Mbappe Tiru Gaya Kontroversi Emi Martinez Di Piala Dunia

Kylian Mbappe Lotin telah dirakam meniru gaya kontroversi tidak sopan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez di Piala Dunia 2022 selepas mengambil trofi tangan emas selaku penjagag gol terbaik kejohanan.

Selepas kekalahan di perlawanan akhir Piala Dunia yang terbaik dalam sejarah kejohanan, Kylian Mbappe menjadi objek serangan peminat Argentina termasuklah dari Emiliano Martinez sendiri.

Ketika di bilik persalinan pemain pasukan Argentina telah sakan meraikan kejuaraan dengan menari-nari dan menyanyi lalu Martinez telah meminta semua dia selama seminit sebagai tanda peringatan selama seminit. Perlakuan itu biasanya diberikan kepada si mati.

Tidak cukup dengan itu Emi Martinez telah memegang anak patung yang telah ditampal wajah Mbappe di atasnya ketika perarakan wira negara secara besar-besaran selepas mereka tiba di Buenos Aires.

Perkara itu langsung tidak mengganggu kehidupan Kylian Mbappe yang seakan tidak ambil peduli dengan itu semua dan telah dirakam meniru aksi Emi Martinez ketika memegang trofi.

Kylian Mbappe yang sedang memegang trofi telah melakukan apa yang Emiliano Martinez buat ditujukan sebagai gurauan kepada rakannya sebelum mereka sama-sama ketawa.

Pemain sensasi Perancis mengakui dia tidak terpengaruh atau terasa dengan tindakan Emiliano Martinez itu dengan memberikan respon yang jauh lebih matang berbanding usianya.

“Saya bercakap kepadanya selepas perlawanan. Saya ucapkan tahniah kepadanya. Bagi itu adalah matlamat hidup. sama macam saya tapi saya kalah, jadi saya perlu menerimanya. Keraian (Martinez) bukan masalah saya dan tidak akan membuang masa kepada benda remeh seperti itu.”

Semuanya telah berlalu jika ada perasaan marah sekalipun pasti telah padam kerana semua pemain kembali sibuk dengan tugasan bersama kelab masing-masing apatah lagi Mbappe di mana PSG beraksi di semua kejohanan domestik dan saingan Eropah mereka pun masih lagi ada.

Ketika semua pemain Albiceleste menyanyi dan menari di bilik persalinan Stadium Lusail selepas kejayaan Piala Dunia ketiga tetapi dengan mengelilingi bilik itu.

Kemudian Martinez menghentikan keraian seketika untuk beberapa saat untuk menganjing Mbappe dengan ‘Bertafakur’ sebelum meneruskan adegan liar.

“A minute of silence for … Mbappe!” dan ada juga telah menterjemah sebagai “Kepada Mbappe yang meninggal!”

Semasa sambutan dan perarakan di Buenos Aires, Argentina, Martinez dirakam gambarnya apabila Kylian Mbappe menjadi mangsa troll ketika dia berpesta di atas bas terbuka sambil membawa mainan bayi yang ditampal wajah superstar Paris Saint Germain.

Perancis akhirnya tidak tahan lagi dan telah membuat satu aduan rasmi berkenaan sikap melampaui batas yang telah dipamerkan oleh penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez ke atas pemain keramat mereka, Kylian Mbappe.

Aduan rasmi itu tidak dibuat kepada badan induk bola sepak dunia tetapi telah dibuat kepada Presiden Persatuan bola sepak Argentina dan sepertinya hanya akan mendapat permohonan maaf.

FIFA juga dilaporkan mahu mengambil tindakan keatas Emiliano Martinez kerana telah melanggar tatakelakuan di bawah artikel 11 dan 12:

“Potensi pelanggaran artikel 11 (Tingkah laku menyinggung perasaan dan pelanggaran prinsip permainan adil) dan 12 (Salahlaku pemain dan pegawai) Kod Tatatertib FIFA, serta artikel 44 Peraturan Piala Dunia FIFA Qatar 2022.”

Namun sehingga kini belum ada keputusan atau hukuman, mungkin FIFA belum bersidang.

BACA:  Upamecano Suruh Pemain England Tidur Awal Jika Mahu Hentikan Mbappe