Mendy Mengaku Dirinya Salah Seorang Bek Kiri Terbaik Di Dunia

Pemain pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy membuat pengakuan berani apabila meletakkan dirinya antara salah seorang bek kiri terbaik dunia ketika ini.

Pemain antarabangsa Perancis itu mnedakwa beliau tergolong dalam kelompok bek kiri elit dunia walaupun sering bergelut dengan masalah kecederaan.

Perangai sama macam Lovren

Musim ini menyaksikan Mendy hanya melakukan 9 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris berikutan masalah kecederaan yang sering membelenggu beliau sejak menyertai kelab tersebut dari Monaco pada musim panas 2017.

Mendy berpindah ke Etihad Stadium dalam perjanjian rekod dunia bagi pemain pertahanan kiri dengan nilai £52 juta. Walaupun Manchester City berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris musim lalu, sumbangan Mendy agak terhad memandangkan beliau mengalami kecederaan serius pada permulaa musim.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola pernah berkata sekiranya Mendy ingin memenuhi potensi sebenar, beliau perlu cuba untuk mengelak dari mengalami kecederaan serius yang mampu membantutkan kariernya.

Kurangkan berada di bilik rawatan dan anda mungkin boleh menjadi pemain terbaik dunia

“Kita tidak boleh nafikan Mendy mengalami kecederaan yang agak serius musim lepas. Sekarang pon, beliau turut mengalami kecederaan yang serius.”

“Pemain yang kuat adalah pemain yang mampu bermain setiap tiga hari. Pemain jenis ini tidak pernah mengalami kecederaan. Itulah sasaran yang saya mahu Mendy capai. Selepas itu, saya akan membuat keputusan sama ada beliau bermain atau tidak.”

Walau bagaimanapun, Mendy jelas tidak berkongsi pendapat yang sama dengan Guardiola. Walaupun sering dihimpit dengan masalah kecederaan, Mendy percaya beliau sudah menghampiri tahap terbaiknya dan kini tergolong dalam kelompok bek kiri elit dunia.

“Jika saya bukan yang terbaik di dunia, saya tidak lah terlalu jauh untuk mencapai tahap tersebut hari ini.”

Walaupun Guardiola mengkritik tahap kecergasan beliau, Mendy menegaskan beliau dan bekas pengurus Barcelona itu masih mempunyai hubungan yang sihat.

“Segalanya berjalan dengan baik, kami mempunyai hubungan yang sangat baik. Semuanya baik-baik sahaja.”

Dalam perlawanan terakhir Manchester City, mereka dikejutkan Crystal Palace di tempat sendiri dan kekalahan tersebut menyebabkan Liverpool berjaya melebarkan jurang di persada liga kepada 4 mata.

Perlawanan paling ditunggu-tunggu. Perlawanan dimana rekod bersih Liverpool bakal terpadam

Tottenham yang menang selesa ke atas Everton semalam, semakin rapat menghampiri The Citizens dan kini hanya ketinggalan dua mata.

City terdesak untuk menebus kekalahan tersebut apabila berkunjung ke Leicester City, yang masih segar dengan kemenangan ke atas Chelsea hujung minggu lalu. Selepas itu, anak buah Guardiola akan mengakhiri kalendar 2018 dengan pertemuan menentang Southampton.

Selepas itu, tibalah saat yang ditunggu-tunggu seluruh peminat bola sepak Inggeris apabila Manchester City bakal melayan kunjungan Liverpool di Etihad Stadium.

Dalam pertemuan terakhir mereka di Anfield, kedua-dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan selepas Riyad Mahrez terlepas sepakan penalti pada lewat permainan.

BACA:  Wes Brown Percaya United Akan Tamatkan Musim Diatas City Dan Muncul Juara