McGregor Mudah Tewaskan Cowboy Dalam Tempoh 40 Saat Di UFC 246

Conor McGregor kembali ke gelanggang UFC dengan penuh bergaya apabila mudah menewaskan Donald ‘Cowboy’ Cerrone dalam tempoh 40 saat sahaja di UFC 246.

Kali terakhir The Notorious Conor McGregor bertarung adalah pada Oktober 2018 dan kepulangan ini terus diraikan dengan kemenangan mudah.

Donald ‘Cowboy’ Cerrone merupakan lawan Mcgregor di UFC 246 dan ini merupakan pertemuan pertama bagi kedua-dua petarung dalam acara lightweight.

Mengikut kedudukan UFC lightweight rankings Donald ‘Cowboy’ Cerrone ditangga ke-5 dan Mcgregor dikedudukan yang ke-4.

Gelaran juara kategori lightweight ini masih disandang oleh Khabib Nurmagomendov yang merekodkan 28 kemenangan tanpa tewas.

Conor McGregor mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan rendah diri dan sopan ketika sidang media pertarungan menentang Donald ‘Cowboy’ Cerrone di UFC 246.

Sikap yang ditampilkan Conor Anthony McGregor jauh berbeza dengan sikapnya sebelum ini yang bermulut celupar mengalahkan makcik puaka dan kurang ajar.

Namun perubahan sikap Mcgregor langsung tidak mengubah cara pertarungan beliau yang sangat agresif dan padu seperti sajian di zaman silam.

McGregor mengasak seawal saat pertama dan Cowboy tampak melawan dengan keras pada mula dan mula menjarakkan diri selepas satu serangan lutut hinggap ke muka.

Cowboy mula takut untuk berlawan secara rapat dengan McGregor dan cuba menari-nari di atas gelanggang sambil cuba melepaskan tendangan.

Namun tendangan sisi atau sidekick McGregor ke sebelah kanan kepala Cowboy disusuli dengan lutut terbang merupakan satu detik penyudah buat Cowboy.

Tendangan itu membuatkan Cowboy goyah dan McGgregor mengambil kesempatan dengan tumbukan padu bertubi-tubilagi laju-laju sehingga rapat ke jaring.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Cowboy yang terduduk rapat dijaring dengan McGregor meneruskan tumbukan tanpa bayang.

Pengadil datang menyelematkan Cowboy dari sebarang kecederaan yang parah pada saat ke-40.

https://twitter.com/BleacherReport/status/1218776439845081088

Kemenangan dalam tempoh 40 saat di pusingan pertama merupakan rekod kemenangan kedua terpantas yang diraih McGregor sepanjang kariernya.

Pertembungan dengan Jose Aldo pada UFC 194 merupakan kemenangan terpantas dalam karier Mcgreor dengan masa 13 saat sahaja.

Dalam pertarungan terakhir McGregor menentang Khabib Nurmagomendov menyaksikan percakaran dan kata-kata nista serta carutan tanpa sempadan dilemparkan.

Selepas pertarungan di mana McGregor terkulai layu dalam pelukan Khbabib, terjadi lagi pergaduhan apabila Khabib menyerang pasukan McGregor.

Dalam UFC 229 yang berlangsung di Las Vegas, Khabib berjaya mempertahankan tali pinggang UFC Lightweight selepas menewaskan McGregor pada pusingan ke-4 menerusi ‘rear-naked choke’.

Namun apa yang mencemarkan pertarungan ini adalah pergaduhan yang meletus selepas pertarungan tamat.

Baca Juga

Baca Juga