McGregor Menganjing Isteri Poirier Menjelang Pertembungan Mereka Hujung Minggu Ini

Conor McGregor terus bermain permainan minda menjelang perlawanan beliau bertemu Dustin Poirier di acara UFC 264 hujung minggu ini.

McGregor telah memuat naik gambar mesej peribadi yang dihantar oleh isteri Poirier, Jolie di laman instagram miliknya, menjelang pertarungan ketiga mereka di gelanggang Octagon hujung minggu ini.

Beliau jelas cuba bermain permainan minda untuk mengganggu tumpuan dan emosi petarung dari Amerika Syarikat itu.

Kedua-dua mereka akan sekali lagi dipertemukan fi Las Vegas, Nevada dengan petarung dari Ireland itu jelas menggunakan segala helah yang beliau ada untuk memastikan beliau mampu mengganggu tumpuan lawannya itu.

Ia sama persis dengan apa yang telah beliau lakukan ketika pertemuan pertama mereka pada tahun 2014 yang lalu dengan McGregor memenangi perlawanan tersebut.

Kedua-dua mereka telah bertarung dua kali sebelum ini sepanjang karier mereka bersama UFC, dengan McGregor memenangi perlawanan pertama menerusi keputusan KO pada 2014.

Poirier pula berjaya menumbangkan petarung dari Ireland itu ketika aksi pertarungan mereka di Abu Dhabi pada awal tahun lalu.

The Diamond menumpaskan Conor McGregor dengan keputusan TKO selepas mereka berdua bertarung sebanyak dua pusingan.

Pertarungan ketiga mereka berdua tentunya akan menjadi perlawanan yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat dan pertembungan antara mereka berdua boleh dianggap trilogy terhebat dalam sejarah UFC.

McGregor ketika ini sedang hangat bermain permainan minda menjelang pertembungan mereka dengan memuat naik gambar pesanan peribadi yang dihantar oleh isteri Poirier, Jolie.

Mesej dari Jolie di Instagram milik McGregor

Muat naik tersebut telah menerima kecaman yang teruk dari para peminat dengan penyokong beliau sendiri turut kecewa dengan tindakan beliau yang dianggap keterlaluan.

Bahkan peminat menganggap helah yang beliau gunakan itu sangat murah sama saja seperti helah yang selalu digunakan oleh Jake Paul.

Namun begitu, ini bukanlah pertama kali McGregor menggunakan cara seperti itu dalam permainan minda beliau bersama lawannya.

Beberapa tahun sebelum ini, ketika beliau sedang cuba untuk membakar Khabib Nurmagomedov agar bertarung sekali lagi dengannya, McGregor memuat naik gambar perkahwinan petarung Rusia itu dengan menyatakan:

“Isteri kamu itu tuala kawan.”

Beliau dengan segera memadam muat naik tersebut selepas menerima kecaman yang teruk dari para peminat.

Petarung MMA memang sering menggunakan bahasa kasar dan permainan minda yang kejam seperti ini sebelum perlawanan mereka.

Ia bertujuan untuk memastikan mereka berjaya mengganggu tumpuan dan emosi lawan mereka sebelum hari pertarungan.

Namun ramai yang bersetuju yang McGregor sering melakukan hal tersebut dengan cara yang agak berlebih-lebihan dan keterlaluan.

Petarung dari Amerika yang ketika ini berusia 32 tahun itu pula, beliau sebelum ini sudah meramalkan apa sebenarnya yang akan berlaku di acara tersebut nanti.

‘The Diamond’ duduk dalam satu temu bual bersama ESPN untuk membincangkan tentang persiapan beliau dan jangkaan beliau tentang pertarungan bertemu petarung dari Ireland itu nanti.

Dalam temu bual yang sangat menarik bersama Brett Okamoto itu, Poirier dengan tenang telah mendedahkan tentang bagaimana pendekatan yang akan diguna pakai oleh McGregor dalam perlawanan itu nanti.

Beliau bukan hanya mendedahkan tentang taktik, dan teknik McGregor sahaja, Poirier turut beri tips kepada petarung Ireland itu tentang cara bagaimana untuk menewaskannya di T-Mobile Arena nanti.

“Jelas sekali dia akan cuba untuk tendang betis (calf kick) saya ketika saya cuba untuk jatuhkan dia.”

Jelas Poirier.

“Saya tak akan gunakan calf kicks. Saya yakin dia akan gunakan calf kicks untuk serang saya, saya yakin. Saya sekarang tengah berlatih untuk berdepan dengan calf kicks di sini. Tapi saya langsung tak berlatih untuk menggunakannya.”

“Saya rasa dia akan jadi lebih aggressive dan dia tak akan biarkan perlawanan terus berlanjutan. Seperti yang berlaku sebelum ini, kalau kami bertarung sambil berdiri, saya semakin selesa, dan dia sedar hal itu sambil berfikir, ‘ah tak guna, budak ini boleh bertarung.’

“Jika saya adalah dia, saya akan cuba untuk lepaskan serangan awal dan pastikan diri saya (lawan) hilang rentak kerana jika perlawanan ini masuk ke pusingan kedua, ketiga dan keempat, dan kita akan mula penat dari situ, dan kita akan cari rentak dan keluarkan segalanya, bila dapat rentak maka saya akan menang pertaruhan itu dengan mudah.”

Poirier turut menegaskan yang McGregor turut akan berdepan dengan tekanan untuk turun dalam pertarungan ini kerana memikirkan kekalahan beliau di acara UFC 257 pada Januari lalu.

“Semuanya akan dipertaruhkan oleh dia.”

Sambung Poirier lagi.

“Dia bukan bertarung sebab duit lagi. Dia bertarung kali ini sebab maruah, untuk harga diri, untuk buktikan dia masih penting dalam kategori 155lbs ini. Itu bahaya sebenarnya.”

“Dia datang kali ini bukan untuk dimalukan lagi, bukan untuk ditumbangkan lagi atau bukan untuk ditewaskan lagi. Dia akan datang kali ini untuk bina semula empayer McGregor di tempat yang selayaknya.”

McGregor sementara itu ketika ini sedang bersedia untuk menunjukkan sesuatu pada aksi hujung minggu nanti.

“Saya akan pastikan dia terima satu tendangan padu di kepala dia,”

Jelas McGregor ketika sesi soal jawab bersama peminat di siaran langsung Instagram miliknya.

“Malam itu memang banyak senjata yang akan digunakan, itu sudah tentu. Dia mahu seni bela diri campuran? Dia tentu akan dapatkannya.”

“Saya sibuk berusaha keras. Saya akan beri sepenuh tumpuan, saya sudah bersedia dengan seni bela diri campuran. Tidak akan ada hal lain melainkan seni bela diri campuran, jadi saya bersedia untuk persembahkannya nanti.”

Kebiasaannya, selepas McGregor bermain permainan minda seperti ini, pada hari perlawanan beliau akan terima pembalasan yang setimpal.

Mengikut ramalan dari Khabib Nurmagomedov yang pernah bertarung dengan kedua-dua petarung itu, beliau merasakan McGregor jika mahu menang, beliau perlu menewaskan Poirier pada pusingan pertama atau kedua.

Pertembungan yang dinanti-nantikan

Sekiranya perlawanan dilanjutkan sehingga pusingan ketiga dan ke atas, maka peluang untuk Poirier menang adalah jauh lebih cerah.

Betul atau tidak, sama-sama kita nantikan aksi pertarungan kedua-dua petarung terhebat dalam sejarah UFC untuk kategori Lightweight itu.

Sumber: SB

ESPN

BACA:  McGregor Bersumpah Poirier Akan Diusung Keluar Gelanggang Dalam Beg Mayat