Mbappe Boleh Tentukan Jurulatih Dan Pemain Yang Beliau Mahu Andai Kekal Bersama PSG

Paris Saint Germain menawarkan sesuatu yang sungguh luar biasa menakjubkan kepada Kylian Mbappe dalam usaha mereka mahu memujuk bintang Perancis itu supaya kekal di Parc des Princes.

Juara saingan Ligue 1 itu menawarkan kepada Kylian Mbappe untuk menjadi Ketua projek sukan mereka yang mana bintang Perancis itu akan memiliki kuasa besar dalam kelab.

​Gergasi Perancis itu sepertinya sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha mereka mahu memastikan Kylian Mbappe tidak meninggalkan kelab.

Bukan hanya tawaran melibatkan duit, mereka bahkan turut memberi kelebihan yang sungguh dasyat kepada pemenang Piala Dunia itu.

Mereka menawarkan gaji bernilai £4 juta sebulan dan turut akan memberikan bonus bernilai £100 juta kepada Mbappe andai beliau menandatangani kontrak baru nanti.

Laporan terbaru kini mendedahkan yang PSG menawarkan kepada bintang berusia 23 tahun itu supaya menjadi ketua kepada projek sukan mereka.

Ia merupakan laporan yang dikeluarkan oleh El Chiringuito yang mendakwa bahawa Kylian Mbappe akan memiliki kelebihan untuk menentukan siapa pengurus dan pemain yang beliau mahu.

Ia merupakan tawaran terbaik yang boleh diberikan oleh PSG kepada Kylian Mbappe dalam usaha mereka mahu menghalang bintang Perancis itu dari menyertai Real Madrid.

Mbappe dikatakan lebih berminat untuk meninggalkan kelab dan mahu memulakan karier baru di negara lain.

Beliau bahkan turut dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai Real Madrid pada musim panas ini dan hanya menunggu masa sahaja untuk mengumumkan hal itu secara rasmi.

Mbappe walau bagaimanapun masih belum menandatangani apa-apa perjanjian bersama Juara saingan La Liga itu dan PSG sendiri masih gigih berusaha mahu mengubah fikiran beliau.

PSG walau bagaimanapun dilaporkan turut sudah menyiapkan perancangan baru andai Kylian Mbappe benar-benar meninggalkan kelab.

Mereka dikatakan sedang menyasarkan Sadio Mane untuk ditandatangani andai Kylian Mbappe menyertai Real Madrid pada musim panas ini.

PSG dan Bayern Munich berebut mahu mendapatkan Sadio Mane

Paris Saint Germain dilaporkan kini memasuki perlumbaan untuk berebut mendapatkan bintang Liverpool, Sadio Mane.

Kontrak pemain kebangsaan Senegal itu bersama Liverpool akan tamat pada penghujung musim hadapan dan beliau ketika ini masih belum menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Pada awal bulan baru-baru ini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Juara saingan Bundesliga, Bayern Munich sedang memantau situasi Sadio Mane bersama Liverpool.

Ejen Mane sendiri turut dilaporkan sudah mengadakan rundingan dengan sporting director Bayern Munich, Hasan Salihamidzic tentang potensi untuk berlakunya perpindahan tersebut.

Kini, berlaku satu lagi twist yang mengejutkan, dengan media Jerman, SportBILD melaporkan yang PSG juga turut sama sedang berusaha mahu mendapatkan Sadio Mane.

Bahkan gergasi Perancis itu turut dianggap sebagai calon kegemaran yang akan mampu membawa bintang Senegal itu ke Parc des Princes.

Paris Saint Germain turut dilaporkan sudah menyediakan dana yang cukup besar untuk Mane dan akan menawarkan pemain Liverpool itu kontrak yang lumayan.

PSG kini sudah mula melakukan persiapan untuk kehilangan Kylian Mbappe yang dikatakan bakal menyertai Real Madrid pada musim panas nanti.

Walaupun sudah berusaha keras untuk memastikan pemenang Piala Dunia itu kekal, namun beliau sepertinya lebih berminat mahu meneruskan kariernya ke Sepanyol.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu dilaporkan melihat Mane sebagai calon terbaik untuk menggantikan Kylian Mbappe andai bintang Perancis itu benar-benar ke Santiago Bernabeu.

Menurut sumber laporan SportBILD juga, Mane ketika ini sedikit teragak-agak dalam mahu menerima tawaran baru dari Liverpool selepas menerima tawaran dari PSG.

Beliau pada ketika ini dipercayai menerima pendapatan bernilai £200,000 sahaja seminggu bersama Liverpool.

Walaupun terdapat banyak cakap-cakap belakang tentang kontraknya, Mane tetap cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Liverpool.

Beliau berjaya menjaringkan gol penting ketika aksi kemenangan 2-1 Liverpool menewaskan Aston Villa minggu lalu dan selepas tamat perlawanan tersebut, beliau menegaskan yang dirinya gembira bersama kelab.

“Yeah, saya gembira di sini, saya rasa ketika kami menang Piala saya akan lebih gembira! Tapi saya rasa saya sedang mencuba untuk menikmati setiap detik, cuba assist untuk rakan sepasukan dan saya rasa mereka lebih banyak memudahkan saya.”

“Saya sejujurnya sangat gembira. Saya cuma sedang menikmati setiap detik bersama rakan sepasukan saya. Tanpa mereka saya tiada apa-apa.”

Mane bersama rakan sepasukannya pada ketika ini sedang berusaha memenangi gelaran quadruple dan mereka turut dianggap sebagai skuad terhebat dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Zidane: Musim Real Madrid Semakin Beransur Pulih