McGregor Cabar Nate Diaz Untuk Pertarungan Ketiga

Conor McGregor dan Nate Diaz bergaduh di Instagram. Sekaligus menghangatkan keadaan dan kemungkinan adanya pertarungan trilogi di antara mereka.

Pertarungan McGregor dan Nate Diaz memang sudah ditunggu tunggu ramai peminat UFC yang mengikuti sukan tempur itu sejak dulu.

Ianya  antara perseteruan yang epik di dalam sejarah UFC.

Segalanya bermula apabila Presiden UFC White memberikan bayangan tentang pertarungan triologi di antara McGregor dan  Nate Diaz.

Diaz kemudian berkata: “Tutup mulut kau sundal.”

Komen Diaz itu membuatkan beliau diprovokasi oleh McGregor yang mencabar petarung itu untuk menandatangani sahaja kontrak di atas meja untuk pertarungan trilogi mereka.

McGregor masuk di ruangan komen dan berkata: “Tutup mata kau tu dan sign kontrak!”

Kali terakhir mereka bertemu adalah 4 tahun yang lalu. Diaz membuat McGregor tap out dalam aksi kelas welterweight dam merupakan kekalahan pertama McGregor di UFC 196.

Namun legenda UFC dari Ireland itu kemudian membalas dendang dengan kemenangan di UFC 202 pada musim panas 2016.

Mereka berdua kerap bertengkar dan berbalas kenyataan panas di media mahupun melalui media sosial.

McGregor sebelum ini sudah beberapa kali meminta rematch dengan Khabib Nurmagomedov, namun ianya tidak dilayan oleh kem Khabib dan juga Dana White.

Ini kerana McGregor baru sahaja kembali ke UFC dan baru bertarung satu perlawanan berhadapan dengan Donald Cerrone. Di mana McGregor menang mudah dalam pertarungan itu.

McGregor masih menunggu pertarungan berhadapan dengan lawan lebih elit. Selain daripada Nate Diaz, ada juga kemungkinan Conor McGregor akan berhadapan dengan Tony Ferguson yang tewas di tangan Justin Gaethje baru baru ini.

McGregor pernah menawarkan diri untuk berhadapan dengan Tony Ferguson menggantikan Khabib Nurmagomedov. Namun slot itu diberikan kepada Justin Gaethje yang sudah mencipta kemenangan di dalam pertarungan sebelum ini.

Conor McGregor jelas terdesak untuk mendapatkan pertarungan dengan petarung yang elit untuk membolehkannya kembali semula ke landasan persaingan untuk perebutan kejuaraan.

Selepas ini Justin Gaethje akan berhadapan dengan Khabib Nurmagomedov dalam acara perebutan bengkung kejuaraan sebenar. Perkara itu sudah disahkan oleh Dana White. Dan tiada dakwa dakwi lagi.

Buat masa ini Justin Gaethje masih lagi bergelar juara interim. Ini kerana Khabib Nurmagomedov telah menarik diri daripada UFC249 berikutan lockdown di negaranya Rusia membuatkan beliau tidak boleh meninggalkan negaranya.

Adakah McGregor akan berhadapan dengan Nate Diaz ataupun lawannya yang lain seperti Tony Ferguson selepas ini?

Apa yang pasti Conor McGregor sangat mahu bertarung dalam acara UFC yang terdekat selepas kehilangan kesemua gelaran yang beliau ada.

BACA:  Petarung UFC Berjaya Halang Pencuri Dari Mencuri Keretanya