Akaun media sosial Manchester United teruk kena hentam dengan penyokong sendiri selepas mereka dengan bangganya mengaku sebagai presser terbaik.
Para penyokong setan merah menghentam kelab sendiri dengan menganggap mereka muka tembok kerana memuat naik status yang memalukan.
Setan Merah tewas dua dari tiga perlawanan terakhir mereka, dengan anak-anak buah Ralf Rangnick itu tewas di tangan Manchester City, seterusnya hilang kesempatan untuk berada di kelompok empat teratas.
Two United players are amongst the best pressers in the league, but they need more to reach these standards #mufc https://t.co/jMeELpVAE0
— Man United News (@ManUtdMEN) November 16, 2020
Mereka kemudiannya tewas di tangan Atletico Madrid dan menyebabkan skuad setan merah terpaksa akur tersingkir dari saingan Champions League.
Skuad kendalian Ralf Rangnick akan memulakan kempen saingan Premier League mereka selepas rehat antarabangsa nanti, untuk bertemu Leicester City.
Legenda kelab, Gary Neville turut menghentam bekas kelabnya dengan menganggap para pemain serta pemimpin kelab kini tuli dan tak peduli kritikan.
Terbaru, laman rasmi kelab tampil memuat naik status yang dianggap memalukan oleh penyokong, dengan mereka mendakwa United sebagai best pressers dalam dunia bola sepak.
Ya, mereka dengan beraninya menganggap setan merah sebagai best pressers walau ketika beraksi lidah pemain sampai ke lutut.
Mereka memuat naik video yang menunjukkan bagaimana para pemain melakukan press dengan caption yang agak memualkan.
Leading the way for our intensity out of possession 🔋⚡#MUFC
— Manchester United (@ManUtd) March 22, 2022
Muat naik tersebut walau bagaimanapun tidak diterima dengan baik oleh para penyokong Manchester United sendiri dengan mereka tampil menghentam kelab di laman media sosial.
Shall we just fold the club and all find a new hobby… https://t.co/KIw6bpHOdr
— Jay Motty (@JayMotty) March 22, 2022
You’re so shameless https://t.co/5bH5l3sDed
— Geist (@sochimuoneke) March 22, 2022
Whilst our biggest rivals battle for the title, the FA Cup and the Champions League.
Our Social Media team are focused on our “intensity”.
Christ. #MUFC https://t.co/tWbSoaoNT1
— James (@JamesHooper__) March 22, 2022
Says a lot about our season when this lot are talking about ‘intensity out of possession’..🥴 https://t.co/Rz3ygTe4qp
— Adam Buick (@90Adamb) March 22, 2022
“Soalan yang mudah, adakah team media sosial di Man Utd tahu tentang bola sepak atau mereka sedar atau tidak apa yang penyokong sedang fikirkan pada ketika ini?”
“Memang tak tahu malu, tak ada Piala sekali lagi musim ini tapi kamu berani memuat naik kenyataan seperti ini. Lepas bolos banyak kamu berani anggap kamu best pressers? Admin memalukan, tak tahu cara macam mana nak jadi sebahagian dari Man Utd. Memalukan.”
“Ini memang sengaja buat lawak kan? Dari akaun twitter rasmi? Best pressers? Belum 1 April lagi kenapa terlalu awal?”
“Pernah tak kamu lihat Liverpool, Man City kecoh tentang rekod kemenangan mereka? Kelab ini memang huru hara dari setiap sudut termasuk admin.”
Manchester United telah tersingkir dari saingan Carabao Cup, FA Cup dan terbaru mereka tersingkir dari saingan Champions League.
Mereka juga pada ketika ini berada di kedudukan keenam dalam carta saingan liga, dan ia menyebabkan mereka bergelut untuk merebut slot ke saingan Champions League musim hadapan.
Skuad kendalian Ralf Rangnick itu pada ketika ini dipisahkan dengan empat mata dari Arsenal yang sedang berada di kedudukan keempat, namun skuad kendalian Mikel Arteta itu masih mempunyai baki satu perlawanan yang belum dimainkan.
Satu-satunya cara untuk Man Utd dapat slot ke saingan Champions League adalah dengan memenangi baki semua perlawanan dalam saingan Premier League selepas ini.
🚨🎙• Gary Neville: “We heard Joel Glazer say some time ago that he was going to engage with the fans. Flights are open, Joel. You can get to Manchester, let’s see you over here and talk to the fans properly.” [Gary Neville Podcast] #MUFC ✈️🔴
— UtdPlug (@UtdPlug) March 21, 2022
Selain menang semua perlawanan, mereka turut perlu berharap agar Arsenal dan Tottenham Hotspur akan keciciran mata agar mereka mampu untuk memintas kedua-dua kelab dari London itu.
Walau bagaimanapun, tugas berat menanti Man Utd selepas ini, memandangkan mereka perlu berdepan Liverpool, Chelsea dan Arsenal dalam baki perlawanan mereka.
Seandainya anak-anak buah Ralf Rangnick itu berjaya mencatatkan kemenangan dalam semua perlawanan selepas ini, maka cerah lah harapan untuk mereka ke saingan Champions League musim hadapan.
Jika tidak, maka mereka terpaksalah akur untuk terima kenyataan yang mereka bakal menggantikan Arsenal untuk memenuhi jadual domestik sahaja musim hadapan.
Sumber: SPORTbible