“Menjijikkan” – Bale Hentam Semula Media Yang Menggelarnya Parasit

Pemain kebangsaan Wales, Gareth Bale menyatakan yang media Sepanyol sepatutnya malu pada diri sendiri selepas mengeluarkan komen yang menjijikkan tentangnya.

Ketika bekas bintang Tottenham Hotspur itu hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab pada musim panas ini, media Sepanyol Marca tampil menghentam pemain berusia 32 tahun itu.

Gareth Bale sepertinya bakal meninggalkan kelab pada penghujung musim ini sebagai pemain bebas ejen selepas beliau mengharungi karier sembilan tahun di Santiago Bernabeu.

Wartawan Marca, Manuel Julia Dorado telah menggelar Bale sebagai parasit yang menghabiskan duit kelab selama hampir satu dekad.

Dorado ketika menulis di Marca telah menyatakan bahawa:

“Parasit Bale berasal dari Britain yang sejuk dan hujan.”

“Dia menetap di Sepanyol, di Real Madrid, yang mana dia bertopeng, dia mula-mula datang menunjukkan ketekunan dan kasih sayang kepada semua, tapi kemudian, sifat semula jadi dia membawa dia kepada perangai hisap darah tanpa balas apa-apa.”

“Jadi, ia lebih dari darah, dia sedut dan sedut semua duit kelab.”

“Tak sama seperti spesis dia yang lain seperti kutu, kutu babi, parasit Bale tak menyebabkan kegatalan atau sakit pada tuan dia, tapi lepas sedut, dia ketawa dan memperbodoh mereka, ia merupakan satu penghinaan yang dia tunjukkan kepada perumah yang dia tinggal.”

“Dia ketawa, bertepuk tangan, berguling di lantai, menyanyi, seolah-olah meraikan acara yang memalukan, yang mana untungnya, dia ada tarikh luput.”

Komen itu jelas sekali sampai ke pengetahuan Gareth Bale yang kemudiannya rasa bengang dengan Marca kerana menulis hal seperti itu tentangnya.

Selepas kejayaannya menjaringkan dua gol untuk bantu Wales menewaskan Austria 2-1, Gareth Bale tampil membalas kritikan yang diberikan kepadanya dalam satu temu bual selepas tamat perlawanan.

“Tak! Saya tak perlu sampaikan pesanan, jujur saya katakan tak perlu.”

“Saya tak perlu sampaikan pesanan, ia sekadar membuang masa, ia menjijikkan dan mereka sepatutnya malu pada diri mereka sendiri. Saya tak mahu bising-bising. Itu sahaja.”

Rakan sepasukannya, Aaron Ramsey yang turut bersama Bale ketika beliau ditemu bual hanya mampu ketawa sahaja mendengar jawapan dari ketua pasukan Wales itu.

Bale jaringkan gol sepakan percuma yang sungguh menakjubkan

Gareth Bale berjaya membuktikan yang beliau masih lagi pemain berkelas dunia selepas kejayaannya meledak gol menerusi sepakan percuma yang cukup cantik dan sungguh luar biasa menakjubkan.

Gol jaringan beliau itu sudah cukup untuk menghidupkan harapan Wales untuk layak ke Piala Dunia Qatar tahun ini.

Pada satu titik di dalam kariernya pada ketika ini, Bale secara dasarnya hanya aktif bermain di pentas bola sepak antarabangsa.

Hal ini kerana beliau sangat bergelut untuk mendapatkan minit permainan ketika beraksi bersama Real Madrid di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

Walau bagaimanapun, ketika beliau masuk ke padang untuk Wales, beliau boleh dikatakan sering mampu untuk membuktikan sesuatu.

Beliau menunjukkan kepada dunia tentang mengapa beliau pernah satu ketika dahulu, memegang gelaran sebagai pemain termahal dalam dunia bola sepak.

Semalam, Bale sekali lagi membuktikan kemampuan sebenarnya beliau ketika aksi bertemu Austria di peringkat separuh akhir kelayakan Piala Dunia Qatar di Cardiff.

Selepas Harry Wilson dikasari di luar kotak penalti, Wales telah dihadiahkan sepakan percuma dan ramai yang percaya bekas bintang Liverpool itu yang akan menyempurnakan sepakan percuma tersebut.

Walau bagaimanapun, Bale yang tampil untuk menyempurnakan sepakan percuma itu, dengan bola rembatan beliau melencong cantik masuk ke penjuru atas gawang gol lawan.

Penjaga gol Austria, Heinz Lindner tidak mampu melakukan apa-apa melainkan hanya melihat sahaja bola rembatan Gareth Bale itu menerjah jaring gawang golnya.

“Macam mana Real Madrid boleh ketepikan Bale sedangkan dia masih berprestasi, tengok gol sepakan percuma tu, tak ada pemain Real sekarang yang boleh buat macam itu.”

“Letak dua penjaga gol pun belum tentu mereka boleh selamatkan sepakan Bale itu, memang cukup-cukup cantik. Bola melencong masuk terus penjuru.”

“Kalau penjaga gol Austria tengok ulang tayang, dan dia di minta untuk sekali lagi lakukan itu, saya jamin dia tak akan mampu buat apa-apa.”

“Gol berkualiti tinggi, Real Madrid memang bermasalah kerana tak nampak kehebatan Bale, dia pemain yang memang kelab perlukan pada ketika ini.”

“Saya rasa ini sepakan percuma terhebat pernah saya lihat sepanjang hayat saya. Memang betul-betul cantik.”

Bale telah berjaya membantu Real Madrid memenangi 14 Piala utama sejak beliau melengkapkan perpindahan ke Santiago Bernabeu dari Tottenham Hotspur pada tahun 2013 yang lalu.

Beliau berjaya menjaringkan gol ketika aksi perlawanan akhir saingan Champions League dan Copa Del Rey sebelum ini bertemu Liverpool dan Barcelona.

Walau beliau sering menjadi ketika beraksi dalam perlawanan besar dan penting, namun para peminat sepertinya tidak begitu menghargai Gareth Bale.

Pemain kebangsaan Wales itu hanya terlibat dengan lima perlawanan sahaja bersama Madrid sepanjang musim ini dan beliau tidak diturunkan ketika aksi kekal memalukan bertemu Barcelona baru-baru ini.

Melihat kepada hal itu, ada wartawan yang sempat menganggap pemain berusia 32 tahun itu sebagai parasite yang mahu merosakkan kelab dari dalam.

Dengan kontraknya akan tamat pada penghujung musim ini, Bale sepertinya tidak begitu peduli tentang hal tersebut dan andai beliau berjaya bawa Wales ke pentas Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958, sudah tentu kritikan itu semua tidak akan dipedulikan olehnya.

Wales berjaya menewaskan Austria dengan keputusan 2-1 dengan Gareth Bale muncul penjaring kedua-dua gol tersebut.

Mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Scotland atau Ukraine dalam aksi perlawanan akhir untuk tentukan siapa bakal layak ke Piala Dunia Qatar.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Zidane: Bale Tidak Lagi Sesuai Dengan Real Madrid