McGregor Buat Gila Masuk Gelanggang Meraikan Kemenangan Ward

The UFC lightweight king, Conor McGregor telah menghadiri pertarungan di Bellator 187 bagi menyaksikan pertarungan rakan dan juga teman berlatihnya, Charlie Ward.

Ward yang mengalami kekalahan berturut-turut telah digugurkan dari UFC, maka pentas Bellator telah menjadi medan Ward mendapat sentuhannya kembali.

Kemenangan Ward membuatkan McGregor gembira dan kehilangan akal apabila melompat masuk ke cage atau gelanggang untuk meraikan kejayaan Ward.

Tindakan McGregor nyata tidak disenangi pengadil Marc Goddard yang mahu McGregor meninggalkan gelanggang. Namun tindakan Goddard membuatkan The Notorius naik minyak dan bertindak balas.

Tindakan McGregor mengasari Goddard tidak disenangi ramai dan dianggap kurang ajar.

Baca Juga

Baca Juga