Perpindahan Declan Rice ke Arsenal sehingga kini belum dilengkapkan walaupun West Ham sebelum ini sudah bersetuju untuk membenarkan pemain itu ke Emirates kira-kira dua minggu yang lalu.
Kedua-dua kelab mencapai persetujuan untuk perpindahan Rice dengan tanda harga £105 juta (£100 juta pendahuluan + £5 juta bonus) untuk menjadi rekod perpindahan termahal pemain Inggeris.
Perpindahan tersebut sepatutnya segera dilakukan tetapi sehingga kini The Gunners masih belum mengumumkan ketibaan Rice secara rasmi ke Emirates.
Malah Rice juga tidak kelihatan ketika Arsenal melancarkan jersi musim baharu pada Isnin.
Persoalan mengenai status pemain tengah bertahan itu akhirnya dijelaskan oleh Sky Sports.
🚨| West Ham United are 𝐑𝐄𝐀𝐃𝐘 to sign the contract to allow Declan Rice to officially become an Arsenal player. ⏳
They are waiting for Arsenal’s lawyers to finalise the paperwork before signing it off. ✍️
[via @skysports_sheth]. pic.twitter.com/eQXNHy5SSo
— Football Daily (@footballdaily) July 11, 2023
Laporan media sukan terbesar di Britain itu mendedahkan masalahnya bukan di pihak West Ham, tetapi kelewatan pengumuman itu adalah kerana masalah di pihak Arsenal yang masih menangguhkan proses perpindahan itu.
Ini kerana peguam Arsenal masih belum menyiapkan segala proses dokumentasi untuk memuktamadkan perpindahan tersebut.
Hanya selepas segala proses di pihak Arsenal berjaya diselesaikan, barulah Rice boleh menyertai pasukan itu secara rasmi.
Arsenal dijadualkan akan terbang ke Amerika Syarikat untuk jelajah pra musim pada Ahad akan datang, di mana mereka akan berhadapan pasukan MLS All Stars di Washington, Manchester United di New Jersey dan Barcelona di Los Angeles.
Declan Rice and Jurrien Timber will be announced as Arsenal players this week. [@sr_collings] pic.twitter.com/FyePQcBewC
— Gunners (@Gunnersc0m) July 10, 2023
Mikel Arteta sudah tentu berharap Rice akan menyertai jelajah pra musim itu, dan perpindahan pemain itu dijangka akan diselesaikan dalam beberapa hari yang akan datang sebelum secara rasmi diumumkan sebagai rekrut terbaru The Gunners pada jendela perpindahan musim panas ini.
Perpindahan Rice memecah rekod perpindahan Arsenal. Rekod terdahulu adalah ketika Arsenal mendapatkan Nicolas Pepe pada harga £72 juta pada 2019.
Perpindahan tersebut juga adalah yang kedua termahal di dalam sejarah bola sepak Inggeris selepas Chelsea mendapatkan Enzo Fernandez dari Benfica dengan nilai £106.8 juta pada Januari lalu.
Arteta juga mengharapkan perpindahan £40 juta Jurien Timber dari Ajax boleh dimuktamadkan pada minggu ini.
Timber dijangka akan diumumkan sebagai pemain baru Arsenal dan diperkenalkan kepada penyokong mereka dalam perlawanan persahabatan menentang FC Nurnberg pada Khamis ini.