Menyeka Air Mata Jordan Henderson Mendengar Ucapan Klopp

Pemenang anugerah pemain terbaik tahunan The Football Writers’ Association(FWA) bagi musim 2019/20 Jordan Henderson gagal menahan emosi dan menyeka air mata selepas mendengar video mesej ucapan dariapa Jurgen Klopp.

Anugerah ini merupakan anjuran Persatuan Penulis Bola Sepak atau The Football Writers’ Association(FWA) merupakan anugerah tahunan bagi memberi penghargaan pemain English terbaik di setiap musim.

Untuk makluman hadirin sekalian Anugerah pemain terbaik tahunan ini telah diberikan sejak musim 1947/48 dan pemenang pertama anugerah ini adalah pemain sayap Blackpool, Stanley Matthews.

The Football Writers’ Association(FWA) secara majoritinya melalui 500 pengundi dari kalangan penulis telah memilih Jordan Henderson sebagai pemenang meninggalkan pemain perancang Manchester City, Kevin De Bruyne di tempat kedua.

Dalam satu temuramah bersama Bein Connect lantaran kejayaan peribadi beliau, Jordan Henderson telah ditunjukkan mesej video rakaman ucapan tahniah daripada Jurgen Klopp.

Kata-kata yang berbunga indah seperti kepada seorang kekasih itu nyata membuatkan emosi Henderson tertanggu sehingga terpaksa menyeka air mata.

Jurgen Klopp menekankan persoalan terbesar antara bakat dan sikap untuk menjadi pemain bola sepak. Bagi Klopp, Henderson contoh terbaik bagi pemain yang berbakat dengan sikap yang baik.

“Hai, sobat(sahabat). Salah satu persoalan besar dalam bola sepak untuk menjadi pemain yang baik. Apa yang lebih penting? Adakah bakat atau sikap?”

“Aku fikir jawapan paling mudah adalah tanpa bakat kau tiada apa-apa dan tanpa sikap kau simpan la bakat kau sampai bang jamil mampus.”

Dari Sunderland kini Henderson menjadi pemimpin yang menakluk dunia.

“Jadi kau adalah satu contoh yang sempurna di mana campuran bakat dan sikap telah membawa satu perbezaan. Siapa sangka budak mentah dari Sunderland datang ke Liverpool dengan impian yang besar akan menjadi pemain terbaik di Premeir League?”

“Mungkin kau impikan perkara itu tapi aku tak pasti kau sangka perkara ini akan berlaku. Aku tahu kau cukup yakin untuk mempunyai impian yang besar tapi kini adalah detik di mana semua orang melihat betapa hebatnya kau sebagai pemain dengan personaliti dan karakter yang hebat yang ada pada kau.”

Belum habis lagi ucapan Klopp emosi Henderson mula kelaut dan mata mula berkaca lalu Henderson menyeka air matanya.

“Aku tahu sifat kemanusiaan di belakang pemain dan kau layak dan berhak untuk anugerah ini.”

“Beribu-ribu tahniah, pencapaian dan prestasi yang luar biasa. Tahun yang hebatm karier yang luar biasa setakat ini dan berita paling power.. Banyak lagi yang akan datang.”

“Aku doakan hari yang indah, nikmatilah detik ini kerana kau tak perlu main menentang Newcastle dan sekali lagi, kau pemain terbaik di Premier League! Wow!”

Ramai yang mempertikaikan dan memperlekehkan kemenangan yang diraih oleh Henderson dengan menyatakan bahawa Kevin De Bruyne lebih layak untuk anugerah ini.

Tapi tidak di mata majoriti pengundi yang terdiri daripada ahli Persatuan Penulis Bola Sepak atau The Football Writers’ Association(FWA).

Perjalanan karier Henderson sangat menakjubkan sejak menyertai Liverpool daripada Sunderland pada Jun 2011 dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan tetapi dianggarkan antara £16 hingga £20 juta.

Pada 2012 Brendan Rodgers mahu menjual Henderson ke Fulham sebagai pertukaran dengan Clint Dempsey namun Henderson telah menolak cadangan itu.

Lapan tahun kemudian di bawah bimbingan Jurgen Klopp, Henderson telah memimpin Liverpool untuk menakluk dunia dengan menjadi seorang ketua yang kental serta gagah lagi berani.

Henderson kini boleh dinobatkan sebagai lagenda hidup Liverpool dan menjadi salah seorang ketua pasuka terhebat yang pernah Liverpool miliki.

BACA:  Gareth Southgate Dedah Alasan Mengapa Beliau Gugurkan Nama Jordan Henderson