McGregor Tampil Rendah Diri Dan Sopan Di Sidang Media vs Donald Cerrone

Conor McGregor mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan rendah diri dan sopan ketika sidang media pertarungan menentang Donald ‘Cowboy’ Cerrone di UFC 246.

Sikap yang ditampilkan Conor Anthony McGregor jauh berbeza dengan sikapnya sebelum ini yang bermulut celupar mengalahkan makcik puaka dan kurang ajar.

Donald ‘Cowboy’ Cerrone merupakan lawan Mcgregor di UFC 246 dan ini merupakan pertemuan pertama bagi kedua-dua petarung dalam acara lightweight.

Mengikut kedudukan UFC lightweight rankings Donald ‘Cowboy’ Cerrone ditangga ke-5 dan Mcgregor dikedudukan yang ke-4.

Gelaran juara kategori lightweight ini masih disandang oleh Khabib Nurmagomendov yang merekodkan 28 kemenangan tanpa tewas.

Ketika sidang media MgcGregor bukan sahaja berkelakuan sopan malah sempat melontarkan pujian kepada lawannya itu. Pelik bukan?

“Tiada seorang pun boleh sentuh aku. Aku dilahirkan untuk permainan ini. Aku jadikan permainan ini seperti yang sepatutnya.”

“Aku akan masuk ke gelanggang dan ingatkan semua orang.”

McGregor kemudian memuji dan menyatakan bahawa beliau sukakan Cowboy yang merupakan seorang lelaki yang baik.

“Aku boleh baca Donald Corrone. Aku sukakan beliau dan beliau seorang yang baik.”

“Aku boleh baca beliau seperti aku baca buku kanak-kanak. Sejujurnya, Cowboy seorang petarung yang baik.”

“Beliau mempunyai helah yang baik dan aku tahu helahnya dan rancangan serta apa yang beliau mahu capai.”

Selepas memuji McGregor mengakui Cowboy mendapat penghormatan daripada beliau.

“Aku hormati beliau walaupun akan berlaku pertumpahan darah pada 18 Januari dan bukan teruk sangat pun.”

“Tapi tetap akan ada darah yang tertumpah, jadi tiada ruang untuk melakukan kesilapan.”

Kemudia McGregor sempat berseloroh dengan memuji kot yang dipakai oleh Cowboy.

“Cantik kot kau bro. Kulit buaya ke tu?” Cowboy segera menjawab itu kulit ular.

Perubahan McGregor menjadi lelaki budiman dan sopan jelas kelihatan dan terbukti ketika beliau berdepan muka ke muka dengan Cowboy.

McGregor telah bersalaman dengan Cowboy dan bertentang mata tanpa sebarang carutan keluar daripada mulut puaka beliau.

Beliau kemudian bersalaman sekali lagi dengan petarung dari Amerika Syarikat sebelum beransur pergi.

Dalam pertarungan terakhir McGregor menentang Khabib Nurmagomendov menyaksikan percakaran dan kata-kata nista serta carutan tanpa sempadan dilemparkan.

Selepas pertarungan di mana McGregor terkulai layu dalam pelukan Khbabib, terjadi lagi pergaduhan apabila Khabib menyerang pasukan McGregor.

Dalam UFC 229 yang berlangsung di Las Vegas, Khabib berjaya mempertahankan tali pinggang UFC Lightweight selepas menewaskan McGregor pada pusingan ke-4 menerusi ‘rear-naked choke’.

Namun apa yang mencemarkan pertarungan ini adalah pergaduhan yang meletus selepas pertarungan tamat.

Khabib yang baru sahaja menewaskan McGregor, meluru laju ke arah kem McGregor bagaikan harimau kelaparan untuk mencari rakan McGregor, Dillian.

Beliau memanjat pagar Octagon dan berjaya turun ke tempat penonton namun sempat dipegang pegawai keselamatan.

Kekecohan meletus dengan pasukan kejurulatihan dari kedua-dua kem dilihat saling tumbuk menumbuk.

Lebih memeranjatkan, dua rakan baik Khabib masuk ke dalam Octagon dan menyerang McGregor yang masih lagi berada dalam keletihan.

Mujur pegawai keselematan cepat bertindak untuk menyelamatkan McGregor dari terus diserang.

Baca Juga

Baca Juga