Menonton Aksi Manchester United Boleh Buat Anda Menangis

Louis van Gaal terus dikecam dan diberitahu: Menonton aksi pasukan Manchester United boleh membuat anda menangis.

Malah pengurus United itu turut didakwa menyebabkan bola sepak menjadi tidak menyeronokkan dan tidak tahu bagaimana mahu mendapatkan yang terbaik daripada pemain kreatif seperti Angel Di Maria.

Van Gaal membawa United ke tangga ketiga Liga Perdana Inggerus namun terus dikritik kerana taktik dan gaya bola sepaknya.

Bekas bintang Old Trafford yang kini menjadi pengkritik iaitu Roy Keane, Paul Scholes, Gary Neville, Rio Ferdinand, Owen Hargreaves dan Michael Owen masing-masing mengecam Van Gaal kerana pendekatannya yang berasaskan penguasaan bola.

Penyokong turut meluahkan rasa tidak puas hati dan sering melaungkan ‘serang, serang, serang’ sepanjang perlawanan musim ini.

Kini Van Gaal menerima satu lagi kritikan, kali ini daripada legenda Belanda Willem van Hanegem, anggota skuad Belanda yang mara ke final Piala Dunia 1974.

Katanya: “PSV mempunyai keputusan yang baik ketika menentang Manchester United (minggu lalu, 0-0) biarpun kami tidak perlu membesarkannya.

“Perlawanan Sabtu lalu (menentang Leicester) sekali lagi saya tertumpu kepada Manchester dan melihat pasukan itu bermain, air mata saya mengalir.

“Jika anda boleh membelanjakan £300 juta (RM1.91 bilion), anda tidak sepatutnya sekumpulan pemain ‘biasa’.”

Van Gaal membawa Belanda ke tangga ketiga Piala Dunia Brazil tahun lalu.

Van Hanegem menambah: “Van Gaal adalah jurulatih yang bagus apabila pasukannya mendapat keputusan yang diingini kerana semuanya diterima. Lihat saja Belanda sewaktu Piala Dunia.

“Mungkin falsafah bola sepaknya tidak penting kepada yang lain, selagi ia memberikan hasil. Saya tidak fikir demikian. Saya peminat bola sepak dan Van Gaal merampas keseronokan daripada orang ramai.”

United mencatat jaringan terendah dalam kelompok lima pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, menjaringkan hanya 20 gol daripada 14 perlawanan dan seri empat daripada lapan perlawanan terakhir tanpa sebarang jaringan. itu di antara pencapaian mereka setakat ini.

Van Gaal menyedari masalah United dan mengakui memberi sasaran kepada pemain sayap dengan kepantasan dan kreativiti untuk menyelesaikannya.

Namun musim panas lalu, beliau menjual Di Maria, pemain yang berada dalam kategori itu kepada PSG kerana mendakwa pemain sayap Argentina itu tidak memahami falsafahnya.

“Mengejutkan saya bahawa beliau tiada seorang pun pemain kreatif di dalam skuadnya,” kata Van Hanegem.

“Di Maria adalah pemain dalam kategori itu namun beliau tidak menggemarinya.

“Sesetengah pemain perlu membuktikan aksi bola sepak meraka mengikut gerak hati dan anda tidak boleh menghalangnya.

“Kini Di Maria semakin cemerlang di Paris Saint-Germain.”

Sumber :

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/97325#sthash.l5XT6u9h.dpuf

Baca Juga

Baca Juga