Meremang Bulu Dada Mendengar Pemain England dan Peminat Nyanyikan Lagu Sweet Caroline

Meremang bulu dada dan bulu-bulu yang ada diseluruh dunia apabila mendengar para pemain England dan peminat yang berada di dalam stadium menyanyikan lagu Sweet Caroline.

Keraian bersama 60,000 orang penonton ini terjadi selepas tamat perlawanan menyaksikan England menewaskan Denmark 2-1 dan mara ke perlawanan akhir buat pertama kali di EURO.

Ini merupakan kali pertama England mara ke perlawanan akhir selepas tempoh 55 tahun dan kali terakhir adalah ketika pasukan Tiga Singa ini menjuarai Piala Dunia pada tahun 1966.

Para pemain dan staff pasukan England bersama-sama meraikan kejayaan bersejarah mereka dengan menyanyikan lagu tema tidak rasmi mereka di EURO 2020, Sweet Caroline dendangan Neil Diamond.

Sweet Caroline merupakan lagu populardi Amerika Syarikat nyanyian Neil Diamond pada tahun 1969 dan bagaimana England boleh mendendangkan lagu ini di EURO 2020?

Lagu ini mula didendangkan di Wembley selepas England berjaya menewaskan dan melunaskan dendam lama ke atas Jerman, kemudian sekali lagi dialunkan selepas membenam Ukraine.

Di Amerika Syarikat, lagu Sweet Caroline tidak asing lagi dengan penyatuan bersama sukan. Pasukan bola lisut, Boston Red Sox telah memainkan lagu ini dalam perlawanan di home dan menjadi tradisi sejak 1997.

Menurut cerita orang-orang lama, lagu ini mula dimainkan oleh juruhebah di stadium dan ditujukan kepada seorang bayi perempuan bernama Caroline yang merupakan anak kepada salah seorang staf pasukan.

Selepas itu lagu itu mula melekat dan menjadi satu kemestian dalam perlawanan yang berlangsung di Fenway Park dan pada hari ini lagu ini turut diguna oleh pasukan NFL, Carolina Panthers.

Di United Kingdom lagu ini agak popular dikalangan pasukan bola sepak termasuklah untuk pasukan Aston Villa dan Chelsea serta sering di putarkan distadium selepas kemenangan.

Selain itu peminat pasukan kriket England juga selalu menyanyikan lagu ini di tempat duduk penyokong dan juga lagu kegemaran untuk perlawanan tinju.

Untuk EURO 2020, juruhebah atau DJ yang bernama Tony Parry merupakan insan bertanggungjawab memainkan lagu ini selepas England berjaya menewaskan Jerman di Wembley.

Tindakan DJ Tony Parry memainkan lagu ini telah menjadi siulan, lemak berkrim dan disukai ramai seperti susu pekat.

“Pada mulanya aku nak pasang lagu ‘Vindaloo’, tapi aku dengan beraninya tukar lagu.” Ujar DJ Tony Parry kepada TalkSport.

“Malah peminat Jerman tidak ambil peduli. Ini adalah lagu yang dapat dinikmati oleh semua.”

“Pengarah kejohanan pula tutup mata dan berkata: ‘Dunia dah 18 bulan ditutup. Biarkan mereka menikmatinya.'”

Video dan Lirik Lagu Sweet Caroline

Where it began, I can’t begin to knowing
But then I know it’s growing strong
Was in the spring
And spring became the summer
Who’d have believed you’d come along

Hands, touching hands
Reaching out, touching me, touching you

Sweet Caroline
Good times never seemed so good
I’ve been inclined
To believe they never would
But now I

Look at the night and it don’t seem so lonely
We filled it up with only two
And when I hurt
Hurting runs off my shoulders
How can I hurt when holding you

One, touching one
Reaching out, touching me, touching you

Sweet Caroline
Good times never seemed so good
I’ve been inclined
To believe they never would
Oh no, no

Sweet Caroline
Good times never seemed so good

Sweet Caroline
I believe they never could

Sweet Caroline
Good times never seemed so good

Di mana ia bermula, saya tidak dapat mengetahui
Tetapi kemudian saya tahu ia bertambah kuat
Adakah pada musim bunga
Dan musim bunga menjadi musim panas
Siapa yang percaya anda akan ikut

Tangan, menyentuh tangan
Mencapai, menyentuh saya, menyentuh anda

Caroline Manis
Masa yang baik tidak pernah kelihatan begitu baik
Saya cenderung
Untuk mempercayai mereka tidak akan pernah
Tetapi sekarang saya

Lihatlah malam dan rasanya tidak sunyi
Kami mengisinya dengan hanya dua
Dan ketika saya sakit
Kesakitan berjalan di bahu saya
Bagaimana saya boleh menyakitkan ketika menahan anda

Satu, menyentuh satu
Mencapai, menyentuh saya, menyentuh anda

Caroline Manis
Masa yang baik tidak pernah kelihatan begitu baik
Saya cenderung
Untuk mempercayai mereka tidak akan pernah
Oh tidak, tidak

Caroline Manis
Masa yang baik tidak pernah kelihatan begitu baik

Caroline Manis
Saya percaya mereka tidak pernah dapat

Caroline Manis
Masa yang baik tidak pernah kelihatan begitu baik

BACA:  Southgate Pening Memikirkan Tentang Pemainnya Yang Belum Menerima Suntikan Vaksin C0V-19