Maurizio Sarri Semakin Hampir Untuk Diumumkan Sebagai Ketua Jurulatih Chelsea Yang Baru

Chelsea semakin hampir untuk mencapai persetujuan dengan Maurizio Sarri untuk menjadi ketua jurulatih Chelsea yang baru bagi menggantikan Antonio Conte.

Menurut Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis dalam satu kenyataan rasmi hari ini, beliau berkata Sarri semakin hampir untuk menggantikan tempat Conte selaku ketua jurulatih Chelsea yang baru selepas berbulan-bulan perbincangan dilakukan.

Selepas berbulan-bulan perbincangan dilakukan, akhirnya Napoli dan Chelsea menemui kata sepakat mengenai nilai pampasan kontrak Sarri

“Sarri semakin hampir untuk menjadi pengurus Chelsea yang baru. Peguam saya dan peguam Sarri sedang berbincang untuk memuktamadkan segala perkara.”

Aurelio berkata demikian dalam satu sidang media untuk memperkenalkan pengurus Napoli yang baru iaitu Carlo Ancelotti. Ancelotti dilantik menjadi pengurus Napoli sebaik sahaja Sarri meninggalkan kelab tersebut hujung musim lalu untuk menyertai Chelsea.

Sky Itali difahamkan nilai pampasan telah dipersetujui di antara Napoli dengan jurulatih berusia 51 tahun tersebut walaupun sebelum ini perbincangan gagal menemui sebarang kata sepakat.

Perkembangan baru ini hampir pasti akan menamatkan pertalian antara Conte dan Chelsea selepas dua musim bersama. Conte masih mempunyai baki 12 bulan dalam kontraknya di Stamford Bridge dan beliau mengetuai sesi latihan pasukan Chelsea sejak beberapa hari lalu di padang latihan Cobham.

Pemain Russia yang paling menyerlah di Piala Dunia, Aleksandr Golovin bakal mengikut jejak langkah Yuri Zhirkov dengan menyertai Chelsea

Tidak seperti musim-musim sebelum ini, Chelsea masih lagi belum menandatangani pemain baru untuk musim hadapan.

Tetapi menurut laporan yang boleh dipercayai, sebaik sahaja Sarri sah bergelar ketua jurulatih Chelsea, pemain sensasi Russia Aleksandr Golovin dan pemain pertahanan Juventus Daniele Rugani bakal menjadi pemain awal yang akan dibawa masuk.

Aurelio turut mendedahkan pemain sasaran Manchester City sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Jorginho lebih gemar untuk tinggal di London berbanding Manchester.

Aurelio berkata Napoli akan mengambil kira segala tawaran yang masuk untuk Jorginho dan menawarkan permohonan maaf terhadap Manchester City sekiranya pemain tersebut bersetuju untuk bermain dengan kelab lain.

Adakah Pep Guardiola akan berputih mata kali ini? Jorginho lebih suka tinggal di London berbanding Manchester, alasan yang hampir sama seperti Alexis Sanchez 4 tahun lepas yang enggan tinggal di Liverpool.

“Jika Jorginho lebih berminat untuk tinggal di London berbanding Manchester, saya akan memahami alasan tersebut,”

“Sekiranya Chelsea membayar gaji yang lebih tinggi kepada beliau, saya juga boleh faham alasan itu. Adakah Sarri dan Jorginho akan bersatu kembali? Jorginho tetap akan pergi ke Chelsea walaupun tanpa kehadiran Sarri.”

BACA:  Ini Sebab Mengapa Chelsea Masih Belum Berputusa Asa Untuk Mendapatkan Romelu Lukaku