Mbappe Tak Suka Leonardo, Dan PSG Memecatnya

Mbappe secara rasminya kekal bersama dengan PSG. Ini selepas dia membuat u turn paling tajam setakat ini.

Mbappe dikatakan tertarik dengan tawaran terakhir PSG walaupun sebelum itu dilaporkan sudah sedia ke Real Madrid.

Mana tidaknya, tawaran itu membolehkan Mbappe menerima €300 juta bonus tandatangan kontrak. Kemudian gaji €100 juta semusim selepas cukai.

Juara saingan Ligue 1 itu menawarkan kepada Kylian Mbappe untuk menjadi Ketua projek sukan mereka yang mana bintang Perancis itu akan memiliki kuasa besar yang digelar ‘kuasa pemilik’ dalam kelab.

​Gergasi Perancis itu sepertinya sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha mereka mahu memastikan Kylian Mbappe tidak meninggalkan kelab.

Bukan hanya tawaran melibatkan duit, mereka bahkan turut memberi kelebihan yang sungguh dasyat kepada pemenang Piala Dunia itu.

Ia merupakan tawaran terbaik yang boleh diberikan oleh PSG kepada Kylian Mbappe dalam usaha mereka mahu menghalang bintang Perancis itu dari menyertai Real Madrid.

Mbappe terus buat kerja

Hanya sehari selepas Mbappe diberikan kuasa untuk terlibat dalam menentukan jawatan seperti pengurus dan Pengarah Sukan, pada hari ini PSG terus mengumumkan Pengarah Sukan mereka, Leonardo dipecat.

PSG mahu memastikan projek baharu mereka sesuai dengan kehendak Mbappe dan sesuai dengan usaha mereka mahu menjadikan Mbappe teras kepada projek baharu.

Masa depan Leonardo sebelum ini memang sudah dibincangkan oleh PSG. Terutama sekali selepas mereka gagal memenangi UCL musim lalu. Dan keadaan menjadi lebih buruk apabila musim ini pun mereka turut gagal.

Semalam ESPN melaporkan bahawa, kunci kepada keputusan U turn oleh Kylian Mbappe kerana PSG sedia memecat Leonardo dan melanti Luis Campos.

Mbappe tidak suka dengan Leonardo. Dan kedua dua mereka dikatakan seringkali tak sehaluan.

ESPN turut melaporkan bahawa Mbappe mahukan jaminan bahawa Leonardo tidak akan kekal lama di kelab tersebut jika mereka mahu pemain itu kekal. Mbappe malah tidak mahu Leonardo menjadi pengarah Sukan pada musim hadapan.

Lalu PSG mencalonkan nama pakar rekrut pemain iaitu Lucas Campos untuk mengisi jawatan itu. Campos merupakan individu yang rapat dengan MBappe.

Di mana dia menjadi penjejak bakat pemain di AS Monaco. Ketika itu Mbappe bermain di sana dan kedua dua mereka memainkan peranan penting membantu kelab menjuarai Ligue 1 pada 2017 serta mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.

Campos dianggap pencari bakat elit di Eropah. Dia juga yang menemui bakat Mbappe. Ketika di Lille, Campos membantu kelab menemui bakat seperti Nicolas Pepe dan Gabriel. Di mana dua pemain itu djual ke Arsenal dengan kelab menjana keuntungan bersih sekitar €100 juta daripada 2 penjualan tersebut.

Menariknya, sehari selepas Mbappe diumumkan, Leonardo benar benar dipecat oleh PSG.

Dan Campos kini merupakan ejen bebas selepas meninggalkan Lille. Mbappe mahukan Campos menjadi pengarah sukan yang baharu.

Seterusnya, Pengurus Pasukan, Mauricio Pochettino turut dikatakan sudah sedia meninggalkan pasukan tersebut.

Pochettino sudah lama memberikan isyarat dia tidak gembira dengan projek di PSG. Di mana dia seringkali diminta untuk tunduk kepada ego pemain bintang.

Sebelum ini Pochettino malah mahu meninggalkan kelab itu ke Manchester United selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat.

Namun PSG ketika itu tidak rela melepaskan pengurus yang belum sampai setengah musim bersama dengan mereka.

Pochettino merasakan bahawa dia tidak mempunyai kuasa pengurus di PSG.

Siapa pengurus baharu PSG?

Pengurus tersebut haruslah menjadikan Mbappe sebagai teras projek mereka. Bukan Neymar, atau Lionel Messi.

Itu sudah terkandung dalam kontrak Mbappe. Walaupun dia tidak menentukan secara mutlak siapa pengurus atau pemain yang keluar masuk. Namun dia berhak untuk bersuara dalam keputusan tersebut.

PSG serius mahukan projek yang benar benar berjaya. Ianya hanya dapat dibuktikan dengan kejayaan menjuarai Liga Juara Juara Eropah.

PSG tidak menandatangani pemain seperti Messi, Mbappe dan Neymar hanya untuk menjadi jaguh kampung semata mata.

Mereka juga pasukan yang sarat dengan bintang.

Kylian Mbappe pula dikatakan suka dengan Zinedine Zidane yang kini masih belum ada jawatan.

BACA:  Mbappe Tak Kisah 'Cuti-Cuti' Di PSG Dan Tolak Tawaran Lumayan Arab Saudi