Menakjubkan Layanan Salah Ke Atas Individu Yang Menolaknya Kerana Tidak Cukup Bagus

Sangat menakjubkan dan luar biasa layanan Salah ke atas bekas Presiden kelab yang pernah menolaknya untuk menyertai pasukan di bawah penerintahannya kerana menganggap Salah tidak cukup bagus.

Mohammed Salah seorang figura bola sepak yang menggegarkan bola sepak dunia dengan gegaran pada 10 skala richter. Membawa Liverpool ke separuh akhir Champions League dan memacu Mesir ke Piala Dunia Russia.

Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga serta kehidupan diadun pula dengan kerja keras tanpa mengenal erti putus asa. Inilah yang dilakukan oleh Mohamed Salah yang kini menjadi fenomena di Premier League.

Seperti UiTM Liverpool juga di hatiku.

Walaupun namanya Salah tetapi apa yang Salah lakukan di padang adalah benar. Peribadi Salah di padang yang selalu meminta maaf di padang menunjukkan kerendahan hati dan kemuliaan peribadi Salah.

Keperibadian diluar padang juga sangat terpuji dan sering menjadi contoh dan inspirasi kepada masyarakat. Salah bukan seorang pengguna media sosial yang suka berkongsi maklumat tanpa usul periksa dan sumber yang sahih dan bukan seorang budak WeChat macam kau.

Sumbangan Salah kepada rakyat Mesir sangat besar dari keriangan, keceriaan dan ketenangan hati. Sesuatu yang sukar dilakukan oleh individu. Antaranya membawa Mesir ke Piala Dunia, memberi panggilan percuma selama 11 minit setiap kali menjaringkan gol. Gila kau tak bangga dan gembira.

Jika Firaun masih ada tentu Firaun pun tumpang gembira dan berasa bangga dengan Salah sambil menikmati panggilan percuma.

Kisah ini terjadi pada bulan November yang lalu, apabila seorang lelaki telah hadir ke stadium untuk menyaksikan kehebatan Salah bermain. Lelaki itu adalah belas Presiden Kelab Zamalek FC, Mamdouh Abbas.

Pada suatu ketika dahulu semasa Salah masih di zaman pensabunan, Salah telah di tolak oleh Mamdouh Abbas untuk menyertai Zamalek FC kerana pada pandangannya Salah tidak cukup bagus ketika itu untuk kelab.

Walaupun kisah ini tiada sumber rasmi dari Liverpool atau Salah tetapi cerita ini datangnya dari Mark Gleeson yang merupakan seorang wartawan bola sepak bertauliah dari Afrika.

Apa yang dilakukan Salah sangat menakjubkan kerana tidak semua manusia mampu melakukan apa yang dilakukan Salah.

Mohamed Salah dilahirkan di Nagrig pada 15 Jun 1992. Selepas 17 tahun lahir ke dunia yang fana yang penuh dengan pancaroba ini, Salah telah melakukan debut sebagai kesebelasan utama untuk pasukan Arab Contractors.

Salah bersama El Makawloon ketika berusia 14 tahun.

Pada usia 14 tahun Salah telah menandatangan kontrak pertama bersama pasukan Arab Contractors (El Mokawloon) dan dari sinilah kerjaya profesional Salah bermula.

Zamalek FC merupakan kelab yang besar di Mesir namun El Mokawloon sebuah kelab yang berminat kepada pemain muda.

Salah juga pernah menolak tawaran Zamalek SC pada 2011 kerana pada ketika itu Salah mensasarkan tempatnya adalah bersama kelab Eropah. Walaupun beliau Salah tetapi keputusannya yang dilakukan Salah adalah benar.

Baca Juga

Baca Juga