Kylian Mbappe menyeru rakyat Perancis untuk mengundi demi masa depan negara mereka. Di dalam kesibukan Mbappe bersama skuad kebangsaan di EURO 2024, dia masih memikirkan soal masa depan rakyat di negaranya.
Mbappe menegaskan, pilihanraya kali ini paling penting kerana ianya akan menentukan hala tuju negara itu selepas ini. Mbappe meminta semua rakyat terutama sekali generasi baharu menentang Marine Le Pen.
Mbappe berkata: “Saya percaya bahawa menunaikan kewajiban mengundi untuk kita kali ini adalah yang paling penting berbanding sebelum ini. Kita tak boleh biarkan negara kita terus berada di tangan mereka ini. Ini perkara yang mustahak.
“Kita lihat hasil daripada pusingan pertama, hasilnya adalah malapetaka untuk negara. Kita sangat berharap bahawa kita boleh berubah dan semua orang luangkan masa untuk keluar mengundi dan undi pihak yang bagus,” tegas Mbappe.
Le Pen merupakan golongan puak far-right di Perancis yang dianggap Mbappe sebagai rasis. Dalam satu survei diadakan di Perancis, mendapati bahawa, parti RN yang diketuai Le Pen berpotensi mengawal 577 kerusi parlimen. Justeru kapten Perancis itu menyatakan bahawa dia mahu semua rakyat menentangnya.
“Ini adalah perkara yang urgent / mustahak,” tegas Mbappe.
RN yang memenangi undian pada pusingan pertama dijangka akan berdepan dengan perubahan dalam sokongan selepas ini. Hal ini selepas suara ramai dibuat oleh beberapa media menunjukkan semakin ramai mahu menentang parti RN yang dianggap ektremis dan rasis.
Mbappe menambah: “Saya tak pernah melihat perkara seperti ini sebelum ini. Dan sebab itulah saya nak bercakap kepada semua rakyat Perancis dan juga golongan muda.
“Kita adalah generasi yang boleh membuat perubahan untuk negara kita. Kita melihat puak ekstremis sedangn mengetuk pintu kuasa dan kita ada peluang untuk membentuk negara kita ini dengan tangan kita sendiri.”
Kylian Mbappé: 'I want to talk to the whole of the French people, but also the youth. We are a generation that can make a difference. We see the extremes are knocking on the door of power and we have the opportunity to shape our country’s future' https://t.co/oifztGscz5 pic.twitter.com/m68h2etrXk
— Guardian sport (@guardian_sport) June 17, 2024
Selain Kylian Mbappe, pemain seperti Marcus Thuram turut bersuara menentang RN. Ousmane Dembele juga menganggap hasil daripada pusingan pertama itu adalah penggera kecemasan untuk negara mereka. Dan meminta semua rakyat pergi mengundi menentang mereka.
Olivier Giroud juga senada dengan rakannya itu dan berharap RN tidak pernah menjadi pemimpin negara itu.
Didier Deschamps pula mengambil pendirian tutup mulut dan tidak mahu memberikan komen tentang isu politik di negaranya. Dia menghormati pandangan politik pemain pemainnya.
“Itu adalah hak dan kebebasan mereka. Kita harus mengiktiraf mereka sebagai pemain pemain hebat, mereka juga rakyat Perancis yang tidak imun kepada apa yang berlaku di negara ini, sama seperti rakyat lain.”