Mbappe Menjaringkan Gol Puskas Bantu PSG Tumpaskan Lyon

Kylian Mbappe pemain muda Perancis yang hebat dan luar biasa. Mempunyai kepantasan sepantas cahaya dan mempunyai sentuhan penyudah tajam bak pedang samurai.

Mbappe bakal memenangi Ballon d’Or suatu hari nanti. Beliau bakal menjadi pemain terbaik dunia selepas berakhirnya karier Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo kelak.

Mbappe telah mencapai pelbagai kejayaan dalam kariernya. Beliau adalah pemain terbaik untuk pasukan PSG sekarang. Satu hal yang menarik tentang bintang Perancis ini adalah, beliau sentiasa menunjukkan peningkatan dalam aksinya.

Pemenang Piala Dunia Kylian Mbappe, telah turun beraksi untuk Paris Saint-Germain melawan Lyon di Coupe de France pada malam kemarin. Beliau telah berjaya meledak hatrick dalam perlawanan tersebut.

Lyon terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Martin Terrier pada minit ke- 11 hasil dari kesilapan pertahanan PSG yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

PSG tidak menunggu lama untuk bangkit dengan menjaringkan gol pertama mereka tiga minit selepas itu. Hasil dari satu tendangan sudut yang berjaya ditolak masuk oleh Mbappe untuk jaringan pertama pasukan PSG.

Gol kedua pasukan PSG pula dijaringkan oleh Neymar menerusi sepakan penalti. Mbappe menjaringkan gol kedua untuk beliau dan yang ketiga buat pasukan dengan jaringan yang begitu cantik.

Mbappe membawa bola dari tengah padang dengan larian yang teramat pantas, bayangkan sambil berlari beliau membawa bola dan berjaya menewaskan beberapa pemain pertahanan Lyon sebelum melepaskan rembatan untuk menjaringkan gol.

Gol yang sangat cantik dijaringkan oleh beliau dan gol ini layak dicalonkan ke Anugerah Puskas. Pablo Sarabia menjaringkan gol keempat untuk PSG pada minit ke- 81 menerusi satu rembatan padu dari dalam kotak penalti Lyon.

Kylian Mbappe meledak hatrick nya ketika perlawanan masuk ke masa tambahan hasil dari umpanan Neymar. Perlawanan tamat PSG menang dengan keputusan 5-1.

Kylian Mbappe kini telah menjaringkan lebih dari 30 gol semusim untuk PSG dalam semua pertandingan secara back to back. Musim lalu beliau menjaringkan 39 gol dan pada musim ini beliau sudah menjaringkan 30 gol.

Senarai Pemain Olympique Lyonnais vs PSG

Senarai pemain utama Lyon

Anthony Lopes, Fernando Oliveira, Jason Denayer, Marcelo, Leo Dubois, Lucas Tousart, Bruno Guimaraes, Toko Ekambi, Houssem Aouar, Martin Terrier, Moussa Dembele.

Senarai pemain simpanan Lyon

Ciprian Tatarusanu, Joachim Andersen, Rafael Da Silva, Jean Lucas, Maxence Caqueret, Bertrand Traore, Amine Gouiri.

Senarai pemain utama PSG

Keylor Navas, Thomas Meunier, Marquinhos, Thilo Kehrer, Layvin Kurzawa, Pablo Sarabia, Idrissa Gueye, Leandro Paredes, Neymar, Edison Cavani, Kylian Mbappe.

Senarai pemain simpanan PSG

Sergio Rico, Juan Bernat, Nianzou Tanguy Kouassi, Marco Verrati, Angel Di Maria, Julian Draxler, Mauro Icardi.

BACA:  Mbappe Tiru Gaya Kontroversi Emi Martinez Di Piala Dunia