Mbappe Yakin Haaland Masih Belum Berada Di Tahap Yang Sama Dengannya Lagi

Kylian Mbappe mendedahkan yang Erling Haaland masih belum berada di tahap yang sama dengannya lagi pada ketika ini.

Bercakap dalam satu temu bual baru-baru ini, pemain kebangsaan Perancis itu telah mendedahkan keyakinan beliau tentang hal tersebut.

Mbappe dan Haaland dianggap bakal menggantikan tempat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sebagai duo yang mendominasi dunia bola sepak.

Mereka dianggap bakal menjadi topik perbualan hangat para peminat selepas ini dalam perdebatan siapa pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Bintang sensasi Paris Saint Germain baru-baru ini bercakap tentang Haaland dalam temu bual bersama Esquire dan beliau telah memberi bayangan bahawa pemain Borussia Dortmund itu berada sedikit dibelakangnya.

Pemain berusia 22 tahun itu menyatakan bahawa:

“Ini merupakan tahun kedua dia, kita semakin mengenali dia. Ini permulaan untuk dia. Saya sangat gembira untuk dia, atas apa yang telah dia lakukan.”

Haaland telah melalui satu musim yang menakjubkan dalam saingan Bundesliga musim lalu, dengan beliau berjaya meledak 27 gol dari 28 penampilan.

Perseteruan antara kedua-dua mereka mula disebut-sebut pada awal tahun ini, selepas komen yang diberikan oleh Haaland ketika aksi saingan Champions League.

Pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan dua gol ketika bertemu Sevilla, dengan beliau berjaya melakukan hal itu sehari selepas Kylian Mbappe mencatatkan hat-trick bertemu Barcelona.

Beliau kemudiannya mendedahkan kepada Viaplay Fotball ketika temu bual selepas tamat perlawanan yang Mbappe sebenarnya memberinya motivasi agar mempamerkan persembahan yang bagus.

Haaland ketika itu mengakui hal tersebut dengan menyatakan:

“Saya sangat suka Champions League dan ketika saya melihat Mbappe mencatatkan hat-trick semalam, saya dapat motivasi percuma pada hari ini, jadi terima kasih untuk dia.”

“Saya nampak Mbappe semalam, dia menjaringkan gol yang cantik dan saya dapat motivasi tambahan dari dia.”

Kedua-dua pemain telah dikaitkan dengan bakal melengkapkan perpindahan mega pada musim panas ini, namun sepertinya mereka hanya akan kekal bersama kelab masing-masing.

Mbappe yang kontraknya bersama Paris Saint Germain akan tamat pada 2022 telah menunjukkan tahap keyakinan yang agak menakjubkan, dengan beliau percaya dirinya boleh bermain di mana-mana sahaja posisi serangan.

“Saya pernah bermain di bahagian hadapan, saya pernah bermain di sebelah kiri dan kanan,”

Jelas Kylian Mbappe.

“Dari semua manusia biasa, saya tak rasa semua orang berkemampuan untuk bertukar posisi seperti ini setiap tahun dan mengekalkan persembahan hebat di tahap yang tinggi.”

“Ini semua bukan turun dari langit. Jika saya bercakap tentang ilmu yang mereka turunkan pada saya sejak kecil, semuanya ada dalam diri saya.”

“Saya perlu mengurus tentang kelemahan saya, tapi semuanya kerana saya mahu sempurnakan kekuatan saya, kerana mereka semua selalu katakan pada saya yang dengan kekuatan ini, saya boleh menang.”

Beliau turut mengakui yang dirinya masih belum mampu untuk berada di tahap sehebat Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Mbappe turut bercakap tentang dua pemain yang paling beliau hormati itu dan turut menggelar mereka sebagai manusia yang tak boleh dibandingkan.

“Semua orang tahu. Jika kamu beritahu yang kamu boleh lakukan lebih baik berbanding mereka, ia hanyalah kerana ego dan diterminasi, kurang perhatian.”

“Kedua-dua mereka tidak boleh dibandingkan. Mereka sudah memecahkan segala hukum statistik. Mereka sudah mengharungi 10 ke 15 tahun karier yang sungguh menakjubkan.”

“Kamu selalu bandingkan diri kamu dengan yang terbaik dalam dunia kamu, sama seperti tukang buat kek, dia akan bandingkan diri dia dengan terbaik di dunia. Siapa paling pandai buat croissant, siapa paling pandai buat kek coklat?”

“Saya menonton perlawanan pemain hebat yang lain untuk lihat apa mereka lakukan. Saya tahu bagaimana untuk lakukan ini, tapi bolehkah yang lain lakukannya? Saya rasa pemain lain juga tonton saya. Ini sebenarnya membantu untuk mendorong pemain bola sepak untuk kembangkan permainan mereka.”

Mbappe dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab pada musim panas ini kerana beliau sudah memutuskan untuk tidak mahu menandatangani tawaran lanjutan kontrak dari PSG.

Kerana bimbang mereka bakal terlepas Mbappe secara percuma, maka PSG memutuskan untuk menjual sahaja pemenang Piala Dunia itu pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sumber: SB

BACA:  Penyokong City Teruja Lihat Mahrez Dan Haaland 'Party' Bersama Di Mykonos