Mayweather Berminat Mahu Membeli Newcastle United

Floyd Mayweather dilaporkan sangat berminat untuk membeli sebahagian besar saham Newcastle United.

Peminat Newcastle United sangat menginginkan perubahan pemilikan pasukan mereka sejak bertahun-tahun dahulu.

Mike Ashley membeli kelab itu pada tahun 2007 tetapi sejak awal lagi rata-rata peminat Newcastle berasa sangat kecewa dengan beliau kerana tidak mahu mengeluarkan dana yang cukup untuk pasukan.

Dalam pada mereka semua merungut mahukan pemilik baru, kini sudah 13 tahun Ashley masih lagi menjadi pemilik pasukan Newcastle. Pelbagai cara protes telah dilakukan namun masih tidak berjaya untuk mendapatkan pemilik yang baru.

Ada sumber yang mengatakan bahawa Ashley akan menjual Newcastle kepada Konsortium yang diketuai oleh Amanda Staveley pada tahun 2018 namun tawaran yang mereka beri sangat rendah.

Ashley mengakui dia sanggup menjual kelab itu walaupun hatinya berat. Dan menurut beliau juga, ada seseorang yang sudah hampir untuk menjadi pembeli dan orang itu adalah antara atlet yang paling terkenal di dunia.

Dalam satu sesi soal jawab di 02 Hall City di Newcastle, Mayweather telah ditanya sama ada beliau berminat untuk membeli pasukan itu atau tidak.

Lalu Mayweather menjawab:

“Di A.S. kita memanggilnya Soccer Team, tetapi disini kamu memanggil Football Team, bagi saya pasukan bola sepak Newcastle adalah pasukan yang sangat hebat.”

Mayweather kemudian tersenyum dan memberitahu kepada mereka yang hadir:

“Jika kalian mahu saya membeli pasukan Newcastle, beritahu saya!”

Komen itu menyebabkan sorakan yang hebat dan meletup dari mereka yang hadir.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa itu mungkin gurauan dari Mayweather kepada peminatnya di Newcastle.

Tetapi TMZ mendakwa mereka telah menghubungi pihak Mayweather dan bertanya adakah Juara dunia itu bergurau atau benar-benar mahu membeli Pasukan Newcastle.

Dan pihak Mayweather mengesahkan bahawa Mayweather sebenarnya sangat berminat untuk membeli sebahagian besar saham dalam pasukan Newcastle.

Mayweather dilaporkan memperoleh lebih daripada $1billion dalam kerjayanya dan dianggarkan asetnya bernilai lebih £760 juta.

Tiada sedikit pon masalah sekiranya Mayweather berminat untuk mengambil alih Newcastle dari Ashley jika beliau mahu berbuat demikian.

Ashley dikatakan meminta £300 juta untuk mengambil alih kelabnya, bermakna Mayweather mempunyai wang yang cukup untuk membeli kelab itu dan kemudian melaburkan lagi dana untuk pasukan.

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi dari mana-mana pihak. Tetapi kelihatannya seperti hal ini bakal terjadi dan Mayweather sudah boleh hantar wakil untuk merisik.

BACA:  Newcastle Menang Perlumbaan Ikat Sanusi