“Mereka Tak Peduli Tentang Saya”- Pogba Terus Menerus Hentam Man Utd

Paul Pogba tampil menghentam Manchester United dalam dokumentari terbarunya dengan menyatakan yang pihak kelab langsung tak peduli tentang perasaan beliau.

Dokumentari tersebut kini sudah boleh ditonton di The Amazon Prime Video dan sepertinya penyokong Man Utd perlu kuatkan semangat untuk menonton dokumentari tentang bakal legenda mereka itu.

Pada episod pertama dari lima siri dalam dokumentari itu, Pogba dilihat menunjukkan rumahnya bersama peguam beliau, Rafaela Pimenta.

Kedua-dua mereka dilihat berbual bersama bekas ejennya, mendiang Mino Raiola menerusi panggilan video.

Pada ketika itu, Pogba sebenarnya sedang memasuki tahun terakhirnya di Old Trafford dan beliau jelas sekali tidak gembira dengan situasinya bersama kelab.

Ketika membincangkan tentang masa depannya bersama peguam dan ejennya, pemain midfield Perancis itu menuduh kelab tidak memperdulikan tentang perasaan beliau.

Raiola memberitahu Pogba yang Manchester United sebenarnya sangat berminat mahu terus mendapatkan khidmatnya.

Kamera kemudiannya memberi tumpuan kepada Pogba yang ketika itu sedang meluahkan perasaannya tentang layanan yang beliau terima dari kelab.

Beliau ketika itu mendedahkan bahawa:

“Bagi semua pemain, mereka perlu rasa yang mereka penting untuk kelab. Dan mereka perlu rasa penting dalam pasukan mereka. Jika kamu tak ada rasa itu, maka semuanya berakhir.”

Pogba turut telah ditanya apa yang boleh membuat beliau gembira dengan beliau kemudiannya menjawab:

“Untuk menjadi sebahagian dari projek yang saya turut terlibat sama.”

“Di sini, saya kembali dari kecederaan, mereka tak bantu saya, mereka tak peduli tentang bagaimana saya rasa, jadi saya perlu sertai skuad kebangsaan untuk dapatkan semula keyakinan saya.”

Mendengar komen dari Paul Pogba jelas sekali akan membuatkan penyokong Manchester United berasa kecewa.

Sebaik video tersebut ditayangkan pada awal minggu baru-baru ini, terdapat banyak kenyataan dari Paul Pogba yang sebenarnya telah mengguris hati para penyokong setan merah.

Paul Pogba turut mendedahkan yang dana besar bernilai £300,000 yang United tawarkan kepadanya itu tiada makna sama sekali.

Pogba Anggap Tawaran £300k Seminggu Man United Tiada Nilai

Jodoh pemain tengah berfesyen rambut pelbagai, Paul Pogba bersama Manchester United selama 6 tahun sudah menemui titik noktahnya di penghujung musim 2021/22 apabila tiada lagi kesepakatan untuk terus bersama.

Paul Pogba seperti biasa gemar untuk bercerita benda dalam kain kepada media dan situasi ini pernah terjadi selepas Jose Mourinho dipecat di mana Pogba telah menceritakan bagaimana Mourinho melayannya tidak seperti seorang manusia.

Manchester United dan Paul Pogba sentiasa dan berterusan bermain tarik tali apabila tiba masanya untuk kontrak lanjutan ditawarkan namun tiada persetujuan bersama.

Kata putus gagal dicapai antaranya kerana Paul Pogba mahukan gaji yang tinggi dan ketika itu Pogba menikmati gaji yang sangat lumayan kira-kira £290,000 seminggu atau £15,080,000 setahun.

Bayaran yang diterima Paul Pogba ini sangat tinggi dan agak melampau jika dibandingkan dengan prestasi serta sumbangan di padang. Tapi itulah Manchester United, sebuah kelab komersil.

Beberapa tawaran telah dikemukakan Manchester United kepada Pogba untuk terus mengekalkan pemain tengah itu di Old Trafford.

Dalam satu dokumentari keluaran Amazon Prime berjudul ‘Pogmentary’ seperti yang dipromosikan oleh The Athletic, Pogba dengan sinisnya menganggap tawaran Manchester United £300k seminggu untuk lanjutan kontrak seperti tiada nilai dan seperti tiada apa.

Situasi di dalam dokumentari itu telah dirakam pada Julai 2021 di Miami ketika Pogba sedang bercuti dengan sebuah kapal layar mewah bersama ejennya, Mendiang Mino Raiola dan berbincang mengenai tawaran kontrak setan merah.

Raiola: “Paul, kau berada dalam situasi yang sangat penting,” Raiola memberitahunya. “Kau tak tahu. Kau memang tak tahu.”

Pogba: “Setan Merah ada buat tawaran kedua ke?”

Raiola: “Ya. Dieorang nak sangat kau stay do. Bagi aku la, tawaran tak bermakna apa-apa pun. Aku bagitau dieorang, ‘Jika korang nak Pogba kekal, jangan buat tawaran tu’. Aku akan cuba buat dieorang faham kalau dieroang betul-betul nak kau stay, dieorang kena buat projek berpaksikan ko bro. Kali dieorang lain sikit, siap letak duit atas meja.”

Pogba: “Dieorang menipu la tu. Lagu mana dieorang boleh cakap nak aku stay tapi tak offer apa-apa? Tak rajin aku tengok benda lagu ni.”

Manchester United ketika itu membuat tawaran kedua kepada Pogba dengan gaji sebanyak £300,000 seminggu dan bagi Pogba jumlah itu tiada nilainya.

Mino Raiola pula mahu Setan Merah membina pasukan berasaskan Pogba ‘Play around Pogba’ bukannya Bruno Fernandes. Dengan permainan tarik tali sebegini mana mau Setan Merah merealisasikannya dan lebih baik berpaksikan kepada Bruno untuk tempoh jangka panjang.

Raiola juga dilihat bertanya kepada Pogba apakah rancangannya untuk masa depan. dan menyatakan bahawa dia percaya ada sesuatu yang menghalangnya daripada berkembang di United.

Raiola: “Apa yang terbaik untuk ko bro? Apa yang terbaik untuk keluarga ko, untuk kerjaya ko? Apa yang terbaik dari segi ekonomi? Apa yang terbaik untuk jenama ko?

“Kiteorang akan cuba buat ko rasa lebih baik sama macam ko main kat pasukan Perancis.”

“Ko memang lain sangat bila main ngan setan merah. Ko faham tak? Macam ada lagi sorang Pogba dari universe lain versi palat. Ni tak betul”

“Dengan Perancis lah ko jadi Pogba sebenar, Pogba Juventus, Pogba yang semua orang suka. Dengan setan merah macam ada benda tak kena je. Ada je penghalang.”

Pogba: “Dalam otak aku ni bro, aku nak tunjuk dan buktikan kat Setan Merah dieorang dah buat silap, siap buat lambat nak bagi aku kontrak. Sakit pulak hati kita wak.”

“Aku nak tunjuk kat kelab lain, Setan Merah dah buat silap sebab tak bagi kontrak kat aku.”

Itulah antara intipati menarik dari dokumentari ‘Pogmentary’ yang akan keudara pada 17 jun. Kalau nak tahu kesudahan cerita ni dan kisah dalam kain Pogba yang lain sila langgan Amazon Prime.

Apa yang pasti sejak setahun yang lalu, Pogba telah membuat keputusan untuk meninggalkan Setan Merah kerana rakaman perbualan dalam dokumentari ini adalah pada Julai 2021.

Kalaulah Pogba memang nak stay mana mau dia dedah cerita dalam kain ni secara terbuka. Pogba dah lama rancang, setan merah je lalai.

Paul Pogba telah membuat 266 penampilan bersama Manchester United dan telah menjaringkan 39 gol sejak membuat kepulangan semula dari Juventus pada 2016 dengan yuran perpindahan £80 juta.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Man United Tawarkan Van de Beek Untuk Dapatkan Pemain Midfield Baru