McGregor Padam Tweet Menghina Keturunan Khabib Nurmagomedov

Conor McGregor sekali lagi mencetuskan kontroversi di media sosial dengan memuat naik status panas, sebelum memadamnya semula selepas dikecam.

Kali ini, beliau memuat naik status menghina keturunan Khabib Nurmagomedov, pengurus petarung dari Rusia itu, dan juga penyokong.

Agak jarang untuk melihat Conor McGregor menutup mulutnya tidak kira di alam nyata, mahupun di media sosial.

Seandainya beliau ada perlawanan, maka McGregor akan lebih aktif dari kebiasaannya dan media sosial beliau akan dipenuhi dengan status-status panas dan akan dipadam selepas beliau teruk dikecam.

Sudah menjadi kebiasaannya untuk The Notorious memadam semula mana-mana status beliau yang teruk dikecam oleh para peminat.

Kebiasaannya status yang beliau padam dianggap keterlaluan oleh pelbagai pihak, misalnya seperti menghina agama, orang dah meninggal, keluarga, negara dan fizikal seseorang.

Walaupun beliau sudah tewas di tangan Khabib Nurmagomedov sejak tiga tahun yang lalu, dan petarung dari Rusia itu juga sudah bersara dari dunia MMA setahun lalu, namun McGregor tetap mengejar seteru utamanya itu.

Beliau selalu cuba membakar Khabib di media sosial, atau akan bercakap tentang bekas Juara lightweight dunia UFC itu ketika dalam mana-mana temu bual.

Pada Khamis lalu, beliau sekali lagi mencuba untuk membakar emosi Khabib, dengan memanggil bekas Juara tidak terkalahkan UFC itu di media sosial miliknya.

Beliau menghina keturunan Khabib sebagai keturunan yang busuk kerana Khabib berkahwin dengan sepupunya sendiri.

Selain sering menghina dan mengganggu Khabib, McGregor juga suka mencari pasal dengan pengurus seteru utamanya itu, Ali Abdelaziz.

Sebelum ini, bekas Juara dunia dalam dua kategori di UFC itu telah memanggil Abdelaziz sebagai ‘Tikus’, dengan pengurus dari Egypt itu menganggap McGregor sebagai lubuk duit untuk semua lawan selepas kekalahan petarung dari Ireland itu di tangan Dustin Poirier.

Pengurus Khabib itu turut terlibat dengan perdebatan panas pada Rabu lalu, selepas beliau mendakwa yang McGregor menghina negara.

Lebih parah lagi, McGregor membalas tuduhan tersebut dengan menyatakan yang beliau akan meraikan kematian Abdelaziz.

Ia tidak berakhir di situ, dengan McGregor kemudiannya memaki hamun penyokong, sebelum memadam semula muat naik beliau itu.

McGregor sebelum ini turut pernah dituduh melakukan serangan berunsur gangguan seksual dan beliau masih belum didakwa atas kesalahan tersebut.

Walau bagaimanapun, Khabib sepertinya tidak akan melayan provokasi media sosial dari Conor McGregor kerana beliau sendiri menganggap petarung dari Ireland itu sebenarnya tidak sedar apa yang beliau tulis.

Khabib mendakwa McGregor sebenarnya tak sedar apa yang beliau tulis, mungkin kerana mabuk, atau terlebih kena asap ‘tenang’, dan selepas kembali normal, petarung dari Ireland itu tentu akan memadam semula semua yang beliau tulis.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jose Mourinho Melayan Kunjungan Conor McGregor Ke Bumi Itali