Mehmet Durokovic Pengganti Atok Weigang

Merenung ke luar jendela khabar angin bertiup lembut, ramai bertanya Weigang apa khabar? Ura-ura Karl Heinz Weigang bakal meninggalkan Perak dan digantikan oleh Mehmet Durokovic sejak minggu lalu menjadi realiti.

Menurut laporan Berita Harian menyebut bekas jurulatih Selangor yang berjaya menyempurnakan MISI 33, Mehmet Durokovic sudah memulakan tugas mengendalikan skuad Perak walaupun setakat ini belum ada sebarang pengumuman rasmi dari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Dulu : Menuju Puncak, Gemilang Cahaya! Kini : Menghitung Menunggu Mati!

Sehingga petang semalam Weigang masih dilihat mengendalikan sesi latihan pasukan dan menurut tinjauan yang dibuat BH Sukan pada pagi ini Mehmet sudah mula mengendalikan latihan pasukan di padang PERNAMA.

Kisah Musim Lalu – Magis Weigang Ditagih!

Sebelum ini Weigang telah dilarang oleh PAFA untuk membuat sebarang kenyataan kepada media ekoran kenyataan panasnya mengenai prestasi pemain Perak. Musim lalu Perak menagih magis Weigang untuk memulihkan kemerosotan Perak.

“Pafa percaya pelantikan Weigang dapat memantapkan kekuatan dan prestasi skuad Bos Gaurus dalam baki saingan Liga Super serta Piala Malaysia,” Kata Presiden Persatuan Bola Sepak Perak pada musim lepas.

Menurut Abdul Puhat lagi dalam kenyataan yang dibuat pada tahun lalu, Weigang merupakan personaliti yang tidak asing dalam kancah bola sepak Malaysia dan negeri Perak dengan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan.

Beliau berkata, pelantikan dan peranan Weigang bersesuaian dengan perancangan tiga tahun pembangunan bola sepak Perak yang ditetapkan oleh Pafa.

“Pafa berharap pelantikan Weigang dapat membentuk dan memberi ilmu serta pengalaman di dalam sistem kejurulatihan dan taktikal tahap tertinggi.

“Ini termasuk pendedahan kursus kejurulatihan di luar negara kepada semua jurulatih yang bernaung di bawah Pafa,” katanya.

Ini cerita musim lalu la kan. Sekarang Perak dah power tak perlu 3 tahun.

Baca Juga

Baca Juga