McTominay Dianggap Jelmaan Semula “Prime Pirlo” Selepas Pamer Aksi Menakjubkan Bertemu Burnley

Scott McTominay telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika bertemu Burnley awal pagi tadi.

Beliau bahkan turut dianggap beraksi sama persis seperti Andrea Pirlo ketika kemuncak kariernya pada aksi 45 pertama dalam perlawanan tersebut.

Aksi midfield berkelas dunia yang beliau persembahkan membantu United untuk mendominasi perlawanan tersebut yang mana Man Utd mencatatkan kemenangan selesa 3-1 menewaskan Burnley.

Pemain midfield berusia 25 tahun itu sudah berjaya meledak gol awal untuk Manchester United seawal minit ke-8 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu.

Cristiano Ronaldo menghantar bola yang cukup cantik mencari McTominay dengan bintang Scotland itu menunjukkan kualiti penyudah yang sungguh menakjubkan ketika menewaskan Wayne Hennessey.

McTominay kemudiannya hampir menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini, namun percubaan padu beliau berjaya diselamatkan oleh Hennessey.

Walau bagaimanapun, percubaan padu beliau itu yang ditepis oleh Hennessey lalu terkena palang, bola itu kembali tepat ke kaki Ronaldo yang kemudiannya hanya kuis sahaja bola menerjah jaring gawang gol Burnley yang sudah kosong.

Aksi dan persembahan mantap yang beliau persembahkan dalam perlawanan ini telah mendapat pujian yang menggunung dari peminat di media sosial.

Ramai yang menganggap McTominay sebenarnya telah mempamerkan aksi persembahan yang sama persis seperti legenda Itali, Pirlo ketika kemuncak kariernya.

“Nahhh McTominay sepertinya sedang menunjukkan sisi Pirlo yang ada dalam diri dia….. Ini yang saya sangat suka tentang dia.”

“Adakah saya saja yang perasan yang McTominay hari ini nampak sangat berbeza? Persembahan dia sungguh memukau.”

“45 minit pertama saya ingat Pirlo yang bermain dengan kita, ternyata dia adalah wira Scotland kita.”

“Saya berani katakan yang Pirlo sendiri akan bersetuju kalau aksi Scott McTominay pada babak pertama sama persis seperti aksi dia ketika kemuncak.”

“Saya sangat berharap McTominay akan mampu kekalkan tahap persembahan sehebat ini, dia akan bantu United untuk pergi lebih jauh. Dia pada hari ini merupakan pemain yang kita cari.”

Pada awal 10 minit pertama dalam perlawanan ini, Ronaldo terlepas peluang keemasan ketika beliau berdepan dengan situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol.

Beliau bahkan gagal untuk mendapatkan percubaan on target dengan bola rembatannya sekadar meliar melepasi gawang gol.

Luke Shaw memilih untuk menghantar bola kepada Ronaldo dengan hantaran yang sungguh luar biasa menakjubkan, dan pemain berusia 36 tahun itu juga cemerlang mengawal bola dengan sentuhan pertamanya yang dasyat.

Ronaldo memiliki ruang yang cukup untuk menjaringkan gol dengan beliau hanya perlu menewaskan Hennessey sahaja di dalam kotak penalti lawan.

Walau bagaimanapun, bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu sekadar melepaskan rembatan sia-sia dengan bola rembatan beliau melepasi palang gawang gol Burnley.

Pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu akhirnya berjaya juga menjaringkan gol selepas beberapa percubaan beliau dinafikan oleh penjaga gol lawan dan dirinya sendiri.

Beliau menjaringkan gol ketiga United hasil dari bola muntah rembatan super padu dari Scott McTominay yang terkena tiang, lalu beliau sekadar tap-in untuk gol ketiga setan merah.

Ini kalau tak gol cerah potensi untuk Harry Maguire memarahi Ronaldo kerana mensia-siakan kesempatan emas itu.

Sebelum Ronaldo mencatat nama sebagai penjaring gol, Ben Mee terlebih dahulu mencatat nama sebagai penjaring gol untuk setan merah selepas bola rembatan Sancho terkena beliau sebelum menerjah jaring gawang gol Burnley.

Sancho menunjukkan skill yang menakjubkan di dalam kawasan Burnley sebelum melepaskan rembatan sungguh cantik menerjah jaring gawang gol lawan.

Gol tersebut walau bagaimanapun telah diberikan kepada Ben Mee kerana bola terkena kakinya terlebih dahulu sebelum menerjah jaring gawang gol.

Aaron Lennon kemudiannya menjaringkan gol saguhati untuk Burnley dalam perlawanan ini seterusnya mengesahkan kekalahan 3-1 mereka di tangan United.

Aksi babak kedua dalam perlawanan ini tiada insiden menarik yang berlaku, dan pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat dengan keputusan setan merah 3, Burnley 1.

Manchester United pada ketika ini berada di kedudukan keenam dalam carta saingan liga dengan mengumpul 31 mata.

Mereka mengutip mata yang sama dengan West Ham yang kini berada di kedudukan kelima dalam carta liga, namun setan merah ada kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Peminat Puas Hati Lihat McTominay Hempok Kepala Maguire