Mbappe Jaring 5 Gol Ketika PSG Membelasah US Pays de Cassel 7-0

Kylian Mbappe telah menjaringkan 5 gol ketika PSG membelasah pasukan divisyen keenam dalam piramid bola sepak Perancis, US Pays de Cassel dengan jaringan tujuh gol tanpa balas dan belas.

Christophe Galtier nyata tidak memandang rendah dan tidak mahu memberi peluang kepada pasukan US Pays de Cassel dalam perlawanan Coupe de France pusingan 32 dengan menurunkan Kylian Mbappe dan Neymar untuk bermaharajalela di padang.

Coupe de France atau French Cup ini turut disertai oleh pasukan divisyen bawahan dan dalam undian pasukan bawahan ini akan beraksi di tempat sendiri.

Kapten US Pays de Cassel, Alexis Zmijak bimbang tentang kemungkinan dia mencederakan Mbappe, terutamanya dengan perlawanan besar Liga Juara-Juara dengan Bayern Munich akan datang.

Namun sebaliknya apabila Mbappe telah mencederakan hati satu pasukan US Pays de Cassel dengan menjadi pemain pertama PSG menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan dan mara ke pusingan 16 terakhir.

Gol pertama dijaringkan oleh Kylian Mbappe dengan satu tapping penuh bersahaja dan tenang selepas menerima cutback dari Nuno Mendes dari sebelah kiri pada minit ke-29.

Tiga minit kemudian Neymar menggandakan kedudukan selepas Mbappe menghantar bola kepada Neymar dicelahan 7 pemain US Pays de Cassel yang cuba mengepung mereka.

Kylian Mbappe menjadikan kedudukan 3-0 dengan satu bola lob yang cantik membuatkan penjaga gol US Pays de Cassel, Romain Samson tergamam berpunca dari hantaran panjang Danilo Pereira dari kawasan sendiri.

Minit ke-40 Mbappe melengkapkan hatrik dalam tempoh 11 minit (minit 29, 34 dan 40) dengan menyempurnakan lorongan cantik Vitinha dan separuh masa pertama tamat dengan 4-0.

Pada minit ke-56 PSG terus menjarakkan kedudukan juga melalui Kylian Mbappe, lambungan gelembung buaya Neymar cuba ditumbuk keluar Romain Samson namun terkena angin.

Kylian Mbappe segera merebut bola dan dengan mudah menolak ke gawang yang terbuka ketika Romain Samson sudah terbaring kecewa. Pemain US Pays de Cassel cuba membantah menyatakan ada kekasaran tetapi jelas langsung tiada sentuhan.

Gol keenam PSG dari Carlos Soler adalah teramat jahat, Neymar sudah berjaya memperdayakan Romain Samson dan menolak kepada Carlos Soler yang menjaringkan gol dengan satu backheel penuh menganjing.

Pada minit ke-79 Mbappe menjaringkan gol ketujuh dan gol kelima peribadi, hantaran Carlos Soler gagal ditahan hanya lalu di depan pemain US Pays de Cassel untuk bola sampai kepada Mbappe.

Agak kejam apabila Neymar dan Mbappe bermain sepenuh masa walaupun menentang pasukan divesyen keenam. Mujurlah Lionel Messi tidak disenaraikan dalam perlawnan ini.

Lima gol ini bukan sahaja menjadikan Mbappe pemain pertama menjaringkan lima gol untuk PSG dalam satu perlawanan malah gol terbanyak pernah dijaringkannya dalam perlawanan dan membawa PSG ke pusingan 16.

US Pays de Cassel XI (4-4-2): Samson; Santrain, Rapaille, Thoor, Zmijak; Leclerc, Bruneel, Boudjema, Bogdanski; Leganase, Sané

PSG XI (4-1-2-1-2): Navas; Pembele, Ramos, D. Pereira, Mendes; Vitinha; Sanches, Soler; Neymar; Ekitike, Mbappe

BACA:  Emi Martinez Buat Hal Lagi, Kali Ini Troll Mbappe Pula