Maurizio Sarri Mungkin Terlepas Peluang Menjadi Pengurus Chelsea Kerana Masalah Tingkah Laku

Bekas pengurus Napoli, Maurizio Sarri mungkin tidak akan dinamakan sebagai ketua jurulatih Chelsea yang baru kerana mempunyai masalah tingkah laku dan sering mempunyai masalah dengan pihak berkuasa Itali.

Sarri meletakkan jawatannya di Napoli hujung musim lalu berikutan minat yang ditunjukkan Chelsea untuk melantiknya menggantikan tempat Antonio Conte di Stamford Bridge.

Beberapa sumber daripada Itali melaporkan Chelsea telah bersetuju dengan segala terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Sarri sekiranya Conte meninggalkan Chelsea.

Chelsea mungkin tidak jadi mengambil Sarri sebagai jurulatih mereka yang baru kerana masalah disiplin

Walaubagaimanapun, perjanjian tersebut dilihat sukar untuk berlaku sekarang kerana Chelsea risau dengan tingkah laku Sarri yang sering terlibat dengan kontroversi.

Antara salah laku terbaru Sarri berlaku pada Januari lalu dimana beliau dikenakan denda sebanyak €20 ribu dan penggantungan 2 perlawanan kerana didakwa melakukan cacian berunsur homophobic (sikap prejudis terhadap homoseksual) terhadap Roberto Mancini.

Sarri menafikan dakwaan tersebut tetapi tetap didenda atas dakwaan ‘melakukan cacian yang ditujukan kepada jurulatih pasukan lawan’.

Selain daripada itu, Chelsea juga enggan membayar klausa pelepasan berjumlah £7 juta seperti diminta oleh pemilik Napoli, Aurelio De Laurentiis.

Akan tetapi, bukan duit yang menjadi penghalang Sarri dengan jawatan pengurus di Stamford Bridge kerana Chelsea lebih risaukan masalah disiplin beliau yang sering terlibat dengan kontroversi.

Sarri pernah menerima pujian dari Pep Guardiola dimana Pep berkata Napoli bermain bolasepak paling cantik di Eropah

Sarri pernah terlibat dalam satu insiden dimana beliau melakukan isyarat lucah kepada penyokong Juventus ketika Napoli bertandang ke Turin.

Beliau juga pernah menghamburkan makian kepada pemainnnya sendiri selain pernah mengeluarkan kenyataan merendahkan kemampuan perempuan.

Selepas terlibat dalam insiden penuh kontroversi dengan Sarri, bekas pengurus Manchester City Roberto Mancini berkata Sarri patut berasa malu dengan kelakuan beliau di atas padang.

“Anda harus tanya Sarri apa yang telah berlaku di antara kami. Lelaki seperti Sarri tidak sepatutnya berada dalam dunia bolasepak. Beliau sudah berusia 60 tahun dan patut berasa malu dengan apa yang telah beliau lakukan.”

Mancini berbulu dengan Sarri sehingga mencarinya di bilik persalinan dan membuatkan Sarri kecut perut lantas meminta maaf

“Sarri adalah seorang yang ‘racist’ dan lelaki seperti beliau perlu dihumban keluar dari bolasepak. Saya pergi ke bilik persalinan untuk mencarinya dan beliau meminta maaf. Saya mahu Sarri berasa malu dengan apa yang beliau katakan.”

“Di England, lelaki seperti Sarri tidak akan dibenarkan berada di bangku simpanan atau di tepi padang.”

Walaupun sering terlibat dalam kontroversi di luar padang, Sarri menerima pujian daripada banyak pihak seluruh Eropah kerana bolasepak yang diterapkannya dalam pasukan Napoli musim ini.

Beliau berjaya membimbing Napoli menamatkan musim ini di kedudukan ke-2 dalam Serie A dan memberi tekanan kepada Juventus sehingga penghujung musim.

BACA:  Conor McGregor Berminat Untuk Membeli Chelsea FC