Mbappe Mahu PSG Masukkan Klausa Perlepasan Dalam Perjanjian Barunya

Kylian Mbappe telah menuntut klausa pelepasan perpindahan dalam kontrak barunya di PSG, yang mana klausa itu dapat melenyapkan rancangan masa depan Real Madrid untuk menandatanganinya dengan harga lebih murah daripada yang diharapkan.

Walau baru berusia 21 tahun, pemain penyerang PSG itu kini sudah menjadi salah seorang pemain bola sepak terhebat dunia.

Beliau sejak kebelakangan ini sering dikatakan bakal meninggalkan PSG dan berjaya menarik minat dari sang penakluk dunia, Liverpool dan Real Madrid untuk mendapatkannya.

Kontrak Mbappe bersama Paris Saint Germain akan tamat pada 2021 dan pasukan dari Ligue 1 itu sangat terdesak untuk mengikat beliau lebih lama lagi bersama pasukan.

Hal ini terjadi kerana PSG tidak mahu melepaskan beliau sebagai free agent dalam masa satu atau dua tahun ini.

Menurut sumber dari media Sepanyol, AS, kedua-dua pihak kini sedang dalam perundingan dengan Mbappe meminta memasukkan klausa pelepasan dalam perjanjian barunya supaya beliau boleh berpindah ke mana-mana pasukan sesuai dengan harga yang dipersetujui.

Peminat pasukan PSG sebenarnya tidak perlu untuk terlalu risau kerana klausa pelepasan yang bakal dimasukkan sudah pasti melebihi dari £198 juta yang pernah di bayar mereka kepada Barcelona untuk mendapatkan Neymar.

Pada tahun 2017 PSG telah mengaktifkan klausa pelepasan Neymar dari Barcelona dengan nilai £198 juta dan perjanjian itu telah mengubah hampir keseluruhan nilai pasaran pemain sekarang.

Berita ini agak kurang mengembirakan bagi pihak Real Madrid kerana mereka sangat berharap untuk mendapat Mbappe seperti mana mereka mendapatkan Hazard dari Chelsea musim panas lalu.

Hazard menyertai Real Madrid dari Chelsea pada tahun 2019 dengan nilai €100 juta. Beliau ketika itu hanya mempunyai baki kontrak tidak sampai satu musim bersama the blues.

Los Blancos dengan sengaja menunggu pemain Belgium itu untuk tidak menyambung kontrak baru supaya mereka boleh menandatanganinya dengan nilai yang lebih rendah.

Hal ini kerana sekiranya Chelsea tidak mahu menurunkan harga Hazard, maka mereka terpaksa melepaskan bintang sensasi mereka itu secara free ejen musim berikutnya.

Jadi mereka terpaksa menerima tawaran terbaik untuk melepaskan Hazard supaya masih boleh untuk mendapatkan keuntungan dari pemain itu.

Madrid mungkin mahu menggunakan Konsep yang sama untuk mendapatkan Mbappe memandangkan pemain itu bakal menamatkan kontraknya dua musim sahaja lagi bersama PSG.

Perjanjian baru Mbappe bersama PSG mungkin akan bertambah beberapa tahun lagi jadi sekiranya Real mahu mendapatkan bekas bintang Monaco itu mereka harus membayar nilai perpindahan yang sangat tinggi.

Liverpool juga sering dikaitkan bakal membawa Mbappe ke Anfield dengan terdapatnya laporan yang mengatakan Klopp sudah memulakan perbincangan bersama ayah kepada bintang PSG itu.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp juga mendedahkan bahawa mereka mungkin tidak sanggup untuk membayar nilai yang terlalu tinggi untuk mendapatkan Kylian Mbappe.

Menurut laporan dari beIN Sports, Karim Benzema adalah pemain yang mempunyai nilai klausa tertinggi dalam dunia bola sepak kini.

Penyerang utama pasukan Real Madrid itu dilaporkan boleh ditandatangani oleh pasukan lain dengan nilai €1 billion.

Barcelona juga nampaknya sudah belajar dari kesilapan mereka yang tidak memasukkan klausa yang tinggi ke atas
Neymar sebelum ini dan telah meletakkan nilai klausa yang sangat tinggi untuk bintang baru mereka Griezmann.

Barcelona menandatangani Antoine Griezmann dari Atletico Madrid pada tahun lalu dengan nilai perpindahan €120 juta. Mereka terus memasukkan klausa bernilai €800 juta ke dalam kontraknya.

BACA:  Mbappe Bukan Rakan Sepasukan Kegemaran Messi