Kedah telah mara ke final Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut, 2015,2016 serta yang terbaru 2017 dan sudah pasti dalam final kali ini Kedah mahu mengekalkan kejuaraan yang dijulang pada tahun lalu.
Kepercayaan kepada sesuatu benda yang mampu memberi tuah dan nasib yang baik kepada yang memakai bukanlah perkara baru. Ada yang berharap tuah daripada kasut, baju, jam, ubat gigi, power cat dan macam-macam lagi.
Bola sepak juga tidak terkecuali dari perkara ini Mourinho pernah dilihat melakukan perkara yang aneh apabila mengeluarkan sesuatu dari poketnya seperti cebisan kertas lalu mencium kertas tersebut dan ajaibnya sejurus selepas perilaku Mourinho itu Rashford menjaringkan gol.
Adakah Mourinho mengamalkan ilmu hitam selaras dengan gelaran Setan Merah? Apakah cebisan kertas itu merupakan tangkal tuah? Mourinho juga dilihat seakan ‘menurun’ di padang. Apakah rahsia disebalik kertas tersebut.
Mourinho mengeluarkan kertas dari poket dan merenung sedalam-dalam.
Kemudian mencium kertas tersebut.
Sejurus kemudian Rashford menjaringkan gol.
Selepas perlawanan ketika ditanya apa yang beliau lakukan dengan mencium kertas tersebut. Sambil ketawa Mourinho menjelaskan
“Bukan kerana menatang yang aku cium kami menjaringkan gol (ketawa). Dah banyak kali dan selalu aku buat lagu ni mungkin hari ni korang baru tengok.”
“Dah 17 tahun aku buat menda ni, semua ni hanya kepercayaan aku.”
Rasanya apa yang dilakukan Mourinho ini tidaklah sepelik apa yang menjadi tuah kepada pemain Kedah ini.
Penyerang import Kedah, Ken Ilso Larsen kini bergantung harap kepada tuah seluar dalam yang dipakai yang dipercayainya mampu memberi nasib yang baik kepada dirinya bagi menghadapi final Piala Malaysia pada sabtu ini.
“Tiada apa yang terlalu luar biasa mengenai ritual sebelum hari perlawanan namun saya akui saya akan menyarung seluar dalam yang sama pada setiap hari perlawanan. Saya sudah melakukannya sepanjang musim ini dan nyata ia memberi nasib yang baik kepada saya.
“Jadi, sudah pasti saya akan melakukan perkara sama apabila turun beraksi di perlawanan akhir Sabtu ini. Apapun, saya melihat ia bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Kedah.
Ken Ilso gembira kerana kembali menyertai latihan besama rakan sepasukan dan berharap kembali cergas untuk perlawanan akhir itu.
“Saya begitu mengimpikan beraksi di pentas final bersama Kedah buat kali ketiga dan gembira dapat kembali menyertai latihan berpasukan selepas sekadar menjalani latihan ringan di gimnasium sebelum ini.
“Apa yang penting buat masa ini adalah perlu bekerja keras untuk mendapatkan kembali kecergasan dan agar dapat bersedia sepenuhnya menjelang final itu,” Ujar Ilso kepada Harian Metro.
Power betul Ken Ilso yang berharap tuah seluar dalam untuk bergelar Raja Bola Sepak Malaysia.
Sumber : HMetro
Mourinho ‘Menurun’
Sebelum mencium kertas tersebut Mourinho terlebih dahulu melakukan ritual ‘menurun’ dan hampir terjatuh. Manual menurun cara Jose Mourinho.
Mourinho menurun dan hampir terjatuh kerana memprotes keputusan pengadil bukan kerana memanggil roh.