pemain ini akan meninggalkan Los Blancos kerana Bale mahu menghabiskan kariernya bersama Real Madrid.

Ejen yang mewakili Gareth Bale, Jonathan Barnett berkata Bale sangat sayangkan Real Madrid dan turut mengakui Bale agak terkesan dengan cemuhan yang diterimanya dari peminat sendiri ketika pasukan melalui fasa keputusan yang tidak memberangsangkan.

“Beliau mahu menghabiskan kariernya bersama Real Madrid. Beliau sayangkan bandar Madrid, cara hidup disana dan paling penting sekali beliau sayangkan Real Madrid. Sudah tentu beliau agak sedih apabila peminat tidak menyokongnya ketika pasukan tidak bermain dengan baik.

Van Der Vaart bersama Bale di Spurs

Ini perkara yang sangat gila, kerana ianya hanya berlaku di Sepanyol. Peminat harus mengerti betapa bagusnya Gareth Bale.”

Musim ini menyaksikan Bale hanya mampu diturunkan dalam 10 perlawanan dengan pulangan 3 gol sahaja dari pemain ini akibat sering mengalami masalah kecederaan.

Walaubagaimanapun, Bale dilaporkan sudah sembuh sepenuhnya dan bakal beraksi bersama skuad utama Real Madrid untuk mempertahankan gelaran juara Kelab Piala Dunia yang bakal berlangsung di Abu Dhabi tidak lama lagi.

Sejak menyertai Los Blancos, Bale telah mengalami 11 kecederaan yang berbeza di mana masalah buku lali dan betis antara kecederaan yang sering menghantui Bale sejak beberapa musim yang lalu.

Bale telah mengalami 18 kali kecederaan sejak tiba di Barnaubeau yang menghalangnya untuk bermain sebanyak 53 perlawanan.

Jika hendak ditulis senarai kecederaan Bale agak panjang jadi korang tengok sendiri la gambar dibawah.

Kecederaan paling teruk dialami Bale ada pada musim lalu apabila tidak dapat beraksi selama 84 hari  dan terlepas 17 perlawanan. Bagi musim 2106/17 juga menyaksikan Bale berehat selama 136 hari dan terlepas sebanyak 29 perlawanan.

Baca Juga

Baca Juga